Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 16 May 2012

TOLONG SIASAT ! FOTO & VIDEO PEMIMPIN PEMBANGKANG MAHU TEMBAK POLIS!!

Di bawah ini adalah video dan 2 gambar budak pemimpin muda parti pembangkang negeri utara yang bukan sahaja mulut celupar tetapi berbau hasutan melampau.

Budak yang pertama ialah Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang yang berceloteh tentang jihad dan hujan peluru. Berjihad bersama S. Ambiga, penyokong LGBT dan murtad?


Inikah nilai pemimpin muda pembangkang yang hanya tahu cakap kosong dan sedap mulut sahaja?

Yang memalukan ialah budak ini begitu lantang bercakap tetapi suara beliau tidak kedengaran apabila Salleh Man ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim tentang isu YDP MAIPP.

Dan di mana pula suara yang kononnya 'sanggup meredah hujan peluru' itu apabila PAS Pulau Pinang diperlekehkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu senatorship?

Sungguh memalukan!

Yang kedua ialah Ketua AMK Cabang Sik, Kedah yang juga merupakan Ketua SAMM Kedah.


Beliau sanggup menghina pihak polis seperti anjing (1:48).

Yang sangat memeranjatkan ialah budak ini ada hati mahu 'tembak polis' (1:56) !

Kenyataan budak ini sungguh kurang ajar dan sangat melampau! Inikah perangai seorang siswa yang diberikan otak oleh Allah swt untuk berfikir dan bukannya bersikap biadap seperti di dalam video di bawah?
Saksikanlah video di bawah terutamanya di minit 1:01 , 1:48 dan 1:56 :


Video : saksikan minit 1:01 , 1:48 dan 1:56

MiM percaya rakyat tidak akan menyokong pemimpin-pemimpin yang berbau subversif dan menghasut melampau ini.

MiM juga percaya tindakan cetek mereka itu akan memburukkan lagi imej Pakatan pembangkang yang sekarang pun sudah semakin dijauhi oleh penyokong-penyokong mereka.

Apa pun, kita amat berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara di atas dengan kadar segera. Rakyat mahukan keamanan dan bukannya hasutan serta ugutan melampau seperti kenyataan pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

2 comments:

  1. bro minta tlg ubah tulisan gelap kpd terang sakit, mata bro

    ReplyDelete