Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday, 17 February 2014

Bravo PAS !!! PAS ada dimana-mana @Abdulhadiawang @Tunfaisal @AnwarIbrahim

Hebat sungguh PAS sekarang ni... Macamana Black nak sangkal kehebatan PAS. Dekat tin biskut pun ada logo PAS. DAP ade? PKR ade?

Nak buat macam mana.. PAS pun macam biskut. Kena air terus lembut selembut-lembutnya. Kalau tak percaya... Ambil sekeping biskut kemudian cicah ke dalam air kopi atau teh... Nescaya biskut tu lembut selembutnya. Macam PAS kena sergah dengan DAP dan PKR... Terus LEMBIK.

Cuma Black tak pasti apakah motif syarikat Shoon Fatt ini letak logo PAS kat tin biskut dia? Adakah die penyokong PAS ? Ataupun hendak membuktikan bahawa PAS hanya setakat di tin sahaja...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JENAKA THE REST OF COCK !!!! @Teresakok #DAPbiadap


Bagi orang Cina sambutan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Apabila saya menonton video Chinese New Year Theresa Cock, saya melihat Theresa Cock berjenaka sahaja kononnya Tahun Kuda 2014 tidak bagus kerana semua barang naik,hina negara Malaysia paling tidak selamat, lakonan filem pertandingan tembak-menembak di Sabah, rakyat Johor ketakutan kononnya perompak berkeliaran dan ramai rakyat Malaysia bodoh disebabkan kerana pendidikan yang tidak berkualiti. 
Saya ingatkan semuanya itu jenaka sahaja, tapi dah jadi seperti cerita dalam “Drunken Monkey”. 
Jenaka jadi parah apabila banyak respon masyarakat dan NGO marah dan membuat report polis. Theresa Cock pun jadi tidak keruan buat report polis. Kenapa jenaka perlu buat report polis? Theresa Cock perlu tonton filem “Labu dan Labi” dalam cerita P. Ramlee.
Saya melihat mereka membuat demo dan memijak-mijak gambar Teresa Cock dan melumurkan darah ayam di atas wajah Teresa Cock samalah seperti filem “Labu dan Labi” itu. Saya jadi terkedu, mengapa Theresa Cock marah, ianya hanya jenaka sahaja.
Teresa Cock membuat explaination bahawa apa yang diprovokasinya  itu hanyalah sebagai jenaka sahaja.Samalah dengan filem “Labu dan Labi”.Saya pun berfikir semula, kalau kelakar, kelakarlah. Kenapa perlu serius?
 
sumber KLIK SINI

Friday, 14 February 2014

@ANWARIBRAHIM GUNA LAGI TAKTIK LENGAHKAN PERBICARAAN RAYUAN LIWAT II ???

Perbicaraan rayuan kes liwat II terhadap Ketua Pembangkang berlangsung Rabu lalu dalam keadaan sokongan yang semakin menurun bagi Anwar Ibrahim.

Indikasinya tidak ada kumpulan penyokong PKR atau dari pembangkang yang hadir untuk menyambut beliau di kaki tangga Mahkamah Rayuan di Putrajaya seperti masa-masa lalu.

Walaupun nampaknya Anwar berusaha melalui tweet untuk mengajak penyokong yang seringkali boleh dipengaruhinya untuk melaung 'Hidup Anwar' semasa perbicaraan kes yang sama sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 tetapi suasana kali ini sudah berbeza.

Beliau hanya dilihat tiba berseorangan dengan diiringi isteri, pemandu yang setia dan seorang pengawal peribadi.

Di mana pengawal peribadi Filipina yang pernah mengerumunni beliau satu ketika beliau seolah-olah begitu hebat tahap keselamatannya diperlu di jaga?

Di mana penyokong-penyokong tegar dari kalangan reformis yang tidak pernah gagal untuk hadir pada setiap perbicaraan saban hari sambil membaca sajak reformasi memuji beliau?

Apa jadi dengan penyokong Pas dan Dap yang dahulunya nampaknya juga kelibat mereka seorang dua tapi kini terus menyepi?

Apa jadi dengan anggota AMK yang menjadi teras kepada kumpulan baris hadapan setiap kali Anwar muncul di mahkamah Jalan Duta?

Adakah penyokong pembangkang sudah muak dengan hikayat Anwar selama ini dan sudah mula mengasingkan diri daripadanya?

Atau mungkin juga kali ini mereka yakin Anwar tidak akan mempunyai peluang untuk lepas dari hukuman meliwat Saiful Bukhari Adnan?

Bayangan perkara ini berlaku sudah kelihatan tetapi apapun hana pihak mahkamah yang boleh menjatuh hukuman berlandaskan kepada fakta-fakta serta hujah kukuh ang bakal dikemukakan oleh pasukan pendakwaan.

Manakala pihak pembelaan akan cuba untuk memutar belit supaya kes liwat itu bukan tertumpu kepada Anwar tetapi perhatian akan diberi kepada perkara-perkara ranting yang membuang masa.

Jika pasukan peguam yang membela Anwar mampu menangguhkan perbicaraan liwat 2 dahulu sebanyak 60 kali, kemungkinan besar mereka juga akan menggunakan taktik yang masa untuk memanjangkan tempoh perbicaraan atau 'to buy time'.


Ini strategi biasa di mana-mana perbicaraan tetapi Anwar mengeksploitasi kaedah ini sepenuhnya atas bermacam-macam alasan dari cuti sakit, program ke luar negara, rayuan menolak hakim hingga kes-kes mempertikaikan procedur mahkamah.

Pasukan peguam Anwar akan berhujah sehingga hakim terpaksa berlakunya keadaan perbicaraan di dalam perbicaraan.

Ini semua dilakukan supaya fokus rakyat bukan kepada fakta dan hujah pihak pendakwaan untuk membuktikan Abwar bersalah tetapi dihalakan kepada perkara teknikal dan titik bengit.

Taktik ini sudah pun bermula sebelum perbicaraan bermula lagi di mana Anwar mengemukakan permohonan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan prejudis.

Akhirnya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengenepikan Muhammad Shafee.

Di sini masa sudah terbuang beberapa bulan.

Kemudian pada hari pertama perbicaraan rayuan, Anwar pula membuat permohonan untuk memanggil semula saksi Supt. Jude Blacious Peirera yang menjadi pegawai penyiasat polis pada perbicaraan lalu.

Kali ini juga mahkamah menolak permohonan tersebut dengan alasan ia tidak mempunyai asas serta membuang masa mahkamah.

Satu lagi taktik 'diversion' di mana Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.

Selepas permohonan ditolak, Anwar akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan ini juga akan memakan masa.

Jika setiap prosedur atau tindakan Anwar ditolak oleh mahkamah atau pihak pendakwaan juga berbuat demikian, sudah tentunya perbicaraan akan berpanjangan untuk tempoh yang lama.

Taktik Anwar adalah untuk mempertikaikan kewibawaan mana-mana individu yang boleh mengancam peluangnya untuk membebaskan diri sepanjang tempoh perbicaraan.

Sudah tentunya pasukan pembelaan tidak akan berputus asa dan akan terus mencari apa-apa jua jalan selepas ini untuk melengah-lengahkan perbicaraan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@KhalidIbrahim masuk PAS? Betoi ke @Anwaribrahim....

Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah 'dipinang' untuk menyertai Pas. Ini kerana, ketika diminta mengulas mengenainya Khalid seakan terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.

"Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Persoalannya ialah, mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara ini? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan 'khabar angin' mengapa dia perlu berdolak-dalih?

Ini kerana, jawapan Khalid itu telah menimbulkan spekulasi baru, iaitu dia ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Sekiranya Anwar benar-benar ingin 'menggunakan' kemenangan Kajang untuk 'memaksanya' meletakkan jawatan, 'pinangan' untuk menyertai Pas mungkin akan diterima.

Dengan cara itu Pas akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor.

Isu ini kembali hangat diperkatakan, apabila Anwar membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut. Ketika diwawancara oleh Australia's Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan" katanya.

Anwar sebelum ini berulang kali menafikan malah mengatakan dakwaan untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah spekulasi. Malah disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu.

Malah Dewan Ulama Pas sebelum ini turut tidak bersetuju sekiranya PRK Kajang ini dijadikan alasan untuk menukarkan jawatan Menteri Besar.

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," menurut Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan sebelum ini.

Kesimpulannya, Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkan. Mungkin ada beberapa 'permintaan' yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya berundur, antaranya memastikan 'musuh politiknya' turut dihapuskan.

Kegagalan Anwar untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, mungkin akan menyebabkan Khalid menggunakan 'ace card' yang ada di tangannya untuk berhijrah kepada Pas.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 12 February 2014

Lepas Singkir @Khalidibrahim, @Anwaribrahim akan Singkir Wan Azizah Pula???

Sebelum PRU-13, Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya.  Kononnya beliau telah ditawarkan jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian Melayu tahap cukup makan.  Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yang matang yang tahu bila masanya untuk berhenti. 
 
Namun, rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau adalah seorang penipu tersohor.  Hampir tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang boleh dipercayai. 
 
Justeru kita tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13, beliau tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara, sebaliknya cuba merampas kuasa melalui jalanraya kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.  Beberapa siri demonstrasi diadakan termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk tujuan itu. Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang, dan bukannya Perdana Menteri. 
 
Hari ini, Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi beliau ingin menjadi Menteri Besar pula.  Katanya, beliau ingin membuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang merupakan negeri paling kaya di Malaysia.  Kononnya, dengan cara inilah maka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat 'cara pemerintahannya' yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN. 
 
Bagi mencapai matlamat ini, Anwar telah membazirkan jutaan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang.  Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid Ibrahim. Sebelum itu, 23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini, apabila  mereka dibuang kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda masing-masing. 
 
Pun begitu, pada mulanya, apabila ditanya mengenai jawatan MB, Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliau tidak menginginkannya. 
 
Bagaimanapun, dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu, Khalid berkata "Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan."
 
Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB dalam wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini. 
 
Kemudiannya, dalam wawancara dengan sebuah portal, Ant Daily, yang dipetik oleh Antarapos semalam, Anwar menyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk 'bertanding' jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak lama lagi. 
 
Alasan Anwar, Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya 'dicipta' untuk beliau, yang pada ketika dipenjara.  Dalam kata lain, Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi Presiden atas dasar 'sementara' iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil-alih jawatan itu darinya.
 
Nampaknya, Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara, tetapi ingin menjadi MB, kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap jawatan Perdana Menteri.  Benarlah kata sahabat Anwar, Jusuf Kalla dari Indonesia, iaitu 'Anwar sudah gila', akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.
 
Anwar mungkin mengambil sikap 'membujur lalu melintang patah' kerana 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'.  Apa yang pasti ialah Anwar telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.  
 
Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di sebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menggagalkan usahanya selama ini.  Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empuk kerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.
 
Untuk itu, semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh, kini bekas ADUN Kajang, Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan isterinya sendiri yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak jawatan.  Tidak mustahil, sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus ke kerusi Perdana Menteri, maka Anwar akan meminta penyokongnya mengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib, keringat, darah, nyawa dan juga maruah mereka, bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.   


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 8 February 2014

PAS Lumut nampak sangat tak tau makna GST ??? @Abdulhadiawang @ZambryAbdKadir @AnwarIbrahim

Tadi Black dengar ceramah PAS 7/2/14 @9.00 malam di Markas PAS Pasir Panjang yang disampaikan oleh 2 orang penceramah. Sdr Raei Yusuff (Aktivis Masyarakat Manjung) dan Sdr Salman Salleh ( Exco Dewan Pemuda PAS Perak).

Yang hebat maksud GST pun mereka tidak tahu. Cuba tengok pada poster jemputan tu. Ade ke "Goverment Service Tax" sepatutnya GST bermakna "Goods & Services Tax". Tak tau makna, tapi cerita lebih-lebih. Cakap lebih karang marah pulak. Nak kata tak sekolah, tapi sekolah. Lain kali nak bagi penerangan pun biarlah tajuk tu betul. Ni pakai bantai jer. Terserlah kebodohannya.

Lagi satu hal... Korang perasan tak ejaan "Goverment" tu...? Apa maksud perkataan tu ye? Yang Black tau "Government" yang bermaksud kerajaan. "Goverment" tu apa maksudnya? Yang buat poster tu memang tak sekolah kot? Lain kali kalau nak buat poster tu semak la dulu. Ini tak. Boss depa ni pun satu hal. Cuba la semak sebelum fotostat. Kan dah kantoi. Tukang upload dalam FB pun satu hal..Hamidun Ahmad. Tau eja ke tak? Pakai upload jer.. Dulu masa cikgu ajar bahasa inggeris, confirm depa ni ponteng kelas. Mak bapak suruh belajar tak nak. Kan dah jadi bangang. Perkara kecil pun tak betul...ini kan pula konon nak perintah negara. Tak betul lagi la.

Ketam nak mengajar anak berjalan lurus, sedangkan diri sendiri juga jalan tak betul....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 4 February 2014

Berapa la YB Kesavan dapat dari @AnwarIbrahim ??? @KhalidIbrahim @AzminAli @Rafiziramli

Hairan sungguh dengan apa yang berlaku hari ini. YB Kesavan dikatakan telah keluar parti, tetapi akhirnya menafikannya. Siap buat surat penafian lagi. Tandatangan juga dah berubah.

Berapa la si Kesavan ni dapat dari Anwar...??? Bukan masyarakat tak tau perangi Anwar.. Sanggup buat apa sahaja untuk selamatkan kedudukan. Maruah diri boleh digadai... Anwar seperti yang kita tahu sanggup mengeluarkan wang yang banyak walaupun dalam keadaan terpaksa. Sanggup membayar agar segala yang dihajati dipenuhi. Kemungkinan besar YB Kesavan juga dibayar agar menarik balik dan menafikan surat tersebut.

Black berpendapat bahawa surat keluar parti YB Kesavan adalah benar. Sesiapa yang pernah mendapat surat ataupun surat sokongan dari beliau mungkin boleh melihat persamaan tandatangan yang terdapat dalam surat keluar parti. Surat penafian pula berbeza tandatangannya. Berkemungkinan besar apa yang dihajati oleh Kesavan telah ditunaikan oleh Anwar ataupun koncu-koncunya. Sapa la yang nak tipu tandatangan beliau dan kepala surat tersebut adalah dari pejabat beliau.

Kalau orang dalam Malaysia ni semua buta dan tak nampak.. Boleh la tipu... Orang Malaysia sekarang lebih celik. Boleh melihat walaupun ada percubaan penipuan. Nampak gayanya orang Hutan Melintang yang mengundi Kesavan masa pilihanraya tempoh hari terus ditipu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone