Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 19 August 2013

Jamuan Aidilfitri UMNO Lumut tiada sambutan ??? @zambryabdkadir

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013/1434H bertempat di Perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung pada 18/8/13 tidak mendapat sambutan orangramai?? Benarkah? Mungkin itu kata pencacai pembangkang. Hakikatnya kehadiran mencecah 15,000 orang. Termasuklah Ahli Parlimen Lumut dari PKR Laksamana (B) Hj Imram yang dikatakan murtad PAS.

Majlis bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Orangramai membanjiri perkarangan MPM dari pelbagai masyarakat, termasuklah melayu, cina, india dan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Turut hadir YB Rashidi Ibrahim (ADUN Pasir Panjang), DS Kong Cho Ha (Mantan Menteri Pengangkutan), En Ting Tai Fook(Bekas Calon DUN Sitiawan), Panglima ARMADA Dato' Abd Hadi, Dato' Zamri Man (YDP MPM), Tuan Zamari (Pegawai Daerah Manjung) dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Manjung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan YB Pasir Panjang. Beliau mengucapkan kesyukuran sempena aidilfitri dan terima kasih kepada pengundi DUN Pasir Panjang kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mewakili masyarakat bagi DUN Pasir Panjang. Masyarakat juga harus mensyukuri anugerah syawal dan sempena hari kemerdekaan serta keamanan yang dinikmati hingga hari ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan dari Yg Bhg Dato' Seri Kong Cho Ha dengan membuat ucapan ringkas dengan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam terutama di Daerah Manjung ini.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir sudah pasti memberi ucapan dalam majlis ini. Bagi pihak seluruh jentera UMNO, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Beliau amat mengharapkan tiada berlakunya kucar-kacir dan sebagai rakyat Malaysia harus mensyukuri nikmat keamanan. Beliau tidak mahu rakyat negara ini menjadi seperti di timur tengah dimana keadaan tidak aman berlaku di sana terutama di Mesir dan Syria. Demonstrasi jalanan bukanlah amalan dari Barisan Nasional. Ianya adalah amalan dari Pakatan Pembangkang.
Hj Imran yang merupakan Ahli Parlimen Lumut merah telinga apabila terpaksa mendengar sindiran yang dilemparkan kepadanya.

Selesai ucapan dari MB, tetamu dijemput menjamu selera sambil didendangkan lagu-lagu hari raya yang dinyanyikan oleh Kumpulan Gelombang Biru TLDM.

Tidak dilupakan, sumbangan Hari Raya oleh YAB MB kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment