Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 26 August 2013

DAP MAKIN SAKIT HATI, KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN PDRM TUBUH SKUAD KHAS BURU TAUKEH DADAH DAN 'GODFATHER' KONGSI GELAP PULAK!!!


Kementerian Dalam Negeri dan PDRM semakin bersungguh-sungguh memburu ikan-ikan besar dalam dunia jenayah apabila menubuhkan skuad elit khas yang menjadikan taukeh-taukeh dadah dan godfather sindiket jenayah sebagai sasaran yang baru.

Skuad tersebut mengandungi 400 orang pegawai, diberi kuasa untuk bertindak tanpa perlu melalui protokol dan prosedur biasa iaitu melaporkan diri kepada Ibu Pejabat Polis Negeri dan Daerah.

Kuasa yang diberikan kepada skuad itu juga lebih besar sekaligus tidak memerlukan kelulusan daripada polis daerah dan negeri. Skuad tersebut akan diletakkan berasingan daripada Unit Narkotik Bukit Aman.

Pastinya, ada pemimpin politik terutama sekali yang selama ini menjadi proksi kepada kepala-kepala penjenayah tidak senang duduk dan mencari-cari alasan untuk terus memburuk-burukkan pihak polis. Keputusan terkini Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Zahid Hamidi dan PDRM itu, bagaimanapun, tidak pula menyatakan godfather yang dimaksudkan adalah orang politik.

Walau bagaimanapun, Zahid turut mengakui, satu bentuk undang-undang baru sedang dikaji.

Cuma yang menjadi persoalan nanti ialah, sejauh mana pula Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri akan memberikan respons. Adakah amalan selama ini iaitu, POLIS TANGKAP, PEGUAM NEGARA LEPASkan penjenayah akan berkekalan?

Justeru, tidak hairanlah mengapa ada sebilangan ahli-ahli politik, khususnya dari DAP dan peguam dari PKR seperti N.Surendran begitu kalut mencipta persepsi agar orang awam mencurigai pihak polis!!! 
 
sumber

No comments:

Post a Comment