Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 19 May 2013

SAH! PAS TIDAK SEHALUAN DENGAN ANWAR!

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah. 
"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri. 
"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia. 
"Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan
amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta hasrat rakyat," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi. 
Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13 sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. 
Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89 kerusi. - Utusan
Kenyataan PAS ini sudah pasti menempelak keghairahan Anwar dan kuncu-kuncunya yang masih hidup dalam angan-angan setelah gagal 'menawan' Putra Jaya.

Tetapi kita faham tindakan Anwar itu kerana beliau telah berjanji untuk undur diri dari arena politik jika gagal di PRU13 ini. Jika beliau tidak menimbulkan konflik maka rakyat akan fokus melihat beliau keluar dari politik negara ini untuk selama-lamanya.

Tambahan pula, Anwar telah mungkir janji sebelum ini seperti isu 16 September dan sebagainya. Kali ini Anwar sudah pasti mencari helah untuk tidak menunaikan janji beliau itu.

sumber

BATAL SIJIL ISLAM, MANA PERGI PAS PERAK???

Bila dah kalah, Si Nizar Lilin tu merajuk sampai isu yang begini sensitif pun dia tak nak masuk campur? Kot ye pun GILA Kuasa, jangan sampai Islam pun nak digadaikan jugak!!!
Majlis Permuafakatan NGO Islam Perak (Mampan) membantah permohonan semakan kehakiman oleh M Indira Gandhi, isteri K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah yang membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Wakilnya, Suhaimi Latip berkata, Mampan mendesak semua pihak melihat isu pembatalan sijil pengislaman itu sebagai perkara yang berat dan serius.Menurutnya, kes tersebut perlu campur tangan pihak berwajib bagi memastikan kesucian Islam dan perundangan Islam dipelihara.

"Kita minta pihak berwajib melantik hakim beragama Islam dan memahami Islam untuk mengendalikan kes ini.

"Kita tidak mahu kes ini menjadi rujukan atau pendahulu kepada kes seumpamanya jika mereka menang," katanya selepas Solat Jumaat di Masjid  Negeri Sultan Idris Shah II, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Ipoh, Mohamad Hafiz Ng Abdullah; Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Arif Aliah dan wakil Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Roshidi Shahari.

Suhaimi yang juga Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak memaklumkan, pihaknya sedang menggerakkan usaha bagi mengadap Yang Dipertuan Agong dan Sultan Perak bagi menzahirkan isu ini supaya ia mendapat perhatian sewajarnya.

"Umat Islam diajak berterusan bermunajat kepada ALLAH SWT dengan mengadakan solat hajat serta berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan tidak berlaku pembatalan sijil pengislaman.

"Kita mahu umat Islam di Perak dan seluruh negara memahami isu ini serta menyokong bantahan," tegasnya.

Untuk tindakan bantahan dalam tempoh masa terdekat, beliau meminta orang ramai yang berkelapangan hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 28 Mei untuk berhimpun secara aman bagi membantah tindakan berkenaan.

Pada 12 April 2009, Mohd Ridzuan membawa tiga anaknya iaitu Umu Salamah, 16; Abu Bakar, 14 dan Umu Habibah, 5, memeluk Islam tanpa pengetahuan Indira.

Pengislaman ketiga-tiga anaknya dibantah Indira yang memohon pembatalan sijil pengislaman di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes itu sudah dua kali didengar di mahkamah berkenaan.

Sumber : http://bit.ly/Z4kNoJ


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 18 May 2013

Live!!! Perginya seorang pejuang Agama,Bangsa dan Negara mengadap Ilahi

Al-Fatihah kepada Arwah Sdr Sharuddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai.
Sahabat dan saudara mara arwah di rumah arwah di Bagan Serai. Arwah merupakan seorang yang sangat baik hati dan seorang yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara. Pemergian arwah amat dirasai oleh Black dan rakan-rakan kerana arwah amat rapat dengan Black. Semoga Allah meletakkan arwah bersama orang-orang beriman. Amin.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMIMPIN PKR MEMANG KUAT MENGHASUT!!!


Apa lagi kita nak kata mengenai pemimpin PKR ni. Dah memang terang, jelas dan nyata diorang ni pandai menghasut. Dari Ketua Umum sampai la pemimpin bawahan. Semuanya sama je!!! Perangai macam GAMPANG!!!
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Shuhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Dis 2010. 

Shuhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

sumber

Friday, 17 May 2013

KEBAL SUNGGUH ADAM ADLI DI MATA UNDANG-UNDANG MALAYSIA!!!


Dari Bersih 1 kemudian Bersih 2..kemudian Bersih 3..kemudian Himpunan di Kelana Jaya..dan kemudian dah beberapa perhimpunan..

Repot polis dah bertimbun...amaran dan letih nak dengar..dari dulu sampai hari ni, mungkin selama2nya.

Karpal Singh pun minta diambil tindakan pada mereka yg terbabit..

Nak buat camna..baru nak buka kertas siasatan.. Baru nak panggil minta kenyataan..lepas ambil kenyataan..baru nak buat siasatan...kemudian dah siap buat siasatan..disimpan dipejabat pendakwaraya...kemudian senyap.

Mereka pun terus menerus buat himpunan..hasutan terang2an..tak pa ler buat ler. Nak buat camner..

Letih dah.

Adam Adli leh ugut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tu..pehhh handal!!! Terang2..ishh takkan polis nak tunggu laporan polis kut..lepas tu baru nak buka kertas siasatan..lepas tu tahun depan panggil utk ambil kenyataan..lepas tahun depan kabor, dah siap siasatan..kemudian selepas setahun baru serahkan pada pejabat peguamdakwa..kemudian semua orang lupa!!

Adam Adli tu...pun tak leh buat apa2.  Letih ler yob oiiiii!! Apa dah jadi ni!!!

Adoiiiiiiii...

sumber

ZAMAN YANG DIKATAKAN ZALIM, NEGARA LEBIH AMAN!!!

Golongan yang paling kuat menentang ISA adalah puak sosialisme dan komunis. Sebabnya apa-apa juga perangai huduh mereka yang mahu menjahanamkan negara pasti akan tersekat dek undang-undang tersebut.
Satu lagi akta yang sering ditentang oleh konco-konco mereka yang berselindung sebagai ahli politik pembangkang ialah Akta Polis serta Akta Hasutan.
Entiti kerajaan yang paling banyak mendatangkan kebencian pula adalah POLIS.
Lama kemudian negara mulai jauh daripada ancaman sosialisme dan komunis, datanglah puak-puak yang bukan main lagi hebat berdebat kononnya negara tidak lagi memerlukan undang-undang itu.
Dan kerajaan yang memeritah pun dengan senang hatinya memansuhkan undang-undang yang telah banyak mewujudkan kestabilan di negara ini.
Kini selepas undang-undang yang dikatakan lapuk, zalim dan menindas itu telah dihapuskan, negara tidak leboh aman sebagaimana yang dikatakan oleh para pendebat bangang. Sebaliknya negara mulai diancam oleh pihak yang selama ini cukup kuat mendesak agar semua undang-undang dihapuskan.
Mungkin kerana rakyat Malaysia terlalu selesa dan beranggapan bahawa negara ini tidak akan jadi seperti Iraq atau Mesir, maka tak adalah yang menyuarakan kebimbangan dengan gelagat haramjadah puak-puak berkenaan yang sedang berusaha memastikan campurtangan negara asing di negara ini berlaku.
Negara sudah tidak aman lagi. Para penguasa negara boleh terus membohongi rakyat dengan cerita-cerita muluk tetapi hakikatnya rakyat juga tahu pada bila-bila masa sahaja negara yang pernah diibaratkan sebagai syurga bertukar menjadi neraka dunia dek angkara beberapa orang yang gila kuasa.
Melainkan kerajaan mulai mengambi tindakan drastik memulihkan semula ketegasan undang-undang dan tidak bertolak ansur dengan puak-puak seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

KANTOI !!! #PRU13 ANWAR IBRAHIM BAKAL DITANGKAP KERANA ISU #LAHADDATU ??? WAJIB BACA !!!


Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu,poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang,lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional,Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini. 
Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959.Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut,maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.Mahkamah lah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya.Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut,mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit.
Jika sebaliknya berlaku,petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan.Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini.Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya,Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya,kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara. 
Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut.Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.Anwar,Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara.Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara,Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.Menurut sumber,Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah,Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.tunggu yerrr Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain !!!!