Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday, 10 March 2014

SIAPA PULAK YANG FITNAH @TERESAKOK KESAYANGAN ABANG SABUN NI ???




Masa para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional difitnah dengan pelbagai tohmahan dan cerita-cerita tidak masuk akal, tiada sebarang laporan polis dibuat memandangkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlalu baik dan berharap, YANG BENAR AKAN MENENGGELAMKAN YANG BATIL - satu prinsip zaman dinosaur jurrassic yang tidak lagi terpakai pada zaman ini. Bahkan fitnah-fitnah jahat yang dicipta oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, antara yang termasyhur adalah pembunuhan Altantuya Shiiribu yang dikaitkan dengan Najib Abdul Razak dan kapal selam Scorpene, sehingga kini masih lagi terjual di kalangan para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat.

Dari tahun 2005 sehingga 2014, apa fitnah yang tidak dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tidak sahaja kepada pemimpin, bahkan isteri, anak dan keluarga pemimpin-pemimpin UMNO-BN turut menjadi sasaran mereka kerana mereka sangat tahu, UMNO dan Barisan Nasional tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, medium-medium yang pro-UMNO-BN seringkali menjadi sasaran untuk disaman oleh para pemimpin Pakatan Rakyat tanpa diberikan ruang dan peluang untuk membela diri. Apatah lagi dengan pembabitan beberapa orang 'hakim' yang sangat bias untuk memenangkan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Itulah yang membezakan antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN. Satu pihak cuba membuktikan mereka difitnah, manakala satu pihak lagi memandang remeh semua perkara sehinggakan tengkuk dah nak dikerat pun, masih lagi berbaik-baik dan berkata, 'TAK APA. NANTI BENDA BOLEH SETTLE'.

Teresa Kok antara yang paling lantang bersuara walaupun membuat fitnah. Bagaimanapun, dia sangat pandai berbelit dan kemudian menyalahkan orang lain seperti dalam kes klip video 'ONEDEFUL MALAYSIA' yang kemudian dikatakannya sebagai fitnah jahat UMNO dan MCA.

Dia kerap menampilkan diri sebagai tokoh politik yang hebat kononnya. Namun apabila terkena ke batang hidungnya, apabila sudah tidak dapat mengelak atau memberikan jawapan, Teresa Kok kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan menyaman.

SUMBER

No comments:

Post a Comment