Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus
berterusan hasil gerak kerja
pakatan pembangkang.Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis
terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci
cerca samada raja-raja Melayu,Islam mahupun orang Melayu.Komen-komen
yang penuh dengan rasa benci,marah dan penghinaan ini memenuhi ruang
siber di
jaringan sosial seperti facebook,tweeter,blog serta komen-komen di bawah
sesuatu artikel di dalam
internet.Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun ditahan kerana
didakwa mengeluarkan kenyataan
yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.Ini bukan
perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara
Sg Buloh pada
2004.Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional,Anwar
menyekutukan PKR dengan Pas dan
Dap dalam satu pakatan pembangkang.
Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja
yang mereka terfikir mengenai
sesuatu isu samada politik,agama,sosial dan sebagainya.Pembangkang
mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka
secara
agresif.Melalui pasukan siber,mereka mempengaruhi minda rakyat dengan
penulisan yang penuh dengan
unsur fitnah dan tohmah.Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan
pembangkang mengenai isu rasuah,penyelewengan
dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.Hasilnya pada
Pilihan Raya Umum 2008,BN kehilangan lima negeri termasuk
Kelantan.Selepas menawan Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak (untuk
seketika),pembangkang
memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang
kerajaan.Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul
dan mereka mengeksploitasi landasan
sosial baru ini dengan sepenuhnya.Kali ini mereka tidak berhenti
memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan
serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu,menghina orang
Melayu dan Islam secara
terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'.
Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang
didokong olen pertubuhan Yahudi
antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan
sebagainya.Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk
menimbulkan keradaan huru hara dan
ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan
demonstrasi untuk
menaikkan kemarahan rakyat.Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan
harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN
dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap
isu kerajaan telah mengambil
inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua
masalah.Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan
kompromi untuk menjayakan agenda
mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara
demokratik.Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk
mempertikaikan negara ini
sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan
membawa isu-isu sensitif yang
menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa.
Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana
mengamalkan syiar Islam dan
nilai-nilai serta adat ketimuran.Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah
negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikat di mana
perkahwinan sejenis dibenarkan,budaya gay dan lesbian boleh bergerak
bebas,fahaman yang
merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah
dan institusi pengajian tinggi di
negara ini.Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan
dari penjara.Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja
berperlembagaan kepada sistem republik
di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi
menjadi agama persekutuan.Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau
negara ini.Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri,apa cara sekali
pun adalah halal baginya.
Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian
di hatinya tercapai untuk
duduk di kerusi empuk di Putrajaya.
APA KATA ANDA ???
No comments:
Post a Comment