Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 15 April 2014

Mahu Gulingkan Kerajaan Dalam Masa 5 Bulan - Si Ekstremis Tian Chua Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 !!!!


Setelah lebih sebulan laporan polis dibuat, akhirnya Tian Chua telah ditahan pada jam 7.45 malam tadi di lobi Hotel Armada kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.

Tian Chua sebelum ini bertindak mengeluarkan kenyataan mahu menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri DS Najib Razak dalam tempoh lima bulan sebaik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat.



Ekoran kenyataan biadap tersebut, satu laporan polis dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac yang lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Harap kali ini Tian Chua didakwa di mahkamah dan jangan pula pemimpin UMNO atau mana-mana peguam bertindak memaafkan kebiadapan Tian Chua.

Senarai Nama Mangsa Van Sekolah Masuk Kolam Kumbahan

Butir-butir mangsa terlibat:-
Pemandu m/van nama: Siti Fatimah Bte Nik Din
KPT: 730101-03-7916, Umur: 41thn, Alamat: No.26 Jalan Pertanian 36 Taman Universiti
Kanak-kanak yang meninggal nama:
Muhammad Azri Aqif Bin Azhar, T/Lahir: 9/7/2010, Umur: 4 Tahun, Alamat: No.16 Jalan Pertanian 40 Taman Universiti.
Kanak-kanak yang kritikal nama:
 Nur Aima Bte Abd Razak, T/Lahir: 28/7/2009, Umur: 5 Tahun, Alamat: No.197 Jalan Emas Merah 6 Taman Emas Merah Pekan Nenas
Kanak-kanak yang berada dalam keadaan stabil:-
1. Nama: Sakinah Bte Roslan, T/Lahir: 27/3/2009, Umur: 5 Tahun, Alamat: No.02-02 Blok B Flat Taman Pulai Utama K/Pulai.
2. Nama: Danial Aiman Hakimi Bin Md Gefri, T/Lahir: 25/11/2008, Umur: 6 Tahun, Alamat: No.12 Jalan Perubatan 46 Taman Universiti
3. Nama: Daniel Asyraf Bin Abdullah, T/Lahir: 6/10/2009, Umur: 5 Tahun, Alamat: No.22 Jalan Pertanian 40 Taman Universiti
4. Nama: Nama: Muhammad Hadif Syauqi Bin Samsol Akamal, T/Lahir: 3/7/2009, Umur: 5Tahun, Alamat: No.11 Jalan Pertanian 52 Taman Universiti.
Keempat-empat kanak-kanak ini telah dihantar keHospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana dibimbangi ada kandungan toksid dalam perut mereka akibat tertelan air kumbahan. Tk tuan

Monday, 14 April 2014

Saman RM2 juta ke atas @AbdulHadiAwang Ape Cer ????




Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 18 Mei sebagai pengurusan kes permohonan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.


Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed menetapkan tarikh berkenaan berikutan permohonan Abdul Hadi untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu.


Mohd Shamsul dan Abdul Hadi tidak hadir di mahkamah hari ini dan masing-masing diwakili peguam A. Vasudevan dan Asmuni Awi.


Permohonan pada hari ini untuk mengenepikan perintah mahkamah tetapi tarikh 18 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan di hadapan hakim, kata Vasudevan ketika ditemui pemberita.


Pada 23 Februari lepas Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.


Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.


Dalam pernyataan tuntutannya Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. 



Saturday, 12 April 2014

VIDEO YANG PANASKAN HATI ANWAR !!!! @Ratu_Naga


@Tonypua , Karpal & N Surendran Lebih Berkuasa Dari Nik Aziz ??? @Ratu_Naga @Tun_Faisal



1. Adakah permohonan maaf Datuk Nik Aziz itu satu taktik politik?
2. Adakah tindakan Datuk Nik Aziz memohon maaf seolah-oleh mengakui bahawa salahlaku PAS dan Nik Aziz sendiri selama ini adalah benar?
SOALAN INI sama seperti orang Pas buat kenyataan mereka semasa Dato' Sri Najib membuat permohonan maaf!
JANGANLAH amalkan politik cakap tak serupa bikin dan berputar-belit untuk melempiaskan nafsu politik sendiri. Bila terkena batang hidung sendiri, mula nak memaki hamun orang lain. Sampai keluar patwa tak masuk syurga! Patwa politik atas nama politik Islam dengan nama dan pakaian yang dikata Islamik.
DULU KATA berkongsi kuasa dengan parti kafir maka UMNO kafir, sekarang mereka sendiri mengamalkan persekongkolan dengan parti kafir harbi dengan topeng tahaluf siasi; macam mana, boleh pula!
DULU KATA UMNO kafir kerana menegakkan Perlembagaan penjajah, tetapi hari ini mereka sendiri menerima dan mahu melaksanakan Perlembagaan Persekutuan atas nama political expediency; pulak! Apa ke bendanya?
DULU KATANYA mereka meneriakkan perjuangan Negara Islam, tetapi setelah bersekongkol dengan kafir harbi mereka mempatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran! Yang ada hanya negara berkebajikan. Tukar lagi!
DAN TERKINI, Hukum Hudud! Kawan sebantal dah mimpi lain-lain. Tony Pua, Karpal Singh dan N. Surendran menentang keras; dan tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut diluluskan di Parlimen.
KERAJAAN Pusat telahpun membuka laluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat. Ahli-ahli Pas perlulah membuka mata.

CAKAP PATWA BERPUTAR BELIT dalam soal agama dan hukum-hakam. Sekarang lihat betapa isu ini menjadi bukti amat jelas betapa DAP dan PKR hanya mahu menggunakan Pas untuk mencapai cita-cita politik iaitu menang sebanyak mungkin kerusi dalam pilihan raya. Dasar perjuangan Pas tiada dalam kitab tahaluf siasi mereka. Malangnya !

Lagi Ribut Di Perak : Sungai Siput Dilanda Ribut @ZambryAbdKadir

11 April 2014, kejadian ribut di beberapa kawasan di dalam kawasan Parlimen Sungai Siput.
ADUN Lintang telah membuat lawatan bersama pihak Jabatan Bomba dan JPAM serta menyampaikan sedikit sumbangan.
Anggaran kerugian belum ditentukan.

Kejadian ribut berlaku kira-kira jam 4.00 petang hingga 4.45 petang. Ianya melibatkan 6 kampung utama yang melibatkan kerosakan rumah iaitu Kampung Pulau Mentimun 28 buah, Kampung Trosor 10 buah, Kampung Temin 15 buah, Kampung Pulau Kemiri 4 buah, Kampung Bekut 1 buah dan  Kampung Tali Api 18 buah. Tiada kemalangan jiwa, ianya cuma melibatkan kerosakan bumbung, atap, pokok tumbang, putus bekalan letrik dan harta benda alatan rumah.
Black mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat Black yang berada disana dan menyampaikan maklumat. Terima kasih Saudara Faizal.

Friday, 11 April 2014

Benarkah Islam Mengajar Menipu ??? Apa Terjadi Dengan Tabung Perajurit Trajedi Lahat Datu ??? @Ratu_Naga @AbdulHadiAwang


Masih ingatkah anda kepada peristiwa Lahad Datu ? Saya yakin semua orang masih ingat, dan yang paling kita tidak lupa adalah tindakan Pemuda Pas pada waktu itu mengutip derma atas nama Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu, tetapi wangnya dimasukkan ke dalam akaun Pas. Tidak sepertimana yang dilakukan Media Prima dimana Tabung Wira Lahad Datu yang dikutip mereka dimasukkan ke dalam akaun khusus atas nama berkenaan. 

Sekarang telah setahun lebih peristiwa Lahad Datu berlalu, dan seingat saya sehingga kini Pemuda Pas tidak pernah bentang laporan audit kepada orang ramai, berapa jumlah wang yang mereka kutip di dalam akaun Pas berkenaan. Kepada siapa wang tersebut diagihkan, berapa jumlah penerima dan berapa yang diterima oleh penerima ? Kita perlu tahu perkara ini sebab wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun parti Pas, bukannya ke dalam akaun khas atas nama tabung berkenaan. 


Masa nak kutip derma bukan main lagi Pemuda Pas boleh hebahkan, iklan sana sini. Mengapa pula selepas kutip liat pula untuk bentang laporan audit ? Bercakap soal islam, kejujuran, keihklasan, penyelewengan, rasuah dan bla…bla…bla…bla bukan main lagi. Tunjuklah kejujuran kau kepada rakyat.

sumber