Rupa-rupanya,Australia telah menemui objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370 jauh lebih awal.Namun,negara itu telah mengambil masa sehingga 3-4 hari untuk melaporkannya kepada kerajaan mereka,sebelum menyampaikan berita itu kepada para pasukan mencari dan menyelamat di Malaysia.Kita faham bahawa Australia memerlukan masa untuk mengenalpasti dan mengesahkan perkara tersebut sebelum mengumumkannya dan kita tidak mencurigai atau menuduh Australia sebagai sengaja melambat- lambatkan atau menyembunyikan maklumat.Malah,kita menghargai sikap tanggungjawab Australia yang ingin mengesahkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengumuman.Nampaknya,pembangkang negara ini serta media-media asing turut menerima alasan Australia yang tidak melaporkan penemuan itu segera.Malah,mereka juga turut menerima penjelasan bahawa kapal-kapal Australia memerlukan 3-4 hari lagi untuk sampai ke kawasan di mana objek tersebut dikesan.Mereka juga menerima takdir,sepertimana penjelasan Australia,bahawa cuaca buruk pada ketika ini, bakal melambatkan lagi usaha pencarian. Tidak ada sedikit pun rungutan atau persoalan dikemukakan oleh mana-mana pihak tentang kelambatan Australia bertindak.Tiada tekanan kepada Australia untuk memberi penjelasan lanjut atau apa saja sepertimana yang terpaksa dihadapi oleh pihak Malaysia.Soalnya, kenapa ‘double standard’ ??? Kenapa setiap penjelasan dari Malaysia enggan diterima dengan dengan baik ??? Kenapa setiap minit yang diambil oleh pihak Malaysia untuk mencari dan terus mencari dihentam sebagai lembab ??? Kenapa setiap maklumat yang diumumkan oleh pihak Malaysia dituduh sebagai tidak lengkap ???
Bayangkan jika Malaysia mengambil masa 4 hari untuk mengumumkan penemuan seperti itu dan aset yang ada pula perlu mengambil masa 4 hari lagi untuk sampai ke kawasan penemuannya,maka pasti riuh- rendahlah pembangkang dan media asing mengutuk Malaysia sebagai tidak cekap.Bukan itu saja,Malaysia juga akan turut dipersalahkan jika memberi alasan cuaca buruk bakal melambatkan proses pencarian. Pendek kata,apa saja yang Malaysia lakukan akan dianggap tidak kena,tidak tepat dan salah sama sekali sehinggakan cuaca buruk juga akan dipersalahkan atas kerajaan Malaysia.Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa mentaliti dijajah yang mengagungkan kulit putih masih terpahat kuat di dalam minda pembangkang.Manakala media asing pula masih dengan mentaliti penjajah dan menganggap diri mereka sebagai lebih tinggi kedudukannya dari bangsa lain.
SUMBER
No comments:
Post a Comment