Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 9 October 2014

DAH TERANG-TERANG PENYESAT INI MENYESATKAN, TAKKAN UMNO BOLEH TENGOK SAJA?!!! #PrkDR

Ancaman utama akidah umat Islam sekarang ini adalah LIBERALISME dan PLURALISME. Di Malaysia, golongan ini diketuai oleh Anwar Ibrahim, DAP dan sebahagian kecil pemimpin PAS yang memperkenalkan diri mereka sebagai profesional yang diketuai oleh Khalid Samad dan Hanipa Maidin.

Walaupun lebih banyak perhatian diberikan kepada geng-geng Plural dan Liberal yang telah dikenali ramai, sebenarnya di dalam UMNO yang kuat menentang liberalisme dan pluralisme juga ada makhluk yang kuat menyokong pluralisme dan liberalisme.



Antara mereka adalah SAIFUDDIN ABDULLAH, bekas Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli MKT UMNO yang juga dikenali sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Saifuddin Abdullah kerap membawa nama UMNO dalam apa-apa sahaja yang dibuatnya walaupun bertentangan dengan aspirasi dan perjuangan UMNO. Dia begitu menyanjung liberalisme dan menganggapnya sebagai NEW POLITIC, gagasan yang dipeloporinya menyebabkan dia terhumban daripada sebarang kedudukan, kecuali menerusi lantikan Perdana Menteri.

Kini, Saifuddin Abdullah membawa nama UMNO dalam penganjuran dan penyebaran fahaman Liberalisme dan Pluralisme melibatkan seorang tokoh penyesat umat iaitu ULIL ABSHAR ABDALLA yang merupakan tokoh jaringan liberalisme dan pluralisme dari Indonesia yang cukup terkenal menerusi perlecehan dan penghinaan ke atas agama Islam, Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w.







Program tersebut akan berlangsung pada 18 Oktober 2014 nanti di tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansaran dan dianjurkan oleh GLOBAL MOVEMENT OF MODERATES FOUNDATION.

Saifuddin Abdullah adalah CEO Global Movement of Moderates Foundation (GMM).

Walaupun sudah berulang-ulang kali pendedahan dibuat berhubung tindak-tanduk Saifuddin Abdullah yang jelas menyongsang daripada perjuangan serta aspirasi UMNO, namun sehingga kini, Saifuddin Abdullah yang sangat kuat sokongannya kepada Anwar Ibrahim, tidak dikenakan sebarang tindakan oleh Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Disiplin serta Tatatertib UMNO. Dan sekalipun penyokong-penyokong UMNO sendiri sudah semakin jelak dan mual dengan tindak-tanduk Saifuddin Abdullah, kepimpinan tertinggi UMNO masih lagi berpura-pura pekak badak dan buta mata.....

No comments:

Post a Comment