Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 20 July 2013

Rezeki Anak Yatim dan Ibu Tunggal.

Hari ini cerita sensasi memang tak ade..sorry erk.. Bulan ni bulan puasa.. Hari ini Black nak cerita pasal rezeki anak yatim piatu yang begitu banyak. Rezeki dari Allah kepada anak-anak ini. Banyak pihak yang ingin menyumbangkan kelengkapan hari raya kepada mereka. Salah satunya syarikat AEON Manjung, iaitu salah satu syarikat pasaraya terbesar di Malaysia. AEON menyediakan pakaian hari raya kepada lebih 180 anak yatim piatu dan ibu tunggal di Daerah Manjung ini. Setiap seorang RM 200.

Turut sama dalam program ini adalah ADUN Pasir Panjang, YB En Rashidi Ibrahim. Beliau begitu gembira kerana AEON dapat bersama memberi kenikmatan Hari Raya kepada anak-anak ini. Mereka juga insan seperti anak-anak yang lain yang menginginkan kegembiraan dengan berpakaian serba baru di hari raya nanti.

Black merasa amat bersyukur kerana masih mempunyai Ibu dan Ayah. Sekiranya hendak dibandingkan dengan anak-anak ini amat yang telah kehilangan kedua orang ayah dan ibu.

Oleh itu, kita yang masih mempunyai ayah dan ibu haruslah bersyukur dan sentiasa mengingati mereka dan hormatilah mereka selagi masih ada. Sekiranya sudah tiada, tiada gunanya penyesalan. Hanya doa sahaja yang dapat diiringkan kepada roh mereka...

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment