Tuesday, 10 July 2012
20 Ribu Video Seks Anwar – Shamsidar Akan Diedar Di Permatang Pauh
INI berita yang baru penulis terima,
20 ribu keping VCD lucah membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang
didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin telah sedia
dicetak di Thailand dan akan diedar di Permatang Pauh menjelang
pilihanraya umum ke-13 akan datang.
20 ribu bukan jumlah yang sikit,
perbelanjaan menghasilkannya juga penulis percaya bukan murah. Siapa
atau apa yang mendalangi semua kerja terkutuk ini penulis tidak pasti.
Penulis ada suspeknya tapi penulis tidak ada bukti. Sumber yang
menyebutkan hal ini kepada penulis pun diketahui datang dari pihak
nuetral yang hanya mementingkan wang masuk dari wang keluar.
Belum lagi proses menghasilkan video tersebut.
Sekarang
fahamlah penulis kenapa nama Anwar diletak di 2 kerusi Parlimen (Nibong
Tebal dan Permatang Pauh), kerana ada pihak yang merasakan Anwar
mungkin tewas di kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat,
mengambil kira pendekatan tidak bertamadun yang digunakan musuh.
Dengan jumlah pengundi seramai 58,459
mengikut maklumat dari daftar pemilih terbaru, 20,000 video yang dicetak
ini mampu menjangkau hampir separuh dari pengundi disana. Katakan plus minus yang percaya dan tidak, mungkin sekitar 50%. Itupun sudah masalah besar untuk PKR dan Anwar.
Bagaimanapun, disebalik itu, terselit 2 persoalan besar yang timbul dari pendedahan ini.
Pertama,
bagaimana video yang penulis percaya adalah video sama yang diserahkan
Datuk S Nallakarupan kepada peguamnya untuk tujuan perbicaraan saman
dengan Anwar, boleh terdedah kepada pihak ketiga?
Kedua, dimana kebenarannya bahawa taktik
kotor sebegini tidak lagi mendapat sambutan di kalangan rakyat bila
pendekatan sama masih digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk
menjatuhkan aib dan maruah Anwar?
Penulis tidak ada jawapan kepada
persoalan yang pertama tapi penulis minta semua pihak terbabit bersedia
dengan perancangan sesuai bagaimana untuk menghadapi pendekatan kotor
pihak lawan yang dipandang sepi sebilangan dari kita selama ini, seperti
dijelaskan dalam persoalan kedua.
Orang Melayu, senang cakap orang
Malaysialah, memang suka dengan perkara-perkara lucah atau semi lucah
seumpama ini. Undang-undang negara kita yang melarang penayangan
cerita-cerita ‘dewasa’, tidak seperti di barat, menjadikan permintaan
untuk video seumpama ini tidak putus-putus.
Apatah lagi bila penayangan itu dihalalkan kerajaan atas nama ‘mendedahkan perilaku moral pemimpin pembangkang’.
Antara
punca kenapa akhbar-akhbar tabloid seperti Metro dan Kosmo mendapat
permintaan tinggi ialah kerana kegemaran menyiarkan berita ‘berunsurkan
lucah’ ini di muka depan untuk menarik pembaca membeli.
Jadi anggapan sesetengah pihak bahawa
video perlakuan seks membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak akan
mendapat sambutan, orang sudah muak dan sebagainya, tidak boleh lagi
dipakai.
Kalau orang sudah muak, takkan mereka berani mencetak video lucah ini sehingga 20 ribu keping?
Percayalah, penggunaan video seumpama ini
memang dan akan sentiasa mendapat sambutan kerana nilai sensasi
disebaliknya dan seperti yang disebutkan di atas, ‘dihalalkan’
penayangannya oleh kerajaan kerana membabitkan pemimpin pembangkang.
Yang penting cara bagaimana untuk
mengatasi pendekatan ini supaya kelebihan akan sentiasa memihak kepada
kita. Mungkin kita juga perlu mencipta video sama membabitkan pemimpin
BN pula?
Penulis percaya ini boleh dilakukan, memandangkan teknologi sekarang
membolehkan apa yang dulunya dianggap mustahil, dibuat. Lagipun ramai
di antara kita percaya video seks yang membabitkan Anwar sebelum ini
adalah direka menggunakan teknologi canggih oleh trio Datuk T.
Soal etika perlu diketepikan sementara
kerana sekarang ini fokusnya untuk menang pilihanraya. Kalau nak kira
bukti lengkap, kita tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya pun
tidak ada bukti lengkap tapi lihatlah kebenarannya, rakyat masih
percaya.
Monday, 9 July 2012
GAGAL BELA RAKYAT, PEMBANGKANG MUNCUL SEBAGAI HERO REKA FITNAH
Rafizi Ramli, ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim berkokok lagi, kali ini bukan ke atas diri seorang menteri tetapi terhadap Perdana Menteri sendiri.
Budak hingusan yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui Petronas.
Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.
Malah tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.
Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin pembangkang siapa yang paling banyak membuat pendedahan.
Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.
Yang maha penting bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.
Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.
Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.
Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina, dicaci dan difitnah, hatta di persada antarabangsa sekali pun, namun pembangkang sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.
Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.
Beliau dengan mudah sekali berkata 'terlupa' untuk menyemak akta tersebut sebelum membuat pendedahan butiran akaun dan menyebarkan salinan kepada pihak media.
Akibatnya, seorang menteri kabinet yang tidak bersalah terpaksa meletak jawatan dan seorang kakitangan bank yang telah berkhidmat 20 tahun serta mempunyai keluarga hilang pekerjaan dan berdepan dengan risiko dipenjara 5 tahun dan denda RM5 juta.
Kini setelah NFC tidak lagi menjadi isu glamer bagi Rafizi dan bosnya, Anwar, maka mereka beralih pula untuk menghentam Perdana Menteri, dengan harapan kejayaan mereka mendesak seorang menteri melepaskan jawatan boleh juga diulangi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semua ini dilakukan berdasarkan pembohongan atau dalam bahasa pakar propaganda 'half truths' yang dipintal atau 'spin' supaya dilihat sebagai 'credible' atau berwibawa dan seterusnya boleh diyakini oleh rakyat.
Objektifnya adalah untuk mngalih pandangan rakyat daripada isu yang lebih besar yang membelenggu pembangkang terutamanya janji-janji yang mereka gagal laksanakan yang dibuat semasa pilihan raa lalu dan skandal kewangan dan rasuah yang terpalit pada pemimpin mereka.
Umpamanya Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan ataupun pendedahan video seks dengan seorang pelacur berbangsa Cina.
Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya.
Begitu juga di Selangor, Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.
Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.
Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat, pembangkang tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.
Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti.

Sunday, 8 July 2012
ANWAR MINTA SOKONGAN MEDIA BARAT UNTUK JADI PM
Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.
Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.
Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak, kenyataan beliau kepada akhbar
berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.
Tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti.
Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya.
Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat, ia akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London, Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama, liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).
Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik kepada masa depan Israel.
Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.
Apabila berada di kalangan masyarakat Melayu Felda atau di kampung dan desa, Anwar memakai baju patriotik pula dengan menampilkan bahawa dialah pemimpin paling bersih, tidak makan rasuah serta telah dizalimi dengan pelbagai konspirasi.
Malah Anwar tidak segan-segan bersumpah dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak ambil duit rasuah satu sen pun, atau satu saham waimah satu inci tanah pun ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.
Kini apabila isu dakwaan menyimpan RM3 bilion dalam 20 akaun besar, Anwar terus membisu dan tidak cuba menafi sekeras-kerasnya sebagaimana ia melawan dakwaan liwat terhadapnya.
Ketika bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, Anwar akan menukar nadanya pula dengan mengatakan kedua-dua negeri tersebut telah dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-seolah tidak ada langsung pembangunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
Anwar mengapi-apikan perasaan masyarakat Iban, Kadazan dan suku kaum yang lain supaya membenci kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.
Untuk mendapat sokongan golongan pelajar institusi tinggi pula, beliau membuat janji palsu dan tidak masuk akal untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.
Membuat janji manis adalah kepakaran Anwar dan pakatan pembangkang PAS dan DAP yang dipimpinnya tetapi melaksanakan janji-janji tersebuit bukan dalam agenda mereka.
Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar gagal menampakkan sebarang impak untuk membangun ekonomi dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri Selangor.
Di atas kegagalannya itu, Anwar kini sedar beliau terpaksa merayu undi daripada rakyat dengan nada belas kasihan kerana jika terlepas peluang menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum nanti, maka tamatlah riwayat politiknya.
Anwar juga sedar Pakatan Rakyat semakin lemah walaupun suara mereka nampak lantang menghentam kerajaan siang dan malam.
Politik PKR semakin bergolak dengan kemelut perebutan kuasa antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dengan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Terbaru timbul pula dakwaan kerajaan negeri menyalahguna dana RM300 Selangorku untuk tujuan politik dan isu hutang Talam Corporation juga amat memeningkan kepala Khalid kerana dikatakan beliau menggunakan RM1 bilion dana awam untuk membeli bebanan hutang syarikat itu.
Kedah yang dikuasai oleh PAS juga sedang dilanda ombak kerana Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak sebulu dengan beberapa anggota exconya.
Di Pulau Pinang, satu skandal seks antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bekas staf di pejabatnya sedang menggelegak dan bakal melimpah keluar bila-bila masa sahaja.

SUARAM MANIPULASI ISU SCORPENE UNTUK KEPENTINGAN WANG
Benarkah pertubuhan hak asasi manusia, Suaram betul-betul bebas daripada pengaruh politik seperti mana yang didakwa oleh anggota lembaga pengarahnya, Cynthia Gabriel?
Atau Suaram hanyalah sekadar satu unit di bawah PKR dan menjadi corong suara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?
Tindakan Suaram mengadu perihal isu urusan pembelian kapal selam Scorpene kepada mahkamah Perancis pada 2010 atas dakwaan kononnya wujud elemen rasuah, tidak dinafikan menjadikan pertubuhan itu berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.
Apa tidaknya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO cuba mencabar kewibawaan dan mengheret kerajaan sebuah negara yang berdaulat untuk diadili sebuah mahkamah asing!
Jadi meneliti persoalan samada Suaram benar-benar "Working For Human Rights" atau "Berjuang Untuk Hak Asasi Manusia" sudah tentu menjadi sama penting dengan dakwaan yang dilemparkan dalam kes Scorpene.
Kini terdedah status sebenar Suaram bahawa ia bukanlah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tetapi beroperasi sebagai sebuah syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Ini bermakna perjuangan Suaram bukan atas dasar sebuah NGO yang telus dan tidak bermotifkan keuntungan tetapi bertindak sebagai sebuah organisasi yang menjadikan isu hak asasi sebagai sumber pendapatan dan periuk nasinya.
Kalau bukan keuntungan yang dikejar Suaram, bagaimana sebuah NGO, mampu mengumpul dana berjumlah lebih RM1 juta daripada pelbagai sumber sejak tahun 2009?
Malah jika dikaji dengan lebih dekat, kebanyakan bantuan kewangan Suaram datangnya dari yayasan dan pertubuhan antarabangsa yang cukup kaya serta mempunyai kaitan rapoat dengan gerakan Zionis-Yahudi seperti Open Society Foundations milik Geoge Soros dan Tides Foundation.
Kedua-dua pertubuhan adalah pendokong kuat gerakan liberalisme serta agenda golongan homoseksual.
Suaram mengumpul dana lebih RM200,000 ketika mengadakan majlis makan malam bertemakan 'Ops Scorpene 2.0' Jun tahun lalu di mana ia juga berjaya mengutip RM250,000 pada acara yang sama tahun sebelumnya.
Isu Scorpene dijadikan kambing hitam dan yang untung ialah Suaram!
Satu lagi faktor penting mengapa penggerak Suaram mendaftarkan pertubuhan itu sebagai sebuah syarikat dan bukannya NGO adalah faktor pengawalan atau 'control'.
Sebuah NGO memilih kepimpinannya daripada kalangan ahli melalui proses pemilihan semasa mesyuarat agung tetapi sebuah syarikat dikawal selia oleh sebuah lembaga pengarah.
Antara individu yang pernah menyertai lembaga pengarah Suaram termasuklah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, Dr Syed Husin Ali dan Latheefa Koya, kesemuanya kini bergiat aktif dalam PKR.
Jadim untuk Cynthia mengatakan Suaram tidak kena mengenakan dengan politik adalah satu pembohongan yang jelas.
Individu-individu yang samalah kini terlibat sebagai jaguh isu Scorpene dan menjadi penggerak utama menyerang kerajaan di dalam dan luar negara atas arahan tidak lain tidak bukan Anwar sendiri.
Agenda utama Suaram menjadikan isu Scorpene adalah amat jelas iaitu untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana Anwar melihat Perdana Menteri merupakan ancaman paling besar yang boleh mengugat impiannya ke Putrajaya.
Buktinya, sejak Datuk Seri Najib menerajui tampuk pentadbiran negara, Anwar telah melancarkan siri serangan yang bertali arus terhadap Perdana Menteri dengan tujuan melemahkan kepimpinannya dan seterusnya menghakis keyakinan rakyat.
Semua strategi Anwar tidak berjaya, malah populariti Perdana Menteri terus melonjak dan penerimaan serta sokongan rakyat terhadap program pembangunan beliau terus mendapat sambutan padu.
Pembohongan Suaram sudahpun terbongkar dan peranannya sebagai keldai Anwar tidak boleh disembunyikan lagi walau apapun alasan yang diberikan.
Strategi Anwar berlindung di belakang NGO dengan dibantu oleh media antarabangsa yang menjadi balacinya, tidak mudah memperbodohkan rakyat Malaysia.
Kapal selam Scorpene akan menenggelamkan Anwar bersama-sama Suaram dalam lautan konspirasi ciptaan mereka sendiri.

Anwar Sedia Bersara: Bukti PR Sudah Terlalu Lemah
Akhbar Financial Times (FT) menyiarkan wawancara dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang agak menarik semalam. Ianya dianggap menarik kerana inilah kali pertama kita mendengar Anwar bercakap sebagai seorang manusia biasa dan bukannya ‘Anugerah Tuhan’ yang kononnya penyelamat ummah dan tidak mungkin berundur, jauh sekali kalah dalam perjuangannya.
Kata Anwar, “kita membentangkan manifesto dan polisi kita, dan sudah tentu jika saya diberi mandat, saya akan teruskan, jika tidak, saya fikir saya akan kembali mengajar.”
Akhbar tersebut juga menggambarkan Anwar, sekarang 65 tahun, sebagai kelihatan letih bagi seorang yang berhadapan dengan peluang terbaiknya untuk memimpin negara setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan atas dua kesalahan iaitu liwat dan salahguna kuasa.
Bagaimanapun, PKR dan juga Pakatan Rakyat menafikan cakap-cakap mengenai Anwar akan bersara. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, perkara itu langsung tidak dibicarakan sama ada di kalangan jawatankuasa kerja pusat mahupun biro politik.
Rakyat Malaysia rata-rata menyaksikan sendiri bagaimana Anwar kelihatan semakin hari semakin letih walaupun anaknya, Nurul Izzah pernah membuat kenyataan yang papanya hebat – yakni dari segi fizikal dan mental sehingga mengalahkan orang muda. Tapi, apa yang ktia lihat ialah penampilan Anwar kelihatan merosot dari sehari ke sehari, tidak pasti sama ada disebabkan oleh kesihatan, kerohanian atau tekanan mental yang terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.
Walaupun begitu, sesiapa yang mengikuti perkembangan Anwar pasti meragui yang Anwar sanggup bersara atas apa jua alasan. Malah jika mampu, Anwar ingin terus berjuang untuk menjadi Perdana Menteri walaupun dari dalam kubur kerana Anwar adalah manusia yang percaya bahawa takdirnya ditentukan oleh dirinya sendiri.
Anwar tidak pernah mengaku kalah, walaupun telah beberapa kali kalah, kantoi dan tersungkur. Biar tubuh bogelnya ditatap seluruh dunia, Anwar tetap berlagak selamba, menafikan segala-galanya.
Justeru, bagaimana kita boleh percaya yang Anwar sanggup dan akan bersara jika PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini?
Ramai yang percaya bahawa Anwar hanya ingin meraih simpati. Anwar juga ingin mengikis imej ‘gila kuasa’ yang tertepek di dahinya. Anwar ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang rendah diri dan bukan lagi ketua pemberontak yang ganas. Harapannya agar rakyat memberi peluang kepadanya untuk menang kali ini.
Namun, jika dicongak dan diteliti secara mendalam perkembangan politik akhir-akhir ini, tiada siapa boleh menafikan yang Anwar sememangnya sudah tidak relevan lagi dan tidak mustahil Anwar sendiri menyedarinya.
Segala permainan politik perkaumannya sudah boleh dihidu dan dibongkar. Segala janjinya telah terbukti sebagai ilusi. Segala retoriknya pula hanyalah fantasi.
Anwar berjuang berlandaskan air liur dan penampilan peribadi yang berubah-ubah mengikut audience sahaja selama ini. Hasil nyata dari perjuangannya tidak ada langsung.
Partinya, PKR juga hanya melukut di tengah-tengah PAS dan DAP. Walaupun Anwar adalah Ketua di antara ketiga-tiga parti di dalam carta pembangkang, tetapi PKR itu sendiri tidak punya signifikan langsung dalam politik Malaysia. Parti yang telah berkali-kali bertukar nama ini langsung tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa yang boleh dibawa ke atas. Khabarnya, meletakkan calon dalam pilihanraya juga amat sukar sekali bagi parti ini kerana tiada yang layak dan sesuai.
Sepertimana Anwar merosakkan UMNO ketika beliau di dalam UMNO dulu, begitulah Anwar merosakkan PKR hari ini. Masing-masing bergaduh, berebut dan bercakaran gilakan jawatan dan wang.
Oleh itu, tidak mustahil Anwar sudah benar-benar letih dan sanggup bersara jika kalah lagi. Anwar sudah letih berlakon dan menipu. Tetapi, jika beliau menang, bermakna beliau akan terpaksa meneruskan lakonan dan penipuannya. Dan selama mana seorang manusia boleh terus hidup dalam menipu sebelum menjadi sakit mental dan sakit jiwa?
Maka, Anwar mungkin juga sudah belajar insaf dan perlahan-lahan cuba menerima hakikat dan takdir yang tertulis ke atas dirinya sama ada kalah, kantoi, dipenjara, sakit, mahupun mati.
Apapun, jika beliau benar-benar bersara nanti, kita ucapkan tahniah kepadanya dan Alhamdulillah kerana kita pasti, tanpa kelibatnya dalam politik, negara ini pasti lebih aman sejahtera.

DAP Sah 90 Kerusi, Hudud Sah Tak Dilaksanakan
PENULIS sedikit terkejut bila
menerima salinan mesyuarat yang membincangkan soal pembahagian kerusi
oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini.
Daripada dokumen tersebut, sudah sah
bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, PKR 66 kerusi manakala
kerusi selebihnya akan ditandingi oleh PAS!!
Pada
penulis, ini adalah satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP
dalam kedudukkan yang sangat selesa untuk melantik seorang Perdana
Menteri dari kalangan pemimpin partinya.
Dengan syarat, momentum kemenangan parti tersebut pada 2008 berlanjutan dan menjadi lebih baik dalam kempen kali ini.
Semasa
pilihanraya umum 2008, DAP memperolehi 28 kerusi dari 47 kerusi yang
ditandingi mereka atau bersamaan dengan 59.57% menang dibanding dengan
yang kalah.
Mengikut perkiraan penulis, kalau
peratusan sama dapat dikekalkan dalam pilihanraya umum akan datang, DAP
akan memperolehi 54 kerusi dari keseluruhan 90 kerusi yang ditandingi
mereka.
Dari segi logik, tidak dinafikan
peruntukkan kerusi ini memang masuk akal kerana DAP diketahui mendapat
hampir 100% sokongan dari kalangan orang cina dan separuh sokongan orang
India.
Dengan undi orang Melayu berpecah kepada 2 atau 3 bahagian, parti
tersebut dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai
populasi separuh pengundi melayu dan separuh lagi bukan melayu.
Tapi dalam masa yang sama, penulis bimbang keadaan ini akan mencetus
persepsi yang tidak baik di kalangan orang Melayu yang mungkin bimbang
negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu dikala mereka masih lagi
membentuk majoriti di negara ini.
Keadaan ini dengan mudah akan digunakan
oleh parti seperti UMNO untuk membangkitkan sentimen perkauman menebal,
dimana diakhirnya nanti akan memberi kelebihan kepada mereka.
Orang Melayu tidak boleh sama sekali dibenarkan bersatu kerana ia hanya
akan menguntungkan UMNO dan merugikan pembangkang. Sejarah telah
membuktikan itu. Maka itu penting imej Anwar sebagai bakal Perdana
Menteri dikekalkan pada setiap masa.
Itu baru bercakap tentang DAP.
Penulis
juga sedikit hairan dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PKR.
Dari 97 kerusi yang ditandingi mereka pada 2008, jumlah itu merosot
menjadi 66 kerusi sahaja pada pilihanraya kali ini. Separuh dari calon
yang dipertandingkan itupun terdiri dari bukan Melayu.
Yang anehnya, nama Anwar
diletakkan sebagai calon di 2 kawasan parlimen di Pulau Pinang iaitu di
Nibong Tebal dan Permatang Pauh sendiri. Apa motif disebalik ini, penulis tidak dapat menafsirkannya buat masa sekarang sehingga maklumat lengkap diperolehi.
Penulis juga mendapati, ramai dari
kalangan penyandang jawatan sekarang akan digugurkan, antaranya Azan
Ismail (Indera Mahkota), Datuk Rashid Din (Merbuk) dan Loh Gwo Burne
(Kelana Jaya) – sekadar menyebut beberapa.
Persoalannya disini, apa sudah jadi
dengan PKR? Apakah mereka sudah hilang keyakinan untuk menang? Amat
sukar untuk mempertahankan kedudukkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika
partinya tidak dominan di dalam Parlimen.
Perlu diingat, persefahaman yang wujud
dalam Pakatan Rakyat adalah dalam bentuk persefahaman dan persepakatan
tidak rasmi sahaja dek kerana kegagalan Zaid Ibrahim mendaftarkan nama
Pakatan Rakyat dengan pendaftar pertubuhan.
Penulis tidak mahu mengulas panjang
tentang jumlah kerusi yang ditandingi PAS kerana apa yang diperuntukkan
itu pada penulis memang padan dengan kemampuan parti tersebut.
Lagipun, memberi jumlah kerusi yang besar kepada PAS untuk ditandingi,
hanya akan menimbulkan keresahan berpanjangan di kalangan orang cina
mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Dengan
jumlah kerusi yang ditandingi pun hampir menyamai jumlah kerusi pada
2008, penulis tidak rasa PAS mampu memberi ancaman yang membawa
ketakutan kepada pengundi bukan melayu. Bertanding 66 kerusi, tidak
semestinya menang semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)