Jangan kata Imam Masjiddil Haram Dr Abdul Rahman Abdul Aziz... Malah kalau diceritakan pada orang
lain pun sudah pasti diorang akan terkejut jugak. Apa yang berlaku memang satu
berita yang cukup menggemparkan.
Selama ini, PAS selalu mendabik dada kononnya hanya diorang
je pejuang Islam yang memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia
ni.
Tapi bila UMNO secara terbuka buat cadangan agar isu
tersebut juga turut dibangkitkan di Selangor, mula diorang jadi tak tentu arah
dan panas punggung.
Dari laporan yang didedahkan, PAS Selangor mula menjadi
resah seolah - olah mereka rasa terancam bila UMNO bawak usul Hudud di sidang
Dewan Undangan Negeri.
Sampai tahap Pesuruhjaya PAS yang juga merupakan Exco Rejim
Pakatan Selangor turut menjadi terpinga - pinga bila perkara tersebut
dibangkitkan.
Sebelum ini turut dilaporkan ADUN Sungai Air Tawar yang
mewakili UMNO menggesa Rejim Pakatan Selangor mengkaji keberangkalian
perlaksanaan Hukum Hudud.
Dek kerana terkesima dengan cadangan yang diutarakan oleh
UMNO dan tak tau nak jawab macam mana, maka Si Pesuruhjaya PAS tu mula
mempertikaikan usul yang dibuat.
Dia mula mempersoalkan keikhlasan UMNO yang mahu
membangkitkan isu tersebut dalam sidang DUN nanti. Kenapa perlaksanaan
mengenainya tidak dibuat sebelum ini?
“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di
Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak
melakukannya?
“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” katanya.
“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” katanya.
Nah!!! Nampak gayanya Si Pesuruhjaya PAS Selangor ni pun dah
tak tau nak jawab apa dah sampai tahap dia pulak yang mempersoalkan keikhlasan
orang lain.
Yang diorang menjadikan isu Hudud tu sebagai bahan Politik
sejak 60 tahun tak nak pulak dia persoalkan? Kenapa dia tak jawab tuduhan yang
dibuat oleh DAPigs sebelum ini?
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Teresa Kok, Ahli
Parlimen Seputeh menyatakan bahawa PAS hanya mahu melaksanakan Hudud demi untuk
meraih sokongan orang Melayu.
Dakwaan itu membuktikan bahawa PAS juga tidak ikhlas untuk
memperjuangkan Hukum Islam tu. Tetapi hanya sekadar mempergunakannya untuk
kepentingan Politik semata - mata. Bukannya diorang nak menegakkan Hudud tu
sangat pun!!!
No comments:
Post a Comment