Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 7 February 2013

Anwar Sumbang USD700,000 Bina Masjid di Palestine Untuk DiRoboh Oleh Israel

Kata-kata Anwar yang berbunyi “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” (saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) masih lagi terngiang-ngiang di telinga seluruh umat Islam, dan pastinya masih menghantui penduduk Palestine. Kata-kata itu begitu jelas, sama ada di ambil dalam keseluruhan ayat, mahupun separuh, ia tetap tidak mengubah maknanya.

Justeru, percubaan Anwar untuk menafi dan memutarbelit kenyataannya sendiri bagi mengelak dituduh sebagai talibarut Yahudi, telah tidak berjaya. Namun begitu, Anwar mengambil sikap selamba dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan serta masih lagi cuba membawa imej Islam, sekali sekala, demi untuk memastikan sokongan Melayu Islam terhadapnya berterusan.

Walaupun rangkaian penyamaran yang digunakan Anwar seperti, SUARAM dan BERSIH telah terbukti ada menerima dana dari pertubuhan-pertubuhan asing yang terlibat dengan misi pertukaran rejim yang didalangi Yahudi, tetapi ini tidak menghalang Anwar untuk terus berpura-pura berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam keseluruhan dalam isu Palestine.

Oleh itu, apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak menerima jemputan ke Gaza, bersama Datin Seri Rosmah, berpeluh-peluhlah Anwar cuba menyaingi publisiti tersebut. Sedangkan, lawatan Dato’ Seri Najib adalah bersifat persaudaraan sesama Islam, bukannya politik mahupun publisiti, walaupun publisiti tidak dapat dielakkan kerana beliau adalah ketua negara dan ahli politik.  

Justeru, Anwar juga tidak mahu kalah dan pantas iaitu dalam sehari dua sahaja telah menyediakan sejumlah RM2.1 juta atau USD700,000 untuk didermakan kepada Hamas, bagi pembinaan sebuah masjid di Palestine pada 1 Februari lalu. Kelam kabut Anwar memanggil pemberita untuk memastikan berita dan gambarnya menderma kepada Palestine dilihat oleh penyokong-penyokongnya bagi mengaburi publisiti lawatan Dato’ Seri Najib.

Entah dari mana dan bagaimana beliau menyediakan wang sebegitu banyak dengan sebegitu cepat tidak dapat dipastikan. Malah, personaliti wakil Hamas yang menerima cek tersebut juga tidak dapat dipastikan kerana segala-galanya diadakan dengan tergesa-gesa di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Bagi berlaku adil kepada Anwar, tak apalah kalau tak turun ke medan perang sekali pun, dapat menderma pun kira sudah cukup baik memandangkan Anwar sebenarnya menyokong Israel.

Benar, kita tidak dapat mengukur keikhlasan Anwar menderma, tetapi kita masih boleh bertanya dari mana wang itu datang. Dan rasanya tidak salah juga untuk kita menghukum Anwar sebagai hipokrit serta pengkhianat terhadap rakyat Palestine.

Ini kerana, walaupun jumlah RM1.2 juta adalah besar, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan tandatangan yang diturunkan Anwar dalam Sidang Kemuncak Annapolis 2007 yang menyokong penyelesaian dua negara dengan mengiktiraf negara Israel.

Apalah sangat USD700,000 berbanding beribu-ribu ekar tanah Palestine yang telah diceroboh dan rumah rakyatnya yang telah diroboh kerana memberi ‘ruang’ untuk negara Israel yang dipersetujui Anwar itu.

Apalah sangat wang berbanding nyawa rakyat Palestine yang dibunuh kejam sejak berdekad-dekad lalu demi memastikan keselematan negara Israel yang disokong oleh Anwar.

Apalah sangat memberi sumbangan untuk pembinaan masjid atau apa jua jika Anwar juga menyokong pihak yang bersedia pada bila-bila masa untuk menceroboh dan merobohkannya?

Kesimpulannya, pembinaan masjid itu baik, namun ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada perjuangan Palestine, kerana rakyat Palestine tetap bersolat dan berdoa di mana saja walaupun tanpa sumbangan Anwar. Dalam keadaan darurat seperti Palestine, kos pembinaan sebuah masjid adalah tidak penting tetapi apa yang lebih penting ialah memulihkan keadaan bagi membolehkan mereka hidup dan beribadah dalam keadaan selamat.

Justeru, apa yang Dato’ Seri Najib lakukan iaitu untuk mengusahakan perdamaian antara Hamas dan Fatah adalah jauh lebih signifikan lagi. Apa yang dilakukan oleh pihak lain seperti Aman Malaysia dan lain-lain iaitu membekalkan bahan binaan untuk sekolah, hospital termasuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan juga adalah lebih signifikan lagi.

Lebih dari itu, sebanyak mana pun wang yang Anwar dermakan dari dalam dewan berhawa dingin di ibu pejabatnya di Tropicana, ia tidak mungkin terbanding dengan kesediaan Dato’ Seri Najib mengambil risiko ke atas keselamatan dan nyawanya serta isteri, untuk ke sana.  

Oleh itu, nasihat penulis untuk Anwar, sebelum mencari publisiti, jelaskan dahulu di pihak mana anda berada - Israel atau Palestine? Apapun, setakat ini, penulis masih menunggu berita kalau-kalau Anwar akan mengadakan satu lagi ‘apology tour’ menyembah pemimpin zionis kerana telah terpaksa menderma kepada Hamas.

Tetapi, melihat dari sudut lain pula, sudah tentu zionis lebih rela membantu menaikkan nama Anwar dengan membina masjid di Palestine daripada membiarkan ketokohan Dato’ Seri Najib menyerlah dan berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah.

No comments:

Post a Comment