Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara
berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220
walaupun setelah mengambilkira segala perbelanjaan yang termaktub dalam
janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.
Tahun ini, seperti biasa, PR bergegas untuk mendahului kerajaan
dalam membentangkan bajet 2013. Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan
RM233 billion dengan kadar defisit sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada
pembentangan 2012.
Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya
dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji
‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013 Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya
tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga diketawakan kerana jika
ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa dua tahun
sahaja.
Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika
tidak cukup tebal, tidak mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu
dunia telah menonton dirinya berbogel dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar
sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya
terkantoi, seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.
Kerana itu, Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif
PR yang digarapkan dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini
disediakan tanpa memerlukan maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga
Hasil Dalam Negeri, Kastam, Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang
berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi
memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya
memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata.
Sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk menilai
kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013 iaitu sama ada ia benar-benar mampu membawa
kesejahteraan kepada semua terutama rakyat biasa. Tetapi, cukup bagi kita untuk mengkaji impak
dari satu
perkara sahaja dari pembentangan
Bajet 2012 parti itu, iaitu penghapusan subsidi korporat seperti IPP, kepada
rakyat keseluruhan.
Secara dasarnya, penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan
peniaga menanggung kos yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk memastikan perniagaan
mereka kekal untung dan terus maju, para peniaga ini perlu menaikkan harga
barangan. Justeru, yang bakal menanggung kesan dari penghapusan subsidi
korporat akhirnya adalah pengguna, yakni rakyat biasa.
Namun, Anwar telah menjanjikan yang harga barangan tidak akan
naik walaupun subsidi korporat dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah
berdasarkan janji-janji manis yang ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama
juga, Anwar tidak pula membentangkan pelan penjanaan pendapatan kerajaan untuk
menampung semua kos tambahan yang dipindahkan ke bahu kerajaan itu.
Sebaliknya, Anwar hanya menjanjikan penjimatan wang dengan cara
menghapuskan korupsi dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu
menjelaskan cara dan jangkaan jumlah yang dapat dijimatkan. Selain itu, Anwar
juga membayangkan Petronas sebagai satu-satunya sumber pendapatan tanpa
memikirkan kesannya di masa panjang.
Jelas, apa yang dibentangkan Anwar untuk tahun 2012, adalah
tidak menepati hukum ekonomi, tidak logik dan merbahaya untuk negara.
Ekonomi bukan matematik mudah yang letaknya tetap dan tidak
berubah. Ekonomi itu berbentuk rangkaian yang berkait antara satu sama lain dan
berterusan yang mana seorang graduan Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin
sukar untuk memahaminya.
Sesuatu kos hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain
tetapi tidak boleh dihapuskan terus. Justeru, Anwar tidak boleh menjanjikan
pengurangan kos kepada satu pihak tanpa menyebabkan pihak lain menanggung
bebannya. Jika kerajaan menyerap semua kos yang melibatkan peniaga dan pengguna
sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap dalam masa yang singkat. Begitu
juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan kepada pengguna atau kerajaan
maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju atau mengalami kerugian.
Dan nampaknya, sehingga pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini,
Anwar masih belum dapat memahami ekonomi dengan baik. Kerana itu, beliau
menambah lagi gula ke dalam janji-janji sedia ada dalam Buku Jingga ke dalam
Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji anggota polis sebanyak 5 peratus dan kenaikan
gaji kakitangan perubatan sebanyak 20 peratus.
Antara janji di dalam
Buku Jingga ialah:
Perkara
|
RM (Billion)
|
Penghapusan tol
|
50
|
Wifi percuma
|
1.2
|
Royalti minyak utk negeri pengeluar
|
12.5
|
Pendapatan minima isi rumah RM4,000
|
93.9
|
Menurunkan harga kereta
|
8
|
Pendidikan percuma
|
18.5
|
Elaun guru RM500 sebulan
|
2.4
|
Jumlah
|
206.5
|
Dan ini belum lagi diambilkira pemberian langsung kepada rakyat
seperti bonus warga emas, elaun suri rumah dan lain-lain lagi.
Pada 2012, peruntukan belanjawan kerajaan pusat ialah RM232
billion tanpa menjanjikan apa yang termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan
janji Buku Jingga PR sahaja sudah mencecah RM206.5 billion tanpa mengambil kira
janji-janji lain, janji-janji tambahan serta kos sedia ada.
Justeru, apakah rakyat boleh mempercayai Bajet Alternatif PR
2013 ini?
Apakah PR sedar bahawa ekonomi dunia berada di dalam keadaan
goyah dan tidak menentu. Keadaan dijangka semakin buruk pada tahun hadapan. Ini
bermakna harga minyak dan barangan akan terus meningkat dan kerajaan tidak akan
mampu untuk terus menyerap kos bagi pihak rakyat tanpa meletakkan ekonomi
negara dalam risiko yang besar.
Walaupun kerajaan pusat dijangka membentangkan ‘Bajet
Pilihanraya’ yang akan menggembirakan rakyat tetapi kita pasti ia tentunya
berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira keadaan ekonomi global. Ini kerana
kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke atas rakyat dan negara untuk
memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan.
Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai tanggungjawab terhadap
rakyat dan negara termasuk negeri yang diperintah mereka sendiri. Malah, mereka
juga sering enggan bertanggungjawab walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.
Justeru, Anwar mampu membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui
realiti ekonomi global dan semasa. Malah, Anwar mampu berkata apa saja kerana
sesungguhnya fantasi tidak punya had dan peraturan.
Dan itulah realitinya hidup Anwar, iaitu beliau boleh
merealisasikan segala fantasi liarnya – dengan Chinadoll, lelaki muda, isteri
orang dan siapa saja. Jika beliau berfantasi ingin menaiki jet peribadi dan
ingin hidup bagai seorang Ketua Negara, beliau boleh melakukannya.
Tetapi, ingatlah
bahawa rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi nyata
yang memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga,
agama, bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia
bakal membawa kita ke neraka.
No comments:
Post a Comment