Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday, 18 January 2013

ANWAR KECEWA 'KEBANGKITAN RAKYAT' JADI KEMENANGAN BN

Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.


Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Pembangkang Guna Talian Hayat Untuk Selamatkan Maruah HKR

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi.

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.

Garispanduan Hiburan di tempat Awam: PAS Kedah VS DAP Pusingan Ke-3

Rakyat Malaysia sudah menerima perbalahan antara PAS dengan DAP sebagai satu ‘cara hidup’ iaitu akan tetap berlarutan selama-lamanya.  Satu ketika PAS akan mengalah, tetapi satu ketika lain akan membuat U-turn, tetapi tidak mustahil akan berbalah semula atas isu yang sama.  Semua ini bergantung kepada perkembangan politik semasa.  Pendek kata, perkahwinan PAS dengan DAP sentiasa dihiasi dengan dugaan dan cabaran tetapi akhirnya, PAS sebagai isteri tetap akan tunduk juga kepada kehendak suami yang chauvinis. 

Dalam perbalahan mengenai isu dalam negeri-negeri jajahan PAS pula, PAS negeri seringkali terpaksa berhadapan dengan DAP Pusat secara bersendirian kerana PAS Pusat enggan menawarkan sokongan kepada PAS negeri, bagi mengelakkan masalah besar dalam perkahwinan mereka. 

Dan inilah yang berlaku terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah beberapa kali.  Sebelum ini, beliau telah terpaksa bertekak dengan DAP kerana isu melarang gambar wanita tidak bertudung dipaparkan di papan tanda negeri itu, kemudiannya isu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan dan kini isu garispanduan bagi aktiviti hiburan di tempat awam di Kedah. 

Seperti juga isu-isu lain, PAS Pusat nampaknya langsung tidak cuba untuk membela Azizan dalam isu terkini ini.  Malah, kita tidak hairan jika PAS Pusat mengarahkan agar Azizan akur sahaja dengan kehendak DAP.  Ini kerana mengenali Azizan, beliau tidak akan semudah itu tunduk kepada DAP jika tidak kerana arahan dari kepimpinan PAS sendiri. 

Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak garispanduan yang dikenakan Azizan sebagai tidak masuk akal, tidak boleh diterima dan tidak bijak.  Sementara exco Kedah, Tan Chow Kang dari PKR pula bertanya sinis sama ada Azizan inginkan kaum Cina di Kedah mendengar lagu-lagu komunis sahaja. 

Garispanduan itu, yang dilaporkan oleh China Press and Nanyang Siang Pau mengharamkan wanita dewasa dari menyertai persembahan hiburan untuk orang awam.  Selain itu, garispanduan tersebut juga mengharamkan persembahan muzik langsung, dan hanya boleh diadakan dengan menggunakan rakaman awal (minus one).  Persembahan pula hanya dibenarkan untuk lagu-lagu berunsur agama dengan semua yang terlibat berpakaian sopan. 

Kelab Penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengkritik Azizan dalam hal ini dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang tidak peka dan tidak toleran terhadap agama dan budaya lain, serta ‘pentingkan diri sendiri’. 

Apa yang menyakitkan lagi hati DAP ialah garispanduan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.  Dengan garispanduan ini, tentunya perayaan Tahun Baru Cina di Kedah akan menjadi muram dan hambar. 

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan kekeliruan, kalaupun tidak hipokrasi yang kronik di dalam PAS.  Bukan kita tidak tahu bahawa dalam isu hiburan, PAS Kedah hanya berada beberapa langkah saja di belakang Selangor dalam perlumbaan membuka pusat-pusat hiburan baru.  Pusat Karaoke tumbuh tanpa kawalan, bagai cendawan sejak PAS memerintah Kedah, sehinggakan ada yang bersebelahan sahaja dengan surau atau masjid.   Rungutan mengenai moral anak-anak muda Kedah yang semakin buruk bagai sudah menjadi satu fenomena di kalangan ‘orang-orang lama’ Kedah, terutama di bandar Alor Setar. 

Seperti yang kita sedia maklum, pusat-pusat hiburan yang menawarkan hiburan secara tertutup beroperasi secara berterusan sementara hiburan berbentuk persembahan di tempat awam dan di atas pentas pula, adalah bersifat sekali-sekala.  Berdasarkan faktor inilah maka garispanduan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah itu dilihat sebagai usaha untuk menunjuk-nunjuk alim dan bukannya usaha ikhlas untuk memelihara nilai-nilai moral rakyat Kedah. 

Tidak mustahil, usaha menunjuk-nunjuk alim ini adalah respon kepada hujan kritikan yang tidak henti-henti menimpa Azizan kerana gagal melaksanakan pentadbiran Islam sebenar mengikut kacamata PAS.  

Azizan tidak ada pilihan selain terpaksa menghadapi seluruh parti DAP dan masyarakat Cina Kedah sekali lagi, secara berseorangan.  Jika beliau boleh mengelak dari isu balak dengan hanya bersikap angkuh atau mengelak dari isu-isu yang timbul di dalam Laporan Audit dengan mengambil sikap tak tahu, nampaknya, beliau tidak mungkin dapat mengelak isu ini dengan hanya berdiam diri. 

Ini kerana, apabila ia melibatkan kepentingan DAP secara langsung, maka PAS Pusat akan memastikan Azizan tidak senang duduk selagi tidak menanganinya dengan baik tanpa menyinggung DAP.   

Hakikatnya, sehingga kini, masyarakat Cina masih keliru mengenai siapa dan apakah PAS sebenarnya dan kekeliruan itu membuatkan mereka semakin ragu-ragu untuk memberi undi kepada DAP.  Apakah benar PAS sudah terbuka?  Atau PAS hanya menyembunyikan ektremismenya untuk sementara?  Apakah DAP mampu mengekang pemikiran jumud dan ekstrem PAS mengenai agama?  Sampai bila DAP mampu mengawal PAS?   Dan apakah jaminan yang PAS tidak akan bangkit dengan lebih bersemangat sehingga mengatasi kelicikan DAP jika PR menang PRU kali ini?

Soalan yang sama juga mungkin perlu ditanya oleh Azizan kepada dirinya sendiri dan juga kepada kepimpinan PAS.  Ketahuilah oleh PAS bahawa rakyat keseluruhan juga turut menantikan jawapannya.

PAS Hanya Angguk Penghinaan Patrick Teoh

Sudah ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tampil mengecam kelancangan seorang pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh yang secara sedar telah menghina Al-Quran dan agama Islam.

Hatta pemimpin dan penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengecam pelakon Cina itu kerana pada awalnya mereka menjangkakan Patrick Teoh adalah penyokong Barisan Nasional (BN).

Bila pemimpin dan penyokong PAS menyedari individu tersebut adalah penyokong PR dan kerap turut sama menjayakan pelbagai program politik rakan sepakatan PAS yakni DAP, tak semena-mena PAS mula melembutkan nada kritikan.

Akhirnya seperti yang dijangkakan, PAS mengambil langkah berhati-hati dengan cuba menjustifikasikan penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh disebabkan ketidakfahaman pelakon itu terhadap Islam.

Itu tabiat kebiasaan PAS, sentiasa memilih bulu dalam melakukan kritikan atau kecaman bilamana berlakunya penghinaan terhadap Islam kerana pada PAS kepentingan politik PR dilihat lebih utama berbanding maruah agama.

Maka untuk mengendurkan kemarahan orang ramai terhadap PR, tanpa fikir panjang PAS dan pengikutnya menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya telah gagal membentuk pemahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Mudah betul mereka bersikap lepas tangan dan cuba meletakkan beban kegagalan sendiri mentarbiah rakan sepakatan dalam PR untuk dipikul oleh orang lain pula.

Walhal sejak berpuluh tahun BN memerintah negara ini sudah banyak program bercorak pendidikan dan penerangan mengenai Islam disiarkan dalam media massa. Hanya golongan bebal dan keras sikap perkaumannya seperti Patrick Teoh sahaja yang buat tidak endah dan masih berselindung disebalik alasan kurang memahami sensitiviti umat Islam.

Demi kerana kemaruk undi penyokong Cina DAP, PAS sanggup berlapang dada di atas penghinaan yang dilakukan terhadap Islam, angguk-angguk dan geleng-geleng dengan menjadikan perkiraan politik sebagai pertimbangan.

Jika kekal beginilah gaya tarbiah PAS kepada DAP, nescaya sedikit masa lagi makin bercambah golongan tak sedar diri seperti Patrick Teoh dalam PR

Agenda DAP Untuk Kristiankan Malaysia Hampir Berjaya

Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.  Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus. 

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.  

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.

Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama.  Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang.    Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India dengan Hindu. 

Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.   

Hakikatnya,  kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia.  Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai,  ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.  

Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian.   Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami. 

Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka.   Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka.   Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka. 

Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya.   Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja.  Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.   

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap.   Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.  

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:

1.       ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010. 



2.       ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini.  Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya. 



3.      ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.  

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang Jaya.   

Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya.   Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera. 

Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum. 

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.   Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian. 

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.

Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya.    Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.  

Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya

DAP KECUNDANG KEPADA PERANGKAPNYA SENDIRI

Imej Dap yang selama hampir lima dekad ditonjolkan sebagai sebuah parti yang berbilang kaum berlandaskan konsep 'Malaysian Malaysia'.

Dap adalah serpihan kepada parti pemerintah di Singapura iaitu Pap dan mempunyai prinsip perjuangan yang sama yang memberi hak sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya.

Bagaimana muluk sekali pun garis prinsipnya, Dap tetap dilabel sebagai sebuah parti perkauman yang hanya memperjuangkan hak dan isu-isu untuk kaum Cina sahaja di dalam parti itu.

Sikap rasis tebalnya terserlah dalam banyak perkara sebelum ini umpamanya isu Universiti Merdeka, bahasa dan sekolah Cina, desakan menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan, mempertikaikan Islam sebagai agama Persekutuan dan sebagainya.

Dengan sikap yang amat cendurung kepada kaum Cina, maka Dap tidak mampu mengikis imejnya sebagai sebuah parti politik yang rasis dan cauvinis di tengah-tengah sistem politik kepelbagaian di negara ini.

Imej 'suci' Dap kini mengalami tamparan yang maha hebat yang tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dan terpahat selamanya sebagai igauan ngeri.

Pertama ia berhubung dengan keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu pada 15 Disember tahun lalu yang memperlihatkan kesemua lapan calon Melayu kalah dengan teruk sekali.

Keputusan itu 'mengejutkan' Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang berkata beliau menyesali keadaan itu berlaku.

Keputusan itu bukan sahaja dikecam oleh pelbagai pihak tetapi dilihat sebagai satu lagi hujah yang tidak boleh dipatahkan bahawa sememangnya Dap sebuah parti Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Tetapi bencana yang lebih malang kepada Dap ialah usaha pemimpin tertinggi Dap untuk membuat 'damage control' atau mengawal keadaan dengan membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC.

Tindakan itu yang kini dilihat sebagai satu usaha manipulasi keputusan pemilihan parti telah meletakkan seorang tokoh muda 'Melayu' bernama Zairil Khir Johari sebagai pemenang unggul.

Daripada kedudukan nombor ke 65 dengan jumlah undi sebanyak 305 di dalam senarai keputusan pemilihan CEC, Zairil telah 'dilonjakkan' kepada nombor 20, kedudukan terakhir yang membolehkan beliau dipilih menduduki jawatankuasa tertinggi parti.

Dalam proses tergesa-gesa mengikis imej anti-Melayunya, Dap terpaksa mengorbankan salah seorang calon yang berjaya melayakkan dirinya mengambil kerusi di dalam CEC.

Vincent Wu Him Ven, yang berjaya meraih 1,202 undi kini ditendang kepada kedudukan nombor 26 dengan 669 undi, sekaligua terkeluar daripada senarai 20 calon teratas yang  dipilih ke CEC.

Meletakkan Zairil menduduki kerusi CEC tidak menyelesaikan masalah kemelayuan Dap kerana Zairil adalah anak tiri kepada bekas pemimpin UMNO, Mohd Khir Johari yang mengahwini seorang wanita Cina bernama Christine Lim.

Tindakan Dap mengangkat Zairil ke dalam CEC telah memburukkan lagi keadaan kerana Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ini memakai nama ayah tirinya untuk menunjukkan bahawa beliau seorang Melayu.

Jadi Dap telah menipu dan pada maa yang sama telah ditipu sebenarnya!

Menyahkan Vincent Vu sebagai pemenang yang sah juga akan bakal membawa implikasi politik besar kepada Dap kerana ahli-ahli pada peringkat akar umni telah mula mempertikaikan perbuatan yang dikira tidak bermoral dan beretika itu.

Malah Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh mengakui 'kesilapan teknikal' dalam proses pengiraan undi namun beliau menolak gesaan untuk diadakan semula pemilihan parti.

Guan Eng dan bapanya, Kit Siang setakat ini tidak banyak memberi komen kerana mereka tahu tindakan memenangkan Zairil bukan sesuatu yang bijak dan kini telah memakan diri sendiri. 

Kini serangan ketiga-tiga parti dalam ikatan Pakatan Rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung isu ketelusan dan keadilan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih hanyalah omongan kosong dan ilusi bagi mengaburi mata rakyat semata-mata.

Bak kata pelbagai pihak, sekiranya tidak mampu mengira undi daripada 1,823 perwakilan bagaimana pula hendak memerintah negara, satu pemerhatian yang tepat sekali mengena batang hidung Dap.

Kali ini dap tidak boleh lagi menutup sifat hipokrit dan munafiknya yang hanya melihat kesilapan dan kelemahan pihak musuh politik dan kerajaan tetapi diri sendiri terpalit dengan penipuan yang lebih hebat lagi.

Sebenarnya Dap telah terperangkap dalan jerat yang dipasangnya untuk memerangkap musuh tetapi malang tidak berbau kecundang kepada muslihatnya sendiri!

Harapan Dap untuk memperdaya pengundi Cina untuk mengundinya pada PRU-13 sudah tidak berkesan lagi dan kemungkinan undi Cina akan berbalik kepada Barisan Nasional.

Dalam dunia politik semuanya adalah mungkin dan kemungkinan senario ini berlaku tidak boleh dikesampingkan, hanya masa akan menentukan.

Sementara itu Dap seperti anjing yang cedera tidak lagi dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan keyakinan ahli terhadap parti itu kecuali menjilat lukanya sendiri.

Thursday, 17 January 2013

Kalimah Allah: Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah

Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.

Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.

Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS.

Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.

Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian.

Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam.

Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.

Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t.

Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian.

Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri.

Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.

Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya.

Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.

Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS.

Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.