Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 27 February 2014

Hui !!! Sekali Lagi @nurul_izzah merengek-rengek !!!!


Masa buat tuduhan dan kemudian diberitahu pula akan ada saman fitnah menyusul, bukan main ranggi lagi. Kononnya tak takut sebab berada di pihak yang benar. Kononnya ada segala bukti yang akan menyokong kebenaran tuduhannya.

Bagaimanapun, apabila di mahkamah lain pula ceritanya. Hari tu, dengan Raja Nong Chik, cuba selesaikan di luar mahkamah tetapi Raja Nong Chik enggan. Bahkan meminta agar perbicaraan diteruskan.

Kelat kejap muka Nurul Izzah... almaklumlah, anak manja yang segala kemahuanya dituruti tiba-tiba ada pula yang berani menyanggah dan kemudian enggan pulak berkompromi.

Kini giliran Datuk Seri Mohammad Salleh, suami Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil. Nurul Izzah merengek-rengek meminta agar penyelesaian dilakukan di luar mahkamah. Apatah lagi hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Hue Siew Kheng mencadangkan agar ken berkenaan diselesaikan secara mediasi. 

Pengurusan kes dan proses mediasi telah ditetapkan pada 17 April ini. Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua belah pihak gagal mencapai jalan penyelesaian, mahkamah menetapkan 4 hingga 6 Ogos untuk perbicaraan kes saman itu.

24 Disember tahun lepas, Mohammad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFCorp) dan syarikatnya telah menfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.  

Saman tersebut dibuat berdasarkan pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menyatakan dia (Mohammad Salleh) telah membeli lapan unit kondominium di KL Eco City menggunakan dana awam yang sepatutnya disalurkan kepada NFcorp.

Kes ini sangat besar. Ada kepentingan awam di dalam kes ini. Tuduhan yang dilemparkan juga sangat besar dan berat. Justeru, tidak sepatutnya kes ini diselesaikan di luar mahkamah sebaliknya ia perlu diselesaikan dengan jalan perbicaraan. Ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku, apatah lagi PKR begitu seronok bercakap tentang lembu, tentang kondominium dan tentang RM250 juta dana awam yang 'telah diselewengkan' oleh NFcorps.

No comments:

Post a Comment