Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 3 December 2014

LAPORAN #RCISABAH MULA DIJUAL ESOK #PRKDR

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah yang ditunggu-tunggu sekian lama akan mula dijual kepada orang ramai pada Khamis.

Laporan tersebut yang boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris berhargaRM100 senaskah.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang diPejabat Setiausaha Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu dan Pusat Sehenti di Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam lawatannya ke Sabah pada bulan lalu bahawa laporan RCI akan dijual kepada umum pada awal Disember.

Najib berkata panel khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan mengkaji cadangan-cadangan dalam laporan RCI itu.

Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI kerana mendapat persetujuan mengalakkan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap langkah susulan bagi menangani masalah tersebut.

Panel lima anggota dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menghantar laporan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong dan Najib pada Januari lalu.

RCI yang ditubuhkan pada 2012 ditugaskan untuk menyiasat kebanjiran pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah.

Ia meliputi lapan terma rujukan termasuk menyiasat bilangan warga asing yang menerima kad pengenalan negara ini.

Mereka mendengar keterangan daripada 211 orang saksi.

No comments:

Post a Comment