Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 19 December 2013

LESEN SERTA SEWA PREMIS PERNIAGAAN NAIK HINGGA 400%!!!

RIBUAN peniaga bakal berhimpun dan berdemo di hadapan Bangunan SUK Selangor pada minggu hadapan ekoran dari kenaikan mendadak lesen serta sewa premis perniagaan di sekitar Selangor.
Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap.
Jika sebelum ini setiap peniaga akan di caj bagi memperbaharui lesen perniagaan sekitar RM150 - RM180, menjelang tahun 2014 kadar baru bagi lesen perniagaan adalah dari RM1000 - RM1500 bagi satu-satu premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Selangor.
Perkara ini adalah bagi menampung gaji Menteri Besar dan barisan Exco Selangor yang bertungkus lumus membangunkan negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan kadar terbaru bagi permit petak parkir yang juga bakal dinaikkan dari RM30.00 sebulan kepada RM70.00 sebulan berkuatkuasa awal tahun 2014. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh barisan Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Teng Chang Kim sebagai exco senior dari DAP Selangor.

"Hasil Negeri untuk MB dan Exconya"
sumber 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله 

Monday, 16 December 2013

Fuhhhh... Hebat jugak PAS ni !!!! @azwanbro @khairykj

Minggu lepas kecoh pasal yang kononnya pihak Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Sdr Azwan ketika membersihkan tempat yang dilanda banjir di pantai timur. Black akui gambar tu memang la seperti lakonan dan tidak logik akal.
Tetapi bagaimana dengan pembangkang (PAS) yang konon bersama mencuci tempat yang dilanda banjir? Lakonan juga hebat. Siap pegang peralatan lagi. Yang menjadi kemusykilannya ialah tempat yang di cuci. Adakah ini rumah atau tokong? Persoalan ini harus dijawab oleh pencacai PAS. Sebelum ini kemain lantang menghentam UMNO dan BN. Macamana dengan gambar yang kedua tu? Dah tidak ada ke rumah Melayu. Biarlah DAP bersihkan rumah cina. Tahniah la untuk PAS kerana berjaya melakonkan juga yang kononnya mereka juga prihatin... Ibu ketam nak ajar anak ketam berjalan... Rupanya ibu ketam juga tak betul... Kahkahkah..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Fuhhhh... Hebat jugak PAS ni !!!! @azwanbro @khairykj

Minggu lepas kecoh pasal yang kononnya pihak Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Sdr Azwan ketika membersihkan tempat yang dilanda banjir di pantai timur. Black akui gambar tu memang la seperti lakonan dan tidak logik akal.
Tetapi bagaimana dengan pembangkang (PAS) yang konon bersama mencuci tempat yang dilanda banjir? Lakonan juga hebat. Siap pegang peralatan lagi. Yang menjadi kemusykilannya ialah tempat yang di cuci. Adakah ini rumah atau tokong? Persoalan ini harus dijawab oleh pencacai PAS. Sebelum ini kemain lantang menghentam UMNO dan BN. Macamana dengan gambar yang kedua tu? Dah tidak ada ke rumah Melayu. Biarlah DAP bersihkan rumah cina. Tahniah la untuk PAS kerana berjaya melakonkan juga yang kononnya mereka juga prihatin... Ibu ketam nak ajar anak ketam berjalan... Rupanya ibu ketam juga tak betul... Kahkahkah..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 14 December 2013

Amelia 15 Tahun Lari Bersama Kekasih Telah Ditemui semula

Alhamdulillah Amelia telah ditemui semula kira-kira jam 2.30 pagi ini. Beliau telah ditemui oleh sahabat handai Black. Black turut sama mencari dari jam 9.30 malam semalam. Black bersama beberapa rakan mencari sekitar Trong kerana dipercayai dari Phone Tracking berada di sekitar Trong. Mungkin terperasan kami mencari dalam keadaan yang ramai, dipercayai menutup Phone agar kami tidak dapat mencari dan lari menghala semula ke arah utara. Akhirnya sahabat di sebelah utara dapat mengesan kenderaan yang dinaiki dan terus mengepung mereka. Akhirnya mereka di bawa ke Balai Polis. Siap lah kau.. Kau bawa budak bawah umur.. Sendiri mau ingat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 13 December 2013

10 Bukti Mat Sabu Syiah @ZambryAbdKadir @Khairykj

1.Gesa contohi Khomeini dlm tulisannya di Harakah pd Julai 2008

2.Mengkagumi Khomeini dlm ucapan sbg Timb Presiden PAS pd 13 julai 2011

3.Dlm perutusan Krismas pd 25/12/2008 tlh memuji Khomeini dlm Harakahdaily

4.ANTARAPOS mengesahkn melalui video temubual Mat Sabu adlh Syiah

5.Mat Sabu puji Setiausaha Agung Syiah Lubnan & akui prnh jumpa 5kali dengannya

6.Melawat masjid Syiah di Kg Aluar,Satun Thailand pd 2011

7.Pernah mnghadiri kelas Syiah brsm 2 ustaz Syiah di Bukit Merah pd 2011

8.Mat Sabu trlibat dlm program pnghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran

9.Brselawat Syiah dlm ceramah PAS di Arau pd 2005

10.Brsolat dgn batu Syiah di tempat sujudnya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 12 December 2013

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan’



Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.  Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar. 

Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir. 

Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan.  Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara. 

Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air.  Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk.  Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat.  Namun, ini tidak berlaku. 

Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya.  IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan  yang rapat dengan CIA.  Antara nama-nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam.  Selain itu, kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan.   IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika. 

Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.  

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap, tetapi sebenarnya kerana takut. 

Anwar Seronok Bercuti, Fuziah Bergaya Ala Model, Khalid Gagap Kata Ia Membazir



Umum mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana banjir yang melanda. Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor malah ekoran kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat, beberapa jalan utama terpaksa ditutup, bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan.

Namun di sebalik kesibukan itu, kelibat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana. Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan, setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.


Tambahan pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan, di mana majoriti pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di dalam Parlimen.

Apabila disiasat, rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di London. Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan, tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media sosialnya di Instagram.

Semalam, Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api. Malah Anwar dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington DC. Menarik bukan!!!

Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua masyarakat? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok bercuti di luar negara. Sedangkan sebelum ini, ada di kalangan pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno dibatalkan, bagi membantu mangsa banjir.

Namun apabila diteliti semula, ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang. Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu, Menteri Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang masa dan membazirkan wang.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya kepada pemberita ketika itu.


Menurutnya lagi, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Di dalam kejadian tersebut, dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka.

Berbalik kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini, ketika puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat pemindahan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh langsung tidak kelihatan.

Namun apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat, baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media sosial, kononnya bagi membuktikan kehadirannya membantu mangsa. Para pencacai pakatan pembangkang, mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan yang hairan dengan ‘kehilangan’ Fuziah.

Tetapi, bak kata pepatah, “bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan sehelai daun pisang”. Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala ‘super model’ berbanding membantu mangsa banjir. Ini kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat, aktiviti bergambar dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Nampaknya benarlah seperti kata Khalid Ibrahim, sesetengah ahli politik lebih suka ‘bergaya’ dengan cara begini. Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan. Namun, sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.