Wednesday, 19 February 2014
Pusat Hiburan Ada TONTO ???? @MPManjung @Imigresenmy
Pelik melihat keadaan sekarang ini. Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar wang.
Dipercayai pihak pengusaha pusat hiburan telah mengupah beberapa orang TONTO untuk memerhati gerak geri pegawai penguatkuasa dari Imigresen. Mana tidaknya... setiap kali operasi, setiap kali tidak berjaya. Black tidak menyalahkan Imigresen, tetapi mungkin ada tali barut yang 'makan suap' dengan pengusaha pusat hiburan di sekitar daerah Manjung dengan cara menyalurkan maklumat kepada TONTO setiap kali operasi.
Dipercayai juga bahawa pengusaha pusat hiburan juga ada 'menyimpan' GRO dari negara asing seperti Veitnam, China dan Thailand. Entah ada permit atau tidak, itu tidak dapat dipastikan.
Pusat hiburan di sekitar Sitiawan dan Manjung juga sering ditutup lewat, melebihi had dan masa yang dibenarkan. Adakah pihak Majlis Perbandaran Manjung tidak memantau operasi perniagaan mereka ini? Adakah penguatkuasa MPM juga 'makan suap'? Adakah lesen perniagaan mereka ini tidak boleh ditarik balik?
Black tidak mahu menuduh sesiapa dalam permasalahan ini. Kalau ada pegawai penguatkuasa yang 'makan suap' tu... hentikanlah perbuatan anda. Duit tu tidak berkat. Malah semakin tidak mencukupi walaupun mungkin imbuhannya banyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment