Minggu lepas kecoh pasal yang kononnya pihak Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Sdr Azwan ketika membersihkan tempat yang dilanda banjir di pantai timur. Black akui gambar tu memang la seperti lakonan dan tidak logik akal.
Tetapi bagaimana dengan pembangkang (PAS) yang konon bersama mencuci tempat yang dilanda banjir? Lakonan juga hebat. Siap pegang peralatan lagi. Yang menjadi kemusykilannya ialah tempat yang di cuci. Adakah ini rumah atau tokong? Persoalan ini harus dijawab oleh pencacai PAS. Sebelum ini kemain lantang menghentam UMNO dan BN. Macamana dengan gambar yang kedua tu? Dah tidak ada ke rumah Melayu. Biarlah DAP bersihkan rumah cina. Tahniah la untuk PAS kerana berjaya melakonkan juga yang kononnya mereka juga prihatin... Ibu ketam nak ajar anak ketam berjalan... Rupanya ibu ketam juga tak betul... Kahkahkah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, 16 December 2013
Fuhhhh... Hebat jugak PAS ni !!!! @azwanbro @khairykj
Minggu lepas kecoh pasal yang kononnya pihak Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Sdr Azwan ketika membersihkan tempat yang dilanda banjir di pantai timur. Black akui gambar tu memang la seperti lakonan dan tidak logik akal.
Tetapi bagaimana dengan pembangkang (PAS) yang konon bersama mencuci tempat yang dilanda banjir? Lakonan juga hebat. Siap pegang peralatan lagi. Yang menjadi kemusykilannya ialah tempat yang di cuci. Adakah ini rumah atau tokong? Persoalan ini harus dijawab oleh pencacai PAS. Sebelum ini kemain lantang menghentam UMNO dan BN. Macamana dengan gambar yang kedua tu? Dah tidak ada ke rumah Melayu. Biarlah DAP bersihkan rumah cina. Tahniah la untuk PAS kerana berjaya melakonkan juga yang kononnya mereka juga prihatin... Ibu ketam nak ajar anak ketam berjalan... Rupanya ibu ketam juga tak betul... Kahkahkah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tetapi bagaimana dengan pembangkang (PAS) yang konon bersama mencuci tempat yang dilanda banjir? Lakonan juga hebat. Siap pegang peralatan lagi. Yang menjadi kemusykilannya ialah tempat yang di cuci. Adakah ini rumah atau tokong? Persoalan ini harus dijawab oleh pencacai PAS. Sebelum ini kemain lantang menghentam UMNO dan BN. Macamana dengan gambar yang kedua tu? Dah tidak ada ke rumah Melayu. Biarlah DAP bersihkan rumah cina. Tahniah la untuk PAS kerana berjaya melakonkan juga yang kononnya mereka juga prihatin... Ibu ketam nak ajar anak ketam berjalan... Rupanya ibu ketam juga tak betul... Kahkahkah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, 14 December 2013
Amelia 15 Tahun Lari Bersama Kekasih Telah Ditemui semula
Alhamdulillah Amelia telah ditemui semula kira-kira jam 2.30 pagi ini. Beliau telah ditemui oleh sahabat handai Black. Black turut sama mencari dari jam 9.30 malam semalam. Black bersama beberapa rakan mencari sekitar Trong kerana dipercayai dari Phone Tracking berada di sekitar Trong. Mungkin terperasan kami mencari dalam keadaan yang ramai, dipercayai menutup Phone agar kami tidak dapat mencari dan lari menghala semula ke arah utara. Akhirnya sahabat di sebelah utara dapat mengesan kenderaan yang dinaiki dan terus mengepung mereka. Akhirnya mereka di bawa ke Balai Polis. Siap lah kau.. Kau bawa budak bawah umur.. Sendiri mau ingat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, 13 December 2013
10 Bukti Mat Sabu Syiah @ZambryAbdKadir @Khairykj
1.Gesa contohi Khomeini dlm tulisannya di Harakah pd Julai 2008
2.Mengkagumi Khomeini dlm ucapan sbg Timb Presiden PAS pd 13 julai 2011
3.Dlm perutusan Krismas pd 25/12/2008 tlh memuji Khomeini dlm Harakahdaily
4.ANTARAPOS mengesahkn melalui video temubual Mat Sabu adlh Syiah
5.Mat Sabu puji Setiausaha Agung Syiah Lubnan & akui prnh jumpa 5kali dengannya
6.Melawat masjid Syiah di Kg Aluar,Satun Thailand pd 2011
7.Pernah mnghadiri kelas Syiah brsm 2 ustaz Syiah di Bukit Merah pd 2011
8.Mat Sabu trlibat dlm program pnghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran
9.Brselawat Syiah dlm ceramah PAS di Arau pd 2005
10.Brsolat dgn batu Syiah di tempat sujudnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
2.Mengkagumi Khomeini dlm ucapan sbg Timb Presiden PAS pd 13 julai 2011
3.Dlm perutusan Krismas pd 25/12/2008 tlh memuji Khomeini dlm Harakahdaily
4.ANTARAPOS mengesahkn melalui video temubual Mat Sabu adlh Syiah
5.Mat Sabu puji Setiausaha Agung Syiah Lubnan & akui prnh jumpa 5kali dengannya
6.Melawat masjid Syiah di Kg Aluar,Satun Thailand pd 2011
7.Pernah mnghadiri kelas Syiah brsm 2 ustaz Syiah di Bukit Merah pd 2011
8.Mat Sabu trlibat dlm program pnghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran
9.Brselawat Syiah dlm ceramah PAS di Arau pd 2005
10.Brsolat dgn batu Syiah di tempat sujudnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, 12 December 2013
Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan’
Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan
Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar
Ibrahim. Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua
Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.
Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil
membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam
sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.
Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya
membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan. Sebagai
seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah
menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap
undang-undang negara.
Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik
gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah
tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah
air. Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara
ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling
buruk. Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke
seminar atas alasan ingin membantu rakyat. Namun, ini tidak berlaku.
Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT
(International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang
menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang
menerajuinya. IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai
hubungan yang rapat dengan CIA. Antara nama-nama besar di
dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring
yang menghancurkan dunia Islam. Selain itu, kematian pengasas IIIT
iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang
mengejutkan. IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi
Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.
Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan
proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes
liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar
memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana
biadap, tetapi sebenarnya kerana takut.
Anwar Seronok Bercuti, Fuziah Bergaya Ala Model, Khalid Gagap Kata Ia Membazir
Umum mengetahui beberapa negeri telah
dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana banjir yang melanda. Antara negeri
yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor malah ekoran
kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat, beberapa jalan utama terpaksa
ditutup, bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang terlibat
berpindah ke pusat pemindahan.
Namun di sebalik kesibukan itu, kelibat
ketua pembangkang, Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan di kawasan yang
terlibat dengan bencana. Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan,
setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.
Tambahan pula antara kawasan yang terjejas
teruk ialah Kuantan, di mana majoriti pengundi di kawasan terbabit telah
memberikan sokongan kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili
mereka di dalam Parlimen.
Apabila disiasat, rupa-rupanya Anwar yang
pernah berangan ingin menjadi Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama
keluarganya di London. Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja
diada-adakan, tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media
sosialnya di Instagram.
Semalam, Anwar telah memuat-naik sekeping
gambar yang memaparkan dia dan anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah
kereta api. Malah Anwar dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan
ke Washington DC. Menarik bukan!!!
Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri
yang diinginkan oleh semua masyarakat? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia
begitu seronok bercuti di luar negara. Sedangkan sebelum ini, ada di kalangan
pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno dibatalkan, bagi
membantu mangsa banjir.
Namun apabila diteliti semula, ia bukanlah
satu perkara yang pelik, kerana ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan
pembangkang. Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun
yang lalu, Menteri Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi
meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang
masa dan membazirkan wang.
"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang
mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.
Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.
"Jika saya datang melawat, saya
terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos
kewangan," katanya kepada pemberita ketika itu.
Menurutnya lagi, walaupun pakatan
pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak
bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan
kesusahan seperti bencana alam.
Di dalam kejadian tersebut, dianggarkan
hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta
Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar
menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka.
Berbalik kepada isu banjir besar yang
sedang berlaku ketika ini, ketika puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar
ke pusat-pusat pemindahan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh langsung tidak
kelihatan.
Namun apabila ramai yang mula
mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat, baru-barulah kelihatan beberapa
keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media sosial, kononnya bagi
membuktikan kehadirannya membantu mangsa. Para pencacai pakatan pembangkang,
mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan
yang hairan dengan ‘kehilangan’ Fuziah.
Tetapi, bak kata pepatah, “bangkai
gajah, masakan dapat ditutup dengan sehelai daun pisang”. Kebanyakan
gambar-gambar yang dimuat naik lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya
ala ‘super model’ berbanding membantu mangsa banjir. Ini
kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat, aktiviti bergambar dapat
meringankan beban mangsa yang terlibat.
Nampaknya benarlah seperti kata Khalid
Ibrahim, sesetengah ahli politik lebih suka ‘bergaya’ dengan
cara begini. Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang
kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak
boleh diterima sama sekali.
"Orang yang berada dalam kecemasan
bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan. Namun, sesetengah ahli
politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan
orang seperti mereka," tegasnya.
Wednesday, 11 December 2013
Mat Sabu Perlu Saman Ahli Pas Berbanding Zahid Hamid !!!!
Pendedahan Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamid mengenai isu Syiah yang melibatkan parti politik tertentu,
telah menyebabkan segelintir mereka yang dikaitkan dengan fahaman sesat itu
seperti cacing yang kepanasan.
Ekoran pendedahan tersebut, Timbalan
Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata dia sedang menimbang untuk mengambil
tindakan undang-undang ke atas Zahid yang mendakwanya mengamalkan ajaran Syiah.
Dia yang terkenal dengan panggilan manja ‘Mat Sabu atau Abang Mat’ itu
menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan Zahid cuba membuat
tuduhan jahat.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi
kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam
yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.
Terdahulu, ketika sesi penggulungan
Perhimpunan Agung Umno 2013, Zahid mendedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong
gerakan Syiah.
Malah Zahid turut menuntut keberanian
serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut
melahirkan rasa hairan, bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai
pemimpin tertinggi parti itu.
Paling menarik apabila
Pas, seolah-olah cuba ‘cuci tangan’ bagi mengelakkan isu
Mat Sabu itu dikaitkan secara langsung dengan parti itu. Menurut Setiausaha
Agung parti itu Mustafa Ali, dakwaan terhadap Mat Sabu adalah merupakan
serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.
"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. "Kita tak akan masuk campur” katanya
Namun, apa yang menghairankan ialah,
apabila diteliti ucapan yang disampaikan oleh Zahid itu, beliau langsung tidak
menyentuh atau menyebut nama, mana-mana individu yang dikaitkan dengan fahaman
Syiah itu. Yang menyebut nama Mat Sabu secara khusus adalah Mustafa Ali
sendiri. Apakah ini bermaksud Pas memang telah lama menghidu dan mengetahui
penglibatan Mat Sabu dengan Syiah?
Malah sekiranya dilihat daripada kenyataan
Mat Sabu ketika kempen sebelum Muktamar Pas baru-baru ini, dia turut
mengakui ‘diserang’ oleh ahli dan pengikut dengan cara yang
paling kotor.
''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas
iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''
Ketika sesi wawancara bersama salah sebuah
portal pembangkang sebelum ini, Mat Sabu menjelaskan pelbagai kempen ‘kotor’ telah
dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak
yang tidak dipersetujui dengan menjadikan Facebook, SMS dan blog sebagai medan
utama.
''Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin
Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua
liberal,'' katanya.
Ini bermaksud, ahli dan penyokong Pas
telah terlebih dahulu melabelkan Mat Sabu sebagai pemimpin berfahaman Syiah dan
bukannya Umno. Patutlah Mustafa Ali siang-siang dah buat kenyataan cuci tangan,
dan terus mengaitkan Mat Sabu dengan pendedahan Zahid itu.
Oleh itu sekiranya benar Mat Sabu ingin mengambil
tindakan undang-undang, ada baiknya ia dilakukan terhadap ‘musuh-musuhnya’ di
dalam Pas terlebih dahulu. Zahid ketika diminta mengulas lanjut mengenai
isu ini berkata pihaknya mempunyai bukti bagi menyokong pendedahan yang
dilakukan sebelum ini.
"Kementerian Dalam Negeri mempunyai
semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari
fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.
Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas
sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,"
katanya.
Malah beliau turut menegaskan akan
mengadakan satu sidang akhbar khas untuk menunjukkan bukti tersebut. Katanya,
sidang akhbar itu akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang
dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah.
Kepada Mat Sabu, apa kata tunggu sidang
akhbar tersebut sebelum meloncat tidak tentu fasal. Atau Mat Sabu sememangnya
sedar, tembelang dan pendekatan ‘taqiyyah’ (berpura-pura)
telah mula terbongkar dan tidak mampu untuk diselindungkan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)


