Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 22 August 2012

PAS Makin Terdesak... Duit Fitrah pun Diambil....Betul-betul penyangak.. @MbNizar




Terbongkar satu perbuatan terdesak dan sesat Pas di Facebook yang sanggup menggunakan wang zakat demi untuk kepntingan masa depan politik bersama parti DAP dianggap satu jihad.


Menurut cerita blog Info4thetruth , mangsa penipuan ini bernama Amirul Zaman Bin Nasro Ali yang juga orang Teluk Intan di kawasan Batak Rabit berniat untuk membayar zakat fitrah kepada seseorang yang berlagak seperti amil.

Namun Amil itu memaklumkan kepadanya bahawa resit telah habis dan jika ingin membayar juga tidak ada resit akan dikeluarkan.

Saudara Amirul lantas membuat keputusan untuk membayar zakat di Masjid berdekatan (Masjid Batak Rabit) sebelum solat Aidilfitri.

Pada subuhnya, beliau pergi ke Masjid bagi menjelaskan bayaran zakat. Beliau menjelaskan bayaran zakat fitrah untuk 10 orang yakni beliau dan seluruh ahli keluarganya.

Selepas membuat bayaran berkenaan beliau diberikan resit oleh amil berkenaan seperti gambar diatas. Resit diatas nama parti politik (PAS).

Amil PAS terbabit dikenalpasti dan bernama Haji Ibrahim.

Agak terkejut menerima resit untuk bayaran zakat fitrah diatas nama parti politik, beliau terus pulang kerumah memandangkan ada orang lain lagi yang turut mahu membayar zakat fitrah dibelakangnya dan setibanya di rumah beliau berbincang dengan isterinya.

Mereka menelefon kepada seorang pegawai JASA dan pegawai berkenaan menasihati beliau untuk membuat laporan polis memandangkan musim perayaan (Aidilfitri) pejabat masih tutup.



Imej diatas adalah laporan polis yang telah dibuat beliau pada tengaharinya. Salinan report ini turut dimuatnaik mangsa dilaman sosial (Facebook).

Susulan dari salinan yang dimuatnaik ini, beliau telah mendapat ugutan dan ancaman melalui laman media sosial berkenaan.

Untuk menjaga keselamatan beliau dan keluarga, beliau telah pergi ke Balai Polis semalam untuk membuat laporan berkaitan ugutan dan ancaman yang telah diterima oleh beliau dari puak-puak lebai kera PASpispus dan Pakatan Rakyat.

Hari ini, beliau akan pergi membuat aduan rasmi di pejabat Agama dan Pusat Pungutan Zakat Perak.

Diharap pihak MAIPk dan JAIPk mengambil perhatian dengan aduan ini dan buat siasatan segera jika tidak selepas ini banyak lagi parti politik termasuk DAP  akan jadi amil untuk kutip zakat.

Bagi Pas apa sahaja yang dibuatnya adalah jihad termasuk membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman

Dipetik dari blog INFO 4 THE TRUTH

No comments:

Post a Comment