Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 26 April 2012

PANAS!!!!!! ISU MEDIA PEMBANGKANG KANTOI ISU YB SAMSENG..!!!


Rupa-rupanya, isu 'berlawan suara speaker' di Desa Pakatan, Perak mempunyai versi yang sebenarnya dan jauh berbeza dengan laporan yang dimainkan oleh media pembangkang termasuk blog-blog pro-pembangkang.

Mereka menuduh parti BN sebagai dalang tetapi sebenarnya pihak pakatan haram PR yang menganggu upacara sembahyang kaum Cina di sana!

Di antara laporan yang sebenarnya :

Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan menyerang satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan.

Seorang ahlinya, Loh Kok Beng, 48, berkata, majlis itu adalah sebahagian aktiviti tahunan PPMPP dan mereka telah dikepung oleh kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih serta parti politik Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) dan Pas pada sekitar jam 10.30 malam.

"Penyokong parti pembangkang berkelakuan ala kumpulan samseng dan ketua mereka (Boon Chye) bertanya siapa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis ini lalu saya menjawab ‘sayalah pengerusi majlis itu’.

"Dengan nada keras, Boon Chye mengarahkan supaya suara speaker diperlahankan tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar dan berkemungkinan dalam perjalanan balik.

"Saya meminta mereka tidak mengganggu majlis PPMPP kami tetapi Boon Chye dengan tidak sopannya, terus memarahi saya,” katanya.

Pada 23 April lalu, kira-kira 500 ahli PPMPP termasuk keluarga serta penduduk sekitarnya berkumpul di Padang Desa Pakatan di sini pada pukul 9 malam sambil dihiburkan dengan iringan persembahan nyanyian, tarian singa, naga dan bunga api.

Walaupun begitu, kurang daripada jarak 100 meter dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil, terdapat sebuah lagi majlis ceramah pelancaran kempen Bersih 3.0 dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Difahamkan, pihak pembangkang telah meninggikan bunyi pembesar suara mereka biarpun majlis yang dianjurkan oleh PPMPP telah bermula terlebih dahulu.

Disebabkan tindakan pembangkang tersebut, deejay yang mengendalikan majlis PPMPP turut membalas dengan meninggikan pembesar suara mereka sebelum diserang secara tiba-tiba.Mengulas lanjut, Boon Chye katanya, terus mengarahkan pengikutnya untuk memberhentikan muzik selain bertindak membuka kanopi biarpun tanpa kebenaran kerana tidak puas hati. seterusnya

No comments:

Post a Comment