Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 9 December 2013

Cheung Thian Thye @ Chong Chor komunis yang kejam !!! @ZambryAbdKadir

RAMAI lebih mengenali Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh sebagai pemimpin pengganas Parti Komunis Malaya (PKM). Hanya yang pernah hidup di zaman Darurat atau membaca buku sejarah zaman Darurat, nama Chong Chor atau Cheung Thian Thye (gambar) dikenali sebagai antara ketua pengganas PKM paling kejam dan licik mengelak diri daripada kepungan pihak berkuasa.
Chong Chor mengetuai Unit Penggempur Kelima PKM di Perak dan kemudiannya, Keenam PKM di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pasukan komando khas polis VAT 69 menjadikan Chong Chor sebagai sasaran utama paling dikehendaki dalam misi pemburuan mereka.

Ikuti pendedahan eksklusif Mingguan Malaysia mengenai Chong Chor, ketua pengganas komunis paling kejam yang dipetik daripada dokumen rahsia kerajaan yang tidak pernah disiarkan selama ini. - PENGARANG

PENTADBIRAN Tentera British (BMA) mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 20 Jun 1948. Serentak dengan itu, kira-kira 1,000 anggota Parti Komunis Malaysia (PKM) dan pertubuhan-pertubuhan palsu yang didalangi PKM.

Bagaimanapun, mengikut fail sulit mengenai ketua unit penggempur (Assault Unit) yang sangat dikehendaki pihak berkuasa, Cheung Thian Thye atau lebih dikenali sebagai Chong Chor, mendedahkan ramai ketua utama PKM sudah pun masuk hutan seawal Mac tahun itu ekoran strategi parti untuk melancarkan perang untuk memastikan komunis menguasai Tanah Melayu.

Bagaimanapun, Chong Chor mengakui parti tersebut benar-benar tergamam dengan tindakan pantas dan drastik terhadap BMA.

Ini kerana sebelum parti itu sempat menyempurnakan penyusunan orang-orangnya termasuk kaedah komunikasi, operasi besar-besaran menangkap anggota komunis dilancarkan'.

Ramai daripada suspek dan anggota PKM diusir pulang ke China. Sebulan kemudiannya pada 20 Julai 1948, BMA mengisytiharkan pengharaman PKM.

Susulan daripada tindakan BMA tersebut, Setiausaha Agung PKM, Chin Peng memanggil mesyuarat di sebuah kampung di Batu 11, Air Kuning, Kampar di Perak bagi membentuk Regimen Kelima di negeri itu. Seramai enam pegawai kanan PKM peringkat Perak turut hadiri termasuk Chong Chor.

Pada mesyuarat itu, Chin Peng mengarahkan pembentukan Rejimen Kelima Tentera Rakyat Malaya Anti-British (MPABA) menerusi penyatuan tiga batalion yang sudah sedia wujud di negeri itu.

Menurut fail sulit, Chin Peng dipetik sebagai berkata, MPABA hendaklah menyusun semula konsep taktikal PKM dan mengukuhkan struktur dalaman pasukan gerila dalam usaha melaksanakan strategi perang'.

Chin Peng juga menegaskan penggunaan strategi Maoist iaitu kawasan dibebaskan untuk membebaskan Tanah Melayu. Untuk mencapai matlamat tersebut, strategi revolusi PKM akan dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu:

1) Menguasai kawasan pendalaman kecil dan kemudian mewujudkan kawasan dibebaskan di wilayah yang dikuasai PKM;

2) Merencatkan sistem ekonomi BMA menerusi tekanan gerila dan meningkatkan bekalan dan peralatan gerila menerusi serang hendap dan serangan ke atas balai polis, tentera dan kawasan pasukan keselamatan lain.

3) Menambah unit gerila menerusi pengambilan orang di kawasan yang dikuasai atau dibebaskan, maka itu memaksa kerajaan keluar dari kawasan pendalaman.

Pelan strategi perang seumpamanya, telah terbukti berjaya dilakukan di China," kata Chin Peng, seperti dicatatkan dalam fail sulit ini.

Berikutan arahan terbaharu Chin Peng ini, pada 9 Julai 1948, Batalion Ketiga PKM melancarkan serangan pertama ke atas Balai Polis Langkap. Menurut Chong Chor, pasukan seramai 40 anggota yang diketuainya menggali semula kawasan persembunyian senjata di Batu 11, Jalan Air Kuning, Kampar.

Bagaimanapun, serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan. Chong Chor mengakui kesilapan daripada segi penyelarasan dan perancangan.

Satu lagi gerombolan diketuai rakan Chong Chor bernama Ah Lek berjaya menyerang hendap kenderaan pasukan keselamatan dan meletupkan jambatang di Air Kuning.

Pada 24 Julai 1948, satu lagi serangan dilancarkan ke balai polis Sungai Merbau di Tapah. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya merampas satu raifel tetapi gagal meletupkan stesen janakuasa di situ.

Pergerakan Chong Chor berjaya dihidu oleh pasukan keselamatan. Semasa berkhemah dalam hutan Kuala Woh di Bidor, pasukan komunis ini telah diserang dan memaksa mereka berundur semula ke Batu 11, Jalan Air Kuning di Kampar.

Cheung Thian Thye @ Chong Chor. Mempunyai 33 nama samaran. Lahir 1922 di Canton (Guangzhou). Hijrah bersama ibu ke Tronoh pd usia 7 tahun, mengikut bapanya yg berhijrah lebih awal. Berpindah ke Chemor kemudian Sg Siput. Dipengaruhi elemen komunis sewaktu bersekolah di Sek Hing Chung, Sg Siput pd usia 13tahun. Lanjutkan pelajaran di Wah Kiew, Kajang sebelum kembali ke Sek Chi Yan, Ipoh. Ditangkap di KL pd 2Mac 1988. Mati pd usia 75 akibat sakit jantung pd 9 Mei 1997.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment