Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 20 August 2013

MAMPUKAH @ZairilKJ PERTAHANKAN JAWATAN TANPA SOKONGAN @CmLimGUANENG

Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz.   Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.  Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.
Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.
Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.
Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis.  Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir Johari.
Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!
Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.
Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai.  Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum.  Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh?
 

Monday, 19 August 2013

Mohon kerjasama semua

Teman mohon kerjasama semua pihak tidak kira dari parti politik ke, NGO ke, tak kira lah sape sahaja yang dapat membantu mencari 3 pelajar SMK Batu 10, Lekir yang telah hilang beberapa hari yang lalu....


Jamuan Aidilfitri UMNO Lumut tiada sambutan ??? @zambryabdkadir

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013/1434H bertempat di Perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung pada 18/8/13 tidak mendapat sambutan orangramai?? Benarkah? Mungkin itu kata pencacai pembangkang. Hakikatnya kehadiran mencecah 15,000 orang. Termasuklah Ahli Parlimen Lumut dari PKR Laksamana (B) Hj Imram yang dikatakan murtad PAS.

Majlis bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Orangramai membanjiri perkarangan MPM dari pelbagai masyarakat, termasuklah melayu, cina, india dan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Turut hadir YB Rashidi Ibrahim (ADUN Pasir Panjang), DS Kong Cho Ha (Mantan Menteri Pengangkutan), En Ting Tai Fook(Bekas Calon DUN Sitiawan), Panglima ARMADA Dato' Abd Hadi, Dato' Zamri Man (YDP MPM), Tuan Zamari (Pegawai Daerah Manjung) dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Manjung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan YB Pasir Panjang. Beliau mengucapkan kesyukuran sempena aidilfitri dan terima kasih kepada pengundi DUN Pasir Panjang kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mewakili masyarakat bagi DUN Pasir Panjang. Masyarakat juga harus mensyukuri anugerah syawal dan sempena hari kemerdekaan serta keamanan yang dinikmati hingga hari ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan dari Yg Bhg Dato' Seri Kong Cho Ha dengan membuat ucapan ringkas dengan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam terutama di Daerah Manjung ini.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir sudah pasti memberi ucapan dalam majlis ini. Bagi pihak seluruh jentera UMNO, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Beliau amat mengharapkan tiada berlakunya kucar-kacir dan sebagai rakyat Malaysia harus mensyukuri nikmat keamanan. Beliau tidak mahu rakyat negara ini menjadi seperti di timur tengah dimana keadaan tidak aman berlaku di sana terutama di Mesir dan Syria. Demonstrasi jalanan bukanlah amalan dari Barisan Nasional. Ianya adalah amalan dari Pakatan Pembangkang.
Hj Imran yang merupakan Ahli Parlimen Lumut merah telinga apabila terpaksa mendengar sindiran yang dilemparkan kepadanya.

Selesai ucapan dari MB, tetamu dijemput menjamu selera sambil didendangkan lagu-lagu hari raya yang dinyanyikan oleh Kumpulan Gelombang Biru TLDM.

Tidak dilupakan, sumbangan Hari Raya oleh YAB MB kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 18 August 2013

Baiknya Anwar Ibrahim 8481 ni !!!

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan sebagai 'terlebih tindakan' terhadap wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing-anjingnya, Maznah Mohd Yusof, 38, juga dikenali sebagai Chetz.

" (Sepatutnya) hanya beri teguran dan beri dia peluang untuk membela diri," kata Anwar dilaporkan FMT ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Anwar membuat kenyataan itu selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Nampak sangat Liberalnya si Anwar 8481 ni.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 16 August 2013

Ape ke yang dibuatnya?? @pkamalanathan

Ape ke yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Kamalanathan kat area Manjung ni? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Tunjuk sana, tunjuk sini.
Rupanya beliau membuat lawatan kerja ke Daerah Manjung. Beliau membuat lawatan kerja pada 15 Ogos 2013 hari khamis. Dalam lawatan ini, beliau telah mendengar taklimat oleh Pegawai Pelajaran Daerah Manjung mengenai status beberapa sekolah di Daerah Manjung ini termasuk Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan yang menjadi kontravesi beberapa bulan yang lalu.
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat ini telah diarah tutup oleh tuan tanah yang kononnya ingin dibina pusat perniagaan. Oleh kerana sekolah ini dibina atas tapak persendirian, Kementerian terpaksa menutup dan memindahkan pelajar ke SMK Ahmad Boestamam untuk dijadikan sekolah tumpangan.
Selama ini, ibubapa pelajar SK Simpang Empat tidak mengetahui perkembangan status sekolah ini. Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pelajaran telah memuluskan satu kawasan baru untuk pembinaan sekolah ini. Black turut sama meninjau kawasan tersebut. Ini bermakna kerajaan persekutuan yang diterajui Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat, terutama kepada peneraju kerajaan pada masa hadapan iaitu anak-anak yang masih belajar.
Pembinaan akan dilakukan dalam masa terdekat, dan pastinya secepat mungkin kerana mahu para pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa.
Tahniah kerana BN sekali lagi membuktikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 2 August 2013

Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Dan Berbuka Puasa Media Bersama YAB Perdana Menteri @NajibRazak

Hari ini dalam sejarah, 2 Ogos 2013... Black dijemput berbuka puasa di kediaman rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Sri Perdana.

Majlis ini meraikan petugas Media di Lahad Datu. Black memang la tak pergi ke Lahad Datu, tapi sahabat Black iaitu AAKJ (Azmy Awang Kelana Jaya) telah bersama di Lahad Datu. Tahniah kepada AAKJ kerana menerima pingat PKN (Pingat Kedaulatan Negara). AAKJ telah bertugas di Lahad Datu semasa pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Pingat ini sebelum ini diberikan kepada ATM dan PDRM kerana bertugas di Lahad Datu. Kini pengamal media juga diberi pengiktirafan. Tahniah kepada semua penerima pingat PKN ini.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 20 July 2013

Rezeki Anak Yatim dan Ibu Tunggal.

Hari ini cerita sensasi memang tak ade..sorry erk.. Bulan ni bulan puasa.. Hari ini Black nak cerita pasal rezeki anak yatim piatu yang begitu banyak. Rezeki dari Allah kepada anak-anak ini. Banyak pihak yang ingin menyumbangkan kelengkapan hari raya kepada mereka. Salah satunya syarikat AEON Manjung, iaitu salah satu syarikat pasaraya terbesar di Malaysia. AEON menyediakan pakaian hari raya kepada lebih 180 anak yatim piatu dan ibu tunggal di Daerah Manjung ini. Setiap seorang RM 200.

Turut sama dalam program ini adalah ADUN Pasir Panjang, YB En Rashidi Ibrahim. Beliau begitu gembira kerana AEON dapat bersama memberi kenikmatan Hari Raya kepada anak-anak ini. Mereka juga insan seperti anak-anak yang lain yang menginginkan kegembiraan dengan berpakaian serba baru di hari raya nanti.

Black merasa amat bersyukur kerana masih mempunyai Ibu dan Ayah. Sekiranya hendak dibandingkan dengan anak-anak ini amat yang telah kehilangan kedua orang ayah dan ibu.

Oleh itu, kita yang masih mempunyai ayah dan ibu haruslah bersyukur dan sentiasa mengingati mereka dan hormatilah mereka selagi masih ada. Sekiranya sudah tiada, tiada gunanya penyesalan. Hanya doa sahaja yang dapat diiringkan kepada roh mereka...

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone