Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 16 August 2013

Ape ke yang dibuatnya?? @pkamalanathan

Ape ke yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Kamalanathan kat area Manjung ni? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Tunjuk sana, tunjuk sini.
Rupanya beliau membuat lawatan kerja ke Daerah Manjung. Beliau membuat lawatan kerja pada 15 Ogos 2013 hari khamis. Dalam lawatan ini, beliau telah mendengar taklimat oleh Pegawai Pelajaran Daerah Manjung mengenai status beberapa sekolah di Daerah Manjung ini termasuk Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan yang menjadi kontravesi beberapa bulan yang lalu.
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat ini telah diarah tutup oleh tuan tanah yang kononnya ingin dibina pusat perniagaan. Oleh kerana sekolah ini dibina atas tapak persendirian, Kementerian terpaksa menutup dan memindahkan pelajar ke SMK Ahmad Boestamam untuk dijadikan sekolah tumpangan.
Selama ini, ibubapa pelajar SK Simpang Empat tidak mengetahui perkembangan status sekolah ini. Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pelajaran telah memuluskan satu kawasan baru untuk pembinaan sekolah ini. Black turut sama meninjau kawasan tersebut. Ini bermakna kerajaan persekutuan yang diterajui Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat, terutama kepada peneraju kerajaan pada masa hadapan iaitu anak-anak yang masih belajar.
Pembinaan akan dilakukan dalam masa terdekat, dan pastinya secepat mungkin kerana mahu para pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa.
Tahniah kerana BN sekali lagi membuktikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment