Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 23 October 2013

PRK Sungai Limau : Bukti Kebongkakan Dinasti Lim


 

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.  Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’.  Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti. 

 

Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti.  Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.

 

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar.  Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

 

Berdasarkan sejarah PAS yang konservatif  hatta ekstrem, kedudukan Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS mengukuhkan ‘sifat’ keMelayuannya.  Ini kerana PAS suatu ketika dahulu menentang keras orang-orang kafir .  Tetapi itu adalah kisah silam. 

 

PAS era ini adalah sebuah parti yang berpendirian separa liberal kerana menerima perjuangan DAP yang menentang kedudukan rasmi agama Islam.  PAS juga menerima pendirian PKR yang bebas mentafsir semula atau menolak hukum hakam agama Islam mengikut nafsu pemimpinnya. 

 

Pendirian liberal ini diambil oleh PAS atas dasar sepakat dalam usaha untuk berkuasa. 

 

Oleh itu, PAS tidak jemu-jemu berkorban dengan menyerahkan segala-galanya termasuk maruah dan harga diri bagi menambat hati pengundi India dan Cina.  Isu Kalimah Allah juga menyaksikan bagaimana PAS berdolak dalih dan berpecah belah semata-mata kerana kepimpinan tertinggi PAS cukup bimbang kalau-kalau hati orang-orang Kristian/Cina/DAP terguris. 

 

Namun, malang bagi PAS kerana DAP tidak sanggup berkorban walaupun sebesar zarah untuk menjaga hati orang-orang Islam.  Ketiadaan pemimpin DAP ketika penamaan calon di Sungai Limau membuktikan keangkuhan parti itu yang enggan membantu PAS semata-mata ia adalah kawasan majoriti Melayu. 

 

Lagipun, DAP tentunya ingin mengelak dari terpaksa berhadapan dengan isu Kalimah Allah yang sedang hangat kini.  Bagi DAP, biarkan sahaja sibodoh dari PAS yang menjawab kepada rakyat Sungai Limau tentang kedegilan mereka untuk menggunakan Kalimah Allah dalam risalah Kristian.  DAP tidak perlu masuk campur dalam apa jua strategi atau penipuan PAS dalam usaha untuk meraih sokongan Melayu.

 

Mungkin bagi DAP, 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau tidak membawa apa-apa makna atas kemenangan atau kekalahan PAS.  Justeru, mereka wajar diabaikan saja. 

 

DAP juga mungkin merasa ‘cuak’ kalau-kalau aura Ustaz Azizan masih terlalu kuat di kawasan itu.  Ini kerana Allahyarham cukup terkenal dengan ketegasan apabila berhadapan dengan DAP.  Pendek kata, Ustaz Azizan cukup arif akan permainan jahat DAP yang ingin menindas orang-orang Melayu dan tidak mustahil arwah telah menerapkan maklumat itu di kalangan masyarakat Sungai Limau. 

 

Sebelum ini, kita ada mendengar bahawa DAP telah mempersiapkan Christopher Howard Lim untuk memperdaya pengundi Sungai Limau.  Christopher telah dilantik khas dalam keadaan yang penuh kontroversi sebagai Pengerusi DAP Kedah tanpa menghiraukan Pengerusi lama yang dilantik secara demokrasi. 

 

Christopher yang memakai nama Melayu iaitu Zairil dan berbinkan bapa tirinya Khir Johari, dicanang DAP sebagai Melayu semata-mata untuk mengaburi mata orang-orang Melayu.  Dan Sungai Limau dilihat sebagai satu pentas yang paling sesuai untuk menguji kemampuan Christopher berlakon dan menipu.  

 

Namun, dengan kehadiran jentera siber BN yang bersedia dengan maklumat lengkap mengenai Christopher pastinya membuatkan DAP berfikir dua kali.  Justeru, sehingga kini, Christopher belum lagi dilihat di mana-mana di Sungai Limau.  Sekiranya beliau muncul, maka jentera BN juga telah bersedia untuk mendedahkan DNA Cinanya kepada penduduk Sungai Limau yang mana akan menggandakan risiko bagi PAS. 

 

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa DAP tidak pernah berjuang kerana rakyat tetapi hanya berjuang untuk merampas kuasa untuk kaum Cina dengan diterajui oleh Dinasti Lim.  Sekiranya jumlah kaum Cina di kawasan itu terlalu kecil dan tidak mampu menjadi tapak untuk berkuasa, maka DAP akan mengabaikan saja mereka.

 

Jika PAS sanggup ke hulu ke hilir membantu DAP tiap kali pilihanraya kecil atau besar, DAP pula tidak akan membodohkan diri berbuat yang sama untuk PAS. 

 

DAP tidak akan menyusahkan diri semata-mata untuk meraih undi Melayu kerana DAP terlalu benci dengan orang-orang Melayu.   Apa perlu DAP bersusah payah berkempen di kawasan majoriti Melayu jika PAS boleh melakukannya bagi pihak mereka?  Biarkan PAS yang mengutip derma untuk kawasan Melayu kerana DAP tidak akan sama sekali membantu. 

 

Tetapi, jika PAS menang, DAP juga menang.  Itulah hakikatnya yang pengundi Sungai Limau perlu cernakan sebelum 4 November ini. 

No comments:

Post a Comment