Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya
tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan
kerajaan.
Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis
bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini
terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.
Waytha Moorthy
dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak
menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan
mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan,
Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang
dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh
kerajaan.
“Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin
badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin
Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis,” katanya kepada
pemberita di sini, Khamis.
Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi
gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit
dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri
Sembilan. Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah
tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.
Kadang-kadang Pakcu terfikir ...sejak akhir-akhir ini biar pun slogan 1 Malaysia di laungkan tapi yang nyata...bila kesepaduan kearah itu ingin dijalankan maka ada saja jagoan etnik dari setiap bangsa akan bangkit menonjol dan mempertahan etnik masing-masing .
ReplyDeleteRasa perkauman ini akan lahir bila etnik tersebut menjadi fokus dalam apa jua kejadian yang nagetif maka ada saja kumpulan-kumpulan yang mempersoalkannya apa yang berlaku.
Nampaknya keretakan seperti ini akan menghala lebih jauh lagi dimasa yang akan datang jika pemikiran untuk membela etnik bangsa ,kepentingan politik lebih kedepan dari menerima kenyataan kesan yang ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Maka ianya akan lebih mencelarukan keadaan yang sedia ada. Walahualam