Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 26 July 2012

PM Berbuka Puasa di Kediaman MB Perak

Alhamdulillah PM berbuka bersama rakyat negeri Perak... Lebih 7000 tetamu hadir dalam majlis ni....dalam ape sahaja rakyat harus didahulukan.
Tahap sokongan kepada BN semakin meningkat...yang pasti PR semakin GOYAH terutama di negeri Perak. Sebelah petang tadi...sessi ceramah yg disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Kazem Elyas....


'AHLI SYORGA' PUN DAPAT BONUS!!! @NajibRazak @Fuhas_tweet

Teman ucap tahniah dan terima kasih kerana PM Najib bagi Bonus kepada semua kakitangan awam dan jugak pesara kerajaan sempena Hari Raya yang tak lama lagi..Nampaknya PM kita nie memang seorang yang ikhlas dan berhati mulia dalam mendengar keluh kesah 1.27 juta penjawat awam dan 657,000 pesara kerajaan di Malaysia.


Tapi yang teman kelakar sangat nie, puak-puak PAS pun duk nak putar belit citer, lepas terawikh, sempat lagi bergosip. "Orang PAS pun dapat Bonus jugak " aikkk...bilamasa pulak PAS umum Bonus? daripada sape? untuk sape??
Rupenyer, bile teman pikior punya pikior, teman hampir terlupa yang puak-puak PAS atau 'Ahli-Ahli Syorga' dalam PAS nie pun Pesara Kerajaan jugak kan...Tak caya korang boleh baca kat  >>SINI<< Itu baru sikit yang kononnya agak glamour la..rasanya ramai lagi kat luar sana tuu..
Itu ler manusia Melayu Islam..mudah lupa..dulu depa-depa nie kerja dengan Kerajaan BN. tapi bila pencen masuk pembangkang, sokong pembangkang, masuk PAS sebab nak ke Syorgaa!! tapi bila PM umum Bonus RM500, ambik jugak. confirm ambik punyalah. Iye laa, nak harap duit Tabung Milo @ Duit Songkok sampai Kiamat tak kan dapat!!
Teman nak tengok ada tak di kalangan puak-puak nie yang berani pulang semula Bonus RM500 yang PM umum semalam tu.kihkihkih...
tak ada makne nyer teman nunggu..
Teman tau, PM kita memang iklhas nak bagi Bonus Raya 2012 ni tak kira apa pun fahaman politik. 
Yang penting, PM nak menghargai kakitangan kerajaan dan juga pesara kerajaan. 
Terima Kasih PM Najib!!! 
 

Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

Wednesday, 25 July 2012

50,000 Mahasiswa akan turun untuk BERSIH 4.0?????


Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda.  Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka.  Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.

Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.

Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.

Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.

Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.

Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.

Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.

Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.

Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.

Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.

Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja.

Tuesday, 24 July 2012

85% Peneroka Sokong BN???? Biar betul....

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur.  Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian.  Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi. 

Begitulah yang terjadi di Felda.  Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.

Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya. 

Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN.   Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%.  Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.   

Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang.  Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.

Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian.  Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka.  Atas dasar itu, mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang. 

Dan kini, segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai ‘bonus’ ke atas jerit perih mereka selama ini.  Selain itu, mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keuntungan yang tidak mereka jangka.  Semua ini adalah kerana pemilikan saham dari penyenaraian yang mana mereka tidak perlu pun mengeluarkan wang sendiri untuk membelinya. 

Kesemua ini, dan ditambah dengan faktor kelemahan dan keburukan imej pembangkang sendiri menyebabkan peneroka memilih untuk berdiri teguh di belakang BN.  Nampaknya, apa yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menabur fitnah telah benar-benar memakan diri. 

Kini, pembangkang terpaksa menjilat kembali ludah mereka di mana di kalangan penyokong mereka juga menerima durian runtuh dan segala bantuan dan kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan.  Walaupun segala bantuan kerajaan tersebut dihukum sebagai haram dan rasuah namun ia tidak berjaya menghentikan penyokong mereka dari merebutnya. 

Tidak cukup difitnah kerajaan, pembangkang yang semakin hilang akal mula menuduh peneroka sebagai perompak pula.  Kononnya, segala wang yang diterima dari kerajaan itu adalah wang rakyat dan menerimanya menjadikan peneroka sebagai perompak wang rakyat. 

Sedangkan, wang tersebut adalah hasil dari kerja kuat para peneroka dan kecekapan pengurusan Felda menjana wang mereka.  Tidak timbul isu wang rakyat atau pun wang kerajaan dalam pemberian bantuan, bonus atau apa saja untuk warga Felda. 

Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda.  Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka. 


Panas!!!!!Guan Eng Takut bini????


Monday, 16 July 2012

Apa Masalahnya Jika KSN Menyokong Kerajaan?

Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.    Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.   Justeru, tiada isunya di sini.  Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar. 

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?  

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.  Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.  

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional.   Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.  Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.  

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya . 

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.   Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang. 

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.