Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 9 May 2012

Pasangan saksi isu murtad diancam?????

Wartawan Sinar Harian
9 Mei 2012
Hasan: Pasangan saksi isu murtad diancam
Hasan (kiri) bercakap kepada media ketika sidang media di rumahnya, semalam.
PETALING JAYA – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa pasangan suami isteri murtad yang membuat pengakuan sebelum ini diugut selepas penayangan video mereka didedahkan.
Hasan turut mendakwa, bukan sahaja pasangan itu diancam dan diugut malah ia disasarkan terhadap anak-anak mereka.
Hasan berkata, kedua-duanya juga terlibat dalam kemalangan beberapa hari selepas itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memastikan sama ada kemalangan itu ada kaitan dengan pendedahan video murtad yang ditayangkan kepada media atau pun tidak.
Katanya, beliau percaya ia berkemungkinan bermotifkan pendedahan itu atau pun berlaku secara kebetulan.
“Mereka terlibat kemalangan apabila keretanya dilanggar lori beberapa hari selepas video itu ditayangkan. Teori mengatakan ia pelanggaran biasa tetapi ada mengatakan ia berkaitan pendedahan itu.
“Apapun ada orang datang jumpa dia. Ada panggilan ancam dia malah mengugut anak-anak dia,” katanya pada sidang media di rumahnya, semalam.
Katanya, pasangan itu telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Ketika ditanya sama ada polis memberi perlindungan terhadap pasangan suami isteri itu, Hasan enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak boleh dedahkan perkara-perkara ini tetapi mereka selamat cuma kenderaan rosak.
“Hal-hal berkaitan polis saya tidak menjawab lebih daripada itu tetapi laporan polis ada dibuat,” katanya.
SUMBER

No comments:

Post a Comment