Tiada apa yang perlu disorokkan kerajaan terhadap isu kehadiran pendatang asing yang ramai di Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah dibentangkan di Parlimen petang ini.
Bagi pembangkang mereka amat menantikan keputusan RCI Pendatang Asing Sabah itu yang disifatkan mereka sebagai kegagalan kerajaan dalam mengawal kehadiran pendatang asing selain mengaitkannya dengan politik.
Sebagai sebuah kerajaan yang diberikan kepercayaan oleh rakyat dalam mentadbir Malaysia, kerajaan BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sentiasa mendukung prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan
Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas
peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.
Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj
Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik
sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.
Sememangnya, beberapa penjawat awam yang sebelum ini telah
didapati bersalah kerana bersekongkol dan terlibat sama dalam kes pendatang
asing di Sabah telah dikenakan hukuman setimpal tanpa memilih warna kulit dan
pangkat.
Prinsipnya, yang salah tetap salah, dan yang benar tetap
benar tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan
sendiri.
Ini bukan isu hanya melibatkan Sabah sebaliknya ia juga
telah diklasifikasikan sebagai isu nasional yang melibatkan kepentingan negara.
Justeru, apa sahaja keputusan RCI Pendatang Asing Sabah ini
yang akan dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di
Kota Kinabalu harus diterima rakyat terutama pemimpin pembangkang yang sentiasa
memutarbelitkan fakta.
No comments:
Post a Comment