Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 11 December 2013

Singapura Tidak Lagi Selamat? Part 2



Ternyata, Singapura itu adalah indah khabar dari rupa.  Tiada keadilan yang sebenar dalam negara yang dikuasai kaum Cina ini.  Penindasan merupakan perkara biasa yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa. 

Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat menutup keburukannya selama-lamanya.  Hipokrasi pasti terdedah jua. 

Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana polis di dunia. 

Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu mencerna tindakan polis Singapura ini sebaiknya. Ketahuilah bahawa hampir tiada di kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan mereka dalam  membendung rusuhan. 

Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia, belum apa-apa tentunya sudah ramai yang memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita kejam.  Tidak cukup dengan itu, pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh dan mengecam kerajaan sendiri. 

Kesimpulannya, jika kita ingin mencontohi Singapura, contohilah sikap warganya yang disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan. 

Tetapi, dalam pada itu, kita juga perlu memahami bahawa tidak semua mengenai negara itu adalah baik.  Sikap hipokrit, kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang perlu dicontohi. Apapun, dalam segala segi, percayalah Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih baik dari Singapura. 

Buktinya, setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh berbagai pihak tidak akan berjaya - bukan sahaja kerana pasukan keselamatan kita lebih cekap dari Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana kerajaan Malaysia sebenarnya tidak pernah menindas sesiapa.  

Singapura Tidak Lagi Selamat?

Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya.  Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata, sekurang-kurangnya di pihak Singapura.

Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu.  Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.

Dalam masa yang sama, terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri. Segala-galanya ingin dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan.  Bagi mereka, Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi sosial, pendidikan dan segala-galanya.

Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu iaitu: ‘dikuasai oleh kaum Cina’.

Namun, negara yang terkenal sebagai ‘bandar saman’ itu akhirnya terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia.  Walaupun berjaya menutup mulut dan menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga, tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di negara itu.

Kita tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk sekali.   Akibatnya, dua hari lepas, negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969.

Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu rendah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu.  Tahun lepas seramai 170 pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih baik.

PARTI KOMUNIS MALAYA TEKAD MUSNAHKAN EKONOMI TANAH MELAYU




KEKEJAMAN Parti Komunis Malaya (PKM) amat ketara apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengubah pendekatan dan melancarkan taktik keganasan bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.

PKM akan berusaha habis-habisan menerusi kempen keganasan dan tindakan sabotaj mereka dengan satu tujuan iaitu memusnahkan ekonomi negara sebanyak mungkin dan melumpuhkan sistem perhubungan yang sedia ada.

Sebulan selepas Pentadbiran Tentera British (BMA) mengisytiharkan darurat, pasukan Batalion Ketiga PKM terpaksa berundur dari Batu 11, Jalan Air Kuning, Kampar di Perak pada Julai 1948 akibat serangan pasukan keselamatan.

Ketua Unit Penggempur (Assault Unit) yang dikehendaki pihak berkuasa, Cheung Thian Thye atau lebih dikenali sebagai Chong Chor menjadikan pengunduran itu sebagai alasan untuk beliau menghadiri mesyuarat bersama Setiausaha Agung PKM Chin Peng.

Chong Chor mengetuai Unit Penggempur Kelima PKM di Perak dan kemudiannya, Keenam PKM di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pasukan komando khas polis VAT 69 menjadikan Chong Chor sebagai sasaran utama paling dikehendaki dalam misi pemburuan mereka.

Berdasarkan fail sulit, Chong Chor mengaku bahawa dalam mesyuarat yang diadakan bersama Chin Peng dan lima pegawai kanan PKM negeri Perak pada 15 Ogos 1948, mereka cuba mengkaji kelemahan pada pasukan keselamatan.

Sewaktu mengadakan mesyuarat itu di sebuah rumah setinggan, mereka diserang hendap pasukan keselamatan namun sempat melarikan diri ke Bidor, di kawasan pinggir hutan yang dikenali sebagai Tai Peng Pa.

Di lokasi baru itu, PKM meneruskan perbincangan mereka antara lain merancang memindahkan ibu pejabat pentadbiran pasukan PKM ke Cameron Highlands.

Selain itu Chong Chor turut diarahkan oleh Chin Peng supaya terus kekal di kawasan selatan Perak dan meneruskan usaha kempen dan kerja-kerja sabotaj bagi mewujudkan masalah kepada ekonomi dan sistem perhubungan di Tanah Melayu.

Chong Chor dipetik sebagai berkata, Selepas mesyuarat itu saya mengarahkan semua anggota Batalion Ketiga berpecah kepada kumpulan kecil dan melakukan kerja-kerja Min Yuen."

Min Yuen adalah kegiatan propaganda PKM melalui memberi maklumat dan mendapatkan bekalan makanan serta ubat-ubatan untuk komunis.

Antara misi yang dilakukan oleh gerakan ini adalah kempen keganasan terhadap golongan atas pagar dan kekejaman ke atas pemberi maklumat kepada pasukan keselamatan.

Kumpulan Min Yuen ini juga menyasarkan usaha melumpuhkan ekonomi negara melalui penyebaran khabar angin, sabotaj terhadap landasan kereta api, perhubungan telefon, jambatan dan apa sahaja kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Mereka juga bergerak memusnahkan berekar-ekar kebun getah milik warga Eropah atau penduduk yang menjadi ejen kerajaan, begitu juga peralatan lombong-lombong bijih timah.

Antara bukti kekejaman PKM yang dilakukan oleh kumpulan pimpinan Chong Chor ialah menyerang sebuah lombong bijih timah dan membunuh pemiliknya warga Australia pada 12 Ogos 1948, seminggu selepas membunuh pemilik lombong warga Eropah di Chemor.

Aktiviti gerila PKM di Perak sahaja dikatakan telah mengakibatkan kematian 14 daripada 24 pengusaha lombong dan pemilik ladang Eropah dalam tempoh enam bulan.

PKM juga berusaha menggagalkan program pendaftaran penduduk yang dimulakan pada bulan September 1948. Mereka bimbang sistem ini akan menghalang operasi gerakan Min Yuen dalam kalangan penduduk selain menyerlahkan penyokong mereka.

(Dipetik dari sumber Portal akhbar Utusan Online di kolum Rencana pada 10 Disember 2013)

Monday, 9 December 2013

Cheung Thian Thye @ Chong Chor komunis yang kejam !!! @ZambryAbdKadir

RAMAI lebih mengenali Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh sebagai pemimpin pengganas Parti Komunis Malaya (PKM). Hanya yang pernah hidup di zaman Darurat atau membaca buku sejarah zaman Darurat, nama Chong Chor atau Cheung Thian Thye (gambar) dikenali sebagai antara ketua pengganas PKM paling kejam dan licik mengelak diri daripada kepungan pihak berkuasa.
Chong Chor mengetuai Unit Penggempur Kelima PKM di Perak dan kemudiannya, Keenam PKM di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pasukan komando khas polis VAT 69 menjadikan Chong Chor sebagai sasaran utama paling dikehendaki dalam misi pemburuan mereka.

Ikuti pendedahan eksklusif Mingguan Malaysia mengenai Chong Chor, ketua pengganas komunis paling kejam yang dipetik daripada dokumen rahsia kerajaan yang tidak pernah disiarkan selama ini. - PENGARANG

PENTADBIRAN Tentera British (BMA) mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 20 Jun 1948. Serentak dengan itu, kira-kira 1,000 anggota Parti Komunis Malaysia (PKM) dan pertubuhan-pertubuhan palsu yang didalangi PKM.

Bagaimanapun, mengikut fail sulit mengenai ketua unit penggempur (Assault Unit) yang sangat dikehendaki pihak berkuasa, Cheung Thian Thye atau lebih dikenali sebagai Chong Chor, mendedahkan ramai ketua utama PKM sudah pun masuk hutan seawal Mac tahun itu ekoran strategi parti untuk melancarkan perang untuk memastikan komunis menguasai Tanah Melayu.

Bagaimanapun, Chong Chor mengakui parti tersebut benar-benar tergamam dengan tindakan pantas dan drastik terhadap BMA.

Ini kerana sebelum parti itu sempat menyempurnakan penyusunan orang-orangnya termasuk kaedah komunikasi, operasi besar-besaran menangkap anggota komunis dilancarkan'.

Ramai daripada suspek dan anggota PKM diusir pulang ke China. Sebulan kemudiannya pada 20 Julai 1948, BMA mengisytiharkan pengharaman PKM.

Susulan daripada tindakan BMA tersebut, Setiausaha Agung PKM, Chin Peng memanggil mesyuarat di sebuah kampung di Batu 11, Air Kuning, Kampar di Perak bagi membentuk Regimen Kelima di negeri itu. Seramai enam pegawai kanan PKM peringkat Perak turut hadiri termasuk Chong Chor.

Pada mesyuarat itu, Chin Peng mengarahkan pembentukan Rejimen Kelima Tentera Rakyat Malaya Anti-British (MPABA) menerusi penyatuan tiga batalion yang sudah sedia wujud di negeri itu.

Menurut fail sulit, Chin Peng dipetik sebagai berkata, MPABA hendaklah menyusun semula konsep taktikal PKM dan mengukuhkan struktur dalaman pasukan gerila dalam usaha melaksanakan strategi perang'.

Chin Peng juga menegaskan penggunaan strategi Maoist iaitu kawasan dibebaskan untuk membebaskan Tanah Melayu. Untuk mencapai matlamat tersebut, strategi revolusi PKM akan dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu:

1) Menguasai kawasan pendalaman kecil dan kemudian mewujudkan kawasan dibebaskan di wilayah yang dikuasai PKM;

2) Merencatkan sistem ekonomi BMA menerusi tekanan gerila dan meningkatkan bekalan dan peralatan gerila menerusi serang hendap dan serangan ke atas balai polis, tentera dan kawasan pasukan keselamatan lain.

3) Menambah unit gerila menerusi pengambilan orang di kawasan yang dikuasai atau dibebaskan, maka itu memaksa kerajaan keluar dari kawasan pendalaman.

Pelan strategi perang seumpamanya, telah terbukti berjaya dilakukan di China," kata Chin Peng, seperti dicatatkan dalam fail sulit ini.

Berikutan arahan terbaharu Chin Peng ini, pada 9 Julai 1948, Batalion Ketiga PKM melancarkan serangan pertama ke atas Balai Polis Langkap. Menurut Chong Chor, pasukan seramai 40 anggota yang diketuainya menggali semula kawasan persembunyian senjata di Batu 11, Jalan Air Kuning, Kampar.

Bagaimanapun, serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan. Chong Chor mengakui kesilapan daripada segi penyelarasan dan perancangan.

Satu lagi gerombolan diketuai rakan Chong Chor bernama Ah Lek berjaya menyerang hendap kenderaan pasukan keselamatan dan meletupkan jambatang di Air Kuning.

Pada 24 Julai 1948, satu lagi serangan dilancarkan ke balai polis Sungai Merbau di Tapah. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya merampas satu raifel tetapi gagal meletupkan stesen janakuasa di situ.

Pergerakan Chong Chor berjaya dihidu oleh pasukan keselamatan. Semasa berkhemah dalam hutan Kuala Woh di Bidor, pasukan komunis ini telah diserang dan memaksa mereka berundur semula ke Batu 11, Jalan Air Kuning di Kampar.

Cheung Thian Thye @ Chong Chor. Mempunyai 33 nama samaran. Lahir 1922 di Canton (Guangzhou). Hijrah bersama ibu ke Tronoh pd usia 7 tahun, mengikut bapanya yg berhijrah lebih awal. Berpindah ke Chemor kemudian Sg Siput. Dipengaruhi elemen komunis sewaktu bersekolah di Sek Hing Chung, Sg Siput pd usia 13tahun. Lanjutkan pelajaran di Wah Kiew, Kajang sebelum kembali ke Sek Chi Yan, Ipoh. Ditangkap di KL pd 2Mac 1988. Mati pd usia 75 akibat sakit jantung pd 9 Mei 1997.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 6 December 2013

Gereja Katolik Masih Nak Guna Kalimah Allah Hasil Bantuan Pemimpin Pembangkang


Hasil sokongan padu daripada pemimpin Pas seperti Nik Aziz, Haji Hadi , Mat Sabu dan Anwar Ibrahim memberikan semangangat baharu kepada Gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu mereka.

Gereja Katolik tidak berputus asa diatas keputusan Mahkamah Rayuan melarang mereka menggunakan kalimah Allah, oleh itu Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Februari tahun depan permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan gereja, The Herald bagi seksyen bahasa Melayu.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar petang semalam.

Sumber dari  Sungai Rapat Online

Thursday, 5 December 2013

Wow Ibdil !!!! Ni baru A+ Lifestyle #tanyaibdil @Khairykj @azwanbro

Inilah cara hidup Pengerusi BMB PPUM... Hebat tak ? Memangla gambar ni dah lama... Siap ada gambar Idris Jala sekali. Main poker dan Idris Jala kalah lagi... Hebatkan cara kehidupan Ibdil nih? Sesiapa nak belajar main poker, boleh belajar dengan Ibdil sebab orang yang hebat macam Idris Jala pun boleh kalah.. Maknanya die memang handal lah... Dalam usia yang muda boleh mengalahkan otai..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KURANG AJAR !!! UMMI SYIFA GELAR USTAZ KAZIM KHINZIR !!!



Hanya kerana Ustaz Kazim Elias ditawarkan tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mengisytiharkan dirinya keluar dari Pas,respon diterima terutama dalam kalangan penyokong Pas sangat ‘panas’.Paling tak boleh terima bila seseorang dengan imej yang sepatutnya hanya berbicara dengan perkataan yang baik-baik,boleh terlepas cakap sampai keluar perkataan ‘khinzir’ pada orang lain.
Nauzubillah,kalau marah sekali pun takkan sampai macam tu sekali ??? apa cerita ni makcik ??? Sedangkan anak kecil kalau sebut perkataan ‘khinzir’ pada orang lain pun ada ibu bapa yang sanggup menampar mulut sebagai peringatan,bangsa Melayu dan orang Islam diajar supaya menjaga tutur kata.Orang yang disamakan dengan khinzir itu pula,bukan penjahat yang merogol atau merompak orang tapi seorang ustaz yang mungkin,cuma berlainan pendirian politik dengannya.ada faham tak makcik ???