Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 22 May 2012

PANAS BERAPI! SEORANG BEKAS POLIS YANG NAK KE SORGA! KENAPA? PROJEK TAK DAPAT?

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam tadi dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping, Perak.

Dato' Fauzi adalah anak jati Pantai Besar Batu kurau Perak.

Dengan PAS mengambil seorang bekas pegawai tinggi polis, dia ingat nama PAS dikalangan polis naik kembali ekoran kekasaran terhadap polis oleh perusuh Bersih 3.0.

Ternyata salah kerana Dato Fauzi dikatakan bertindak masuk PAS selepas dia tak dapat satu projek. Tak tahulah ada orang sailang dia atau proposal lain lebih baik.

Yang jadi tanya kami, apa perlu seorang bekas polis jawatan tinggi sibuk-sibuk nak berniaga lepas pencen. Dahlah tu, berniaga yang melibatkan kontrak dan projek.

Kepakaran dalam kepolisan bukan ciri utama untuk berjaya dalam dunia projek dan kontrak. Permainan dunia kontrak dan projek banyak melibatkan rasuah atau manipulasi tender atau pakai connection dalam untuk dapatkan kontrak.

Adakah bekas Pengarah Siasatan Jenayah cekap dalam hal ini?

Antara jawatan yang Dato Fauzi pernah pegang ketika dalam polis adalah:
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID)
  • Timbalan Pengarah Logistik PDRM
  • Ketua Polis Selangor.
  • Ketua Polis Sarawak.
  • Timbalan Ketua Polis Selangor.
  • Ketua Polis daerah Pasir Putih Kelantan.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam.
  • Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Apa makna portfolio yang dia pegang, kena tanya seorang polis. Tahulah apa maknanya.
Malah pada tahun 2007, setahun lepas dia pencen pada tahun 2006, ada sesuatu berlaku pada Dato Fauzi di rumahnya di Shah Alam:

Selanjutnya baca di The Unspinners...

House PK: Setelah 2 artikel aku tulis khas untuk Polis, sini dan sini. Akhirnya Fauzi masuk juga ke dalam PAS! AKu tau kenapa bukan pasal tiket nak ke Sorga tapi sama lebih kurang macam kes SI BAPOK DARI KAMPAR YANG GILAKAN PROJEK tu!

Khabarnya dia gagal dapatkan projek Malakoff! Tak pa la, kami akan siasat perkara ini, dah jadi semua yang kecewa pasal projek nak masuk Pakatan dan nak tukar kerajaan kononnya.

Kadang-kadang aku sedih la dengan perangai segelintir manusia ni, sebab nak isi tembolok sendiri maka dihasut orang pulak untuk tukar kerajaan, mereka tidak fikir yang mereka nak bagi kuasa tu adalah PENGKHIANAT yang tak boleh diharap.

BERBALOI KE?

HOUSE PK

Muzakarah tak perlu syarat

MOHD FIRDAUS YON
20 Mei 2012
Abdul Halim (kiri) turut sama melakukan kerja baik pulih rumah Jufri.
Abdul Halim (kiri) turut sama melakukan kerja baik pulih rumah Jufri.
JOHOR BAHRU - Tindakan Pas meletakkan syarat ketat bagi Umno untuk bermuzakarah menunjukkan parti komponen pakatan pembangkang tidak ikhlas dalam membincangkan agenda Ummah, Melayu dan Islam.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, syarat yang diletakkan Pas membuktikan wujudnya unsur politik berbanding usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Pertemuan dua parti terbesar negara, Pas dan Umno menerusi muzakarah untuk berbincang mengenai hala tuju Melayu dan Islam bukan satu perkara baru.

“Jika mereka (Pas) benar-benar mahu berbincang mengenai agenda ummah, agama dan bangsa, tidak perlu ada syarat kerana ia hanya menunjukkan mereka tidak ikhlas untuk bermuzakarah,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai Muzakarah Pas Umno yang dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan turun padang sempena program kemasyarakatan Johor Corporation (JCorp) di Kampung Baru Seri Aman, di sini, semalam

Pada program berkenaan, JCorp menerusi Tabung Tijarah Ramadan menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Jufri Idris, 82, bagi membolehkan kerja baikpulih rumah yang kian uzur dimamah usia dapat dilaksanakan segera.

Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa berkata, kedua-dua parti itu perlu saling berbaik dan memaafkan antara satu sama lain jika mahu bermuzakarah.

Sementara itu, dalam isu berlainan, Abdul Halim berkata, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez dinasihatkan supaya menukar kerakyatan jika sudah tidak memiliki patriotisme daripada terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej baik Malaysia.

Menurutnya, selaku warganegara ini, Irene tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh memberikan kesan negatif kepada tanah air.

“Isu yang dibangkitkan oleh Irene seakan mahu memburukkan negara di mata negara luar sedangkan kepimpinan kerajaan sudah mentadbir Malaysia dengan cukup baik dan ia berbeza dengan apa dinyatakan olehnya.

“Jika berlaku sesuatu penganiayaan atau dera melibatkan pekerja asing, ia adalah masalah majikan dan bukannya kerajaan atau negara. Malah peratusan kes ini adalah kecil.

“Sebagai rakyat Malaysia, dia tidak patut mengeluarkan kenyataan berkenaan. Seharusnya dia menggunakan saluran yang betul. Jika dia tidak suka Malaysia, tukar warganegara dan dapatkan status pemastautin tetap (PR) dari negara lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Halim turut menyelar kenyataan Pengerusi bersama Bersih, Tan Sri A Samad Said yang tidak menolak kemungkinan penganjuran Bersih 4.0 diadakan jika rakyat terus menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Menurutnya, himpunan Bersih 4.0 tidak wajar dianjurkan berikutan kegagalan Bersih 3.0 pada bulan lalu yang disifatkan jauh menyimpang dari tujuan asal, sebaliknya menimbulkan huru hara kepada negara.

“Jika mereka mahu anjurkan, boleh dan tiada masalah. Tetapi biarlah ia di dalam stadium. Ini tidak, mereka mencabar kerajaan dan pihak berkuasa selain menimbulkan huru hara. Jika benar mahu menuntut tuntutan mereka, tampil ke depan dan ‘jangan baling batu sorok tangan’,” katanya.

SUMBER

'Kami benci keganasan'

MOHD FIRDAUS YON
21 Mei 2012
Syahrin (kanan) membakar baju-T Bersih 3.0 sebagai tanda protes kepada perhimpunan itu.
Syahrin (kanan) membakar baju-T Bersih 3.0 sebagai tanda protes kepada perhimpunan itu.
JOHOR BAHRU - Lebih 200 ahli Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tebrau mengadakan bantahan secara aman di perkarangan pusat membeli belah Jusco Tebrau, di sini, sebagai tanda mengutuk perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Bantahan diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin itu bermula sekitar jam 2.30 petang dengan mengagihkan risalah berhubung keburukan perhimpunan Bersih 3.0 dan mengedar balon kepada pengunjung pusat membeli belah berkenaan.
Kesemua Pemuda Umno Bahagian Tebrau yang hadir kemudiannya membakar pakaian perhimpunan Bersih 3.0 yang dipakai ketika kejadian di sebuah kawasan lapang berdekatan pusat membeli belah itu.
Syahrin berkata, bantahan itu diadakan untuk mengetengahkan suara ‘orang muda’ dalam kawasan Parlimen Tebrau terhadap perhimpunan itu yang disifatkan sebagai kotor.
"Kita menentang perhimpunan haram itu kerana jelas menerusi gambar dan laporan polis mendapati Bersih 3.0 sudah membohongi rakyat, Ia tidak aman dan didukung oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), juga diperkudakan oleh pembangkang.
"Lebih penting, bantahan hari ini diadakan untuk menolak tindakan Bersih 3.0 yang mengadakan perhimpunan haram di Jusco Tebrau kerana ia menyinggung perasaan kami yang inginkan keamanan.
"Mengapa tempat membeli-belah untuk kita bersiar bersama keluarga dicemari dengan Bersih 3.0?," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bantahan berkenaan, di sini, semalam.
Syahrin berkata, bantahan dibuat juga merupakan satu isyarat kepada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga bahawa tempat awam tidak wajar dijadikan lokasi demonstrasi seperti 28 April lalu.
"Kalau Ambiga rasa terseksa dan tidak selesa dengan adanya gangguan orang menjual ‘burger’ serta melakukan senaman punggung di rumahnya, begitu juga perasaan kami yang rasa terhina dan tersinggung apabila tempat awam kami digunakan untuk dijadikan demonstrasi Bersih yang kononnya yang aman dan elok.
"Kami juga menyokong kerajaan dan polis seterusnya meminta agar membuat yang terbaik bagi memelihara keamanan di negara ini termasuklah negeri dan kawasan Parlimen Tebrau," katanya.
Mengulas mengenai cadangan penganjuran perhimpunan Bersih 4.0, Syahrin tidak menolak kemungkinan perkara berkenaan akan diadakan sebagai alat menimbulkan kekacauan dan memberi imej negatif negara di mata dunia luar.

SUMBER

Monday, 21 May 2012

UMNO, PAS kena bincang segera demi negara

2012/05/21

  MUHYIDDIN   beramah mesra dengan pasangan pengantin, Mohd Nazri Husain   dan Nusaibah     sambil diperhatikan bapa pengantin perempuan, Nasharuddin    (kiri)   pada majlis perkahwinan anaknya di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
MUHYIDDIN beramah mesra dengan pasangan pengantin, Mohd Nazri Husain dan Nusaibah sambil diperhatikan bapa pengantin perempuan, Nasharuddin (kiri) pada majlis perkahwinan anaknya di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
BANGI: UMNO dan PAS sebagai parti Melayu dan Islam terbesar di negara ini perlu segera mengadakan muzakarah demi kepentingan negara, kata bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, kedua-dua parti itu juga perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing, sebaliknya duduk semeja bagi menghuraikan perkara yang menjadi polemik demi kepentingan negara dan agama.
“Pemimpin tertinggi UMNO dan PAS perlu berlapang dada dan mengambil peluang ini untuk mengadakan muzakarah memandangkan ia mendapat persetujuan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS).
(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO. - Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS
“PAS dan UMNO sebagai parti Melayu dan Islam perlu mengurangkan politiking dan mengadakan muzakarah, bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi untuk negara secara keseluruhannya.

“(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Nasharuddin yakin sekiranya pemimpin utama kedua-dua parti ini bersemuka bagi merungkaikan segala permasalahan mereka, ia akan dapat memperkukuhkan perpaduan serta kekuatan Islam di negara ini.

SUMBER

Anak Melayu Di Pentas DUNIA, TAHNIAH Jazeman Jaafar !

Juara F3 Euro Series Brands Hatch
Jazeman Jaafar terus meraikan kejayaannya dalam musim perlumbaan tahun ini dan semalam beliau memenangi kejayaan pertama dalam F3 Euro Series di Brands Hatch, United Kingdom, hanya seminggu selepas kemenangan pertamanya dalam British F3 di Pau, Perancis.

Untuk minggu kedua berturut-turut, kemenangan yang begitu membanggakan bagi rakyat Malaysia itu ketika berdiri di atas podium dengan Jalur Gemilang dikibarkan dan diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku, bagi meraikan kejayaannya.

Seterusnya di Sinar

Komen Jazeman - Jazeman takes fantastic win at Brands Hatch

Juara British F3 Pusingan ketiga di Pau France
Komen Jazeman bagi Perlumbaan di Pau, France - Negaraku, Malaysian National Anthem, plays for Jazeman – he wins in Pau!

Aksi Juara di Pau, France

Jazeman di Pau France
Ikuti perkembangan menakjubkan anak muda berumur 19 tahun ini dalam usahanya menjadi pemandu ternama Formula 1 !  TAHNIAH ! !

SUMBER

KISAH BENAR !!! CUBAAN RASUAH TUNKU AZIZ !!! ADA INSAN BUAT LAPORAN SPRM !!! KALI INI ADA TAK BABAK MATI KER ??? WAJIB BACA !!!


Khabarnya,Naib Presiden Parti Cinta Malaysia,Huan Cheng Guan sudah membuat laporan
kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji
RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara.Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan
Eng cuba menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya cuba menyelamatkan boss mereka.Mana tak nya,apabila veteran parti,termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.Malah bapanya,Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam hal ini.Memetik kata-kata Tunku Aziz,Guan Eng tidak boleh di percayai,kurang ajar,biadap dan korup.nampaknya tuduhan Puak Pakatan Haram kepada UMNO dan BN korup,akhirnya kena batang hidung Pakatan Haram sendiri terutama DAP.

Jika Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak,tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.Namun,apakan daya,Lim Guan Eng adalah produk rasis,chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya.Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.Saya Tidak pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini.Tetapi di peringkat awal ini nampak seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.Bagaimanapun,saya tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh SPRM.

saya yakin,pada waktu itu,Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu.Ini kerana,DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran.Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti.Dengan SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini,saya yakin yang drama mengalihkan isu akan berulang lagi.Jika sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock,telah ditemui mati,maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini.


Kenapa agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah ??? Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan ??? bagaimana kita mengharapkan pemimpin atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka sendiri ???

Inilah akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak, menantu,rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang jawatan tertinggi.Apapun yang pasti,pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara baru.Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka memerintah mana-mana negeri pun.Nampaknya, apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas.Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi,kiasu,samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.

Justeru, adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT(Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan semakin hari semakin jelas dan terang benderang.Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.

SUMBER

PESANAN IKHLAS KEPADA YANG INGIN MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH! JAUHI PAS, KERANA IANYA MENYESATKAN



Sekali pandang gambar diatas maka korang dah tahu dah, ini adalah muka-muka munafik yang banyak menyesatkan umat Islam di negara tercinta ini. Mereka menjual Islam untuk kepentingan Politik mereka.

Yang palig aku sedih sekali bilamana ada orang yang suka ke masjid mendekatkan diri dengan Maha Pencipta akan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu tahap Syaitan yang dibuat oleh golongan PAS ini.

Hinggakan ada yang pernah berkhidmat dengan POLIS lepas pencen mendekatkan diri dengan masjid, toba-tiba mereka terpengaruh dengan dakyah jahat PAS hingga mereka lupa semasa khidmat dalam polis dulu, parti ini jugak lah yang memanggil polis dengan pelabagai gelaran hina.

Hari ini ada juga bekas POLIS yang mudah terpengaruh dengan parti ajaran SESAT ini hanya keranan parti ini nampak Islam! Sedih sangat aku, bila ada orang yang baik tapi terpengaruh dengan pujuk rayu syaitan PAS hingga orang baik ni dah mula memasuki jalan yang sesat.

Aku akui, ahli UMNO ni bukanlah jenis yang suka menyesatkan orang baik di masjid, mungkin tidak ramai ahli UMNO yang ke masjid dan libatkan diri dalam politik di masjid atau munkgin jugak ada yang kurang ke masjid. namun itu bukanlah ukuran UMNO kurang islam dari PAS.

Apala gunanya PAS ke masjid tetapi kemudian menyesatkan umat Islam yang baik dan tidak berdosa. PAS akan mempolitikkan apa sahaja. Hidupa mati mereka adalah politik, sebab itu dakyah mereka kata P:AS itu Islam, Islam itu PAS! Maknanya sesiapa yang dekatkan diri dia dengan Allah, kalau tak join PAS maka dia masuk neraka.

Aku cuba explain dengan cara yang mudah, aku tak perlu guna ayat power semacam PAS, aku menulis dari hati ikhlas aku. Aku kenal puak PAS ni dari aku kecil dulu. PAS memepergunakan Islam untuk tarik orang alim menyertai mereka. Dari azali lagi modus operandi adalah sebegitu.

Sebab itulah orang alim seperti Harun Din, Taib Azamuddin, Nasharuddin, Hassan Ali dan ramai lagi golongan ulamak menyertai mereka. Hari ini mereka semua tertipu dengan mainan politik PAS, mereka sudah kenal PAS dari dalam. Dan mereka tahu kini PAS bukanlah Islam seperti yang mereka sangka.

Lihat saja drama pasal Hudud dan Negara Islam, sekajap nak buat, sekejap tak nak buat, bila Hadi kata nak teruskan Hudud, diherdik Karpal maka terbukalah mulut Nik Aziz nak buat Muzakarah dengan UMNO, ada baiknya korang tonton video Zahid Hamidi kat bawah ni pasal pelawaan Nik Aziz tu:



Bila mereka nampak dah tak boleh nak pergi maka keluar la cerita Muzakarah, baru je beberapa hari Nik Aziz kata pasal Muzakarah, tiba-tiba dia dah mula pusing kata ada syaratnya. Itulah mainan mereka. Dari dulu sampai sekarang. Kita semua tau kan, tapi kita buat-buat tak tau je.

Kalau nak dicerita pasal PAS ni, mau berbatu-batu aku kena tulis kat sini, tapi aku pendekkan sahaja dengan memberi nasihat percuma sebagai seorang Hamba Allah yang hina. Apabila kamu dekatkan diri dengan Allah tidak bermakna kamu kena join PAS. Ada banyak lagi yang benar-benar persatuan Islam contohnya Tabligh!

Kalau nak medalami Islam dan mahu kenal Allah, join la Tabligh. Itu lebih baik dari kamu join PAS dan terus disesatkan oleh syaitan-syaitan yang tak bertanggungjawab bertopengkan PAS ni, lagi sekali aku ingatkan mereka ni bukan Islam pun, juga kini PAS sudah mula dipengaruhi Syiah!

Maka nasihat aku yang jahil ini kepada yang cerdik pandai dan alim serta yang mahu mendekatkan diri dengan Allah! jauhilah PAS, banyak lagi cari kita boleh dekatkan diri dengan Allah, PAS bukanlah tiket untuk ke Syurga wahai tuan-tuan yang ku kasihi sekalian!

Mesti ada yang akan kata kenapa aku yang dituduh sebagai kai arak cakap pasal Islamkan? Sebab sehina-hina aku pun, demi Allah aku tak pernah minum setitik arak pun dalam hidup aku. Kat bawah ni aku bersumpah.

Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi aku tak pernah minum arak seumur hidup aku. Bakinya terserah la pada anda semua nak percaya atau tidak. AKu serahkan pada Allah untuk mengadili aku. Inilah luahan hati aku sebagai pengendali blog ini

Bakinya terserah pada anda sendiri. Allah beri akal gunalah sebaik-baiknya dan jauhi dari PARTI yang sudah banyak memecah-belahkan Umat Islam di negara kita ni!

SUMBER