Kira-kira seramai 70 orang berkumpul hari ini dihadapan
bangunan Parlimen sebagai tanda protes diatas penarikan semula subsidi terhadap
petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.
Demonstrasi protes itu disertai antaranya Pemuda PAS
Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan
kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk bangunan itu.
Peserta himpunan berarak sehingga ke pagar masuk utama
bangunan Parlimen sambil membawa plakad dan poster mendakwa ditindas ekoran
kenaikan harga minyak.
Turut kelihatan beberapa orang kanak-kanak turut sama
menyertai himpunan tersebut.
No comments:
Post a Comment