Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 20 January 2013

PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.

Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.  

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:  

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?  

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin.


PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng

Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara ‘mimpi’ iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.

Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.

Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.

Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.

Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?  

Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.

Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.

Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.  

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.

Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.  

Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?

Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah ‘inferiority complex’. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.

Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.  

Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.  

Sebenarnya, masalah ‘inferiority complex’ wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.  

Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.

Saturday, 19 January 2013

Apa komen PAS tentang Statement DAP ?

Hari ini Karpal Singh membuat satu statement menyuruh PAS tarik balik keputusan MENGHARAM penggunaan kalimah ALLAH dalam bible. Katanya kepada Press satu perjanjian telah dibuat untuk membenarkan kalimah Allah di dalam bible bahasa melayu.
Bacul la PAS sekiranya takut pada Karpal Singh yang OKU tu..
Msalahnya, beranikah PAS menentang kehendak DAPigs....???

Punca Cina Jauhkan Diri Dari HKR

Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal.   Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.  

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%.   Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.   Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina. 

Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini.   Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau.  Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR. 

Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India. 

Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan.   Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.  

Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh. 

Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH. 

Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham.  Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar.   Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.  

Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai ‘berjaya’ mengenai HKR.  Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja.   Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia. 

Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih.   Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan?    Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor. 

Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara ‘hentam sajalah’.   

Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya. 

Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang. 

Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO,  maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka. 



Majlis Syura: Isu Kalimah Allah Selesai, Isu Amanat Hadi Bagaimana?

Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain.  Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. 

Seperti biasa, PAS menegaskan konon mereka sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat U-turn walaupun kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin PAS beberapa tahun kebelakangan sejak isu ini mula timbul, membuktikan pendirian flip-flop PAS.   Alasan kononnya PAS hanya bersetuju sebelum ini dengan syarat Kalimah tersebut tidak disalahguna, adalah alasan dangkal untuk menutup malu. 

Tidak mungkin selama ini PAS menyangka yang puak Kristian ingin menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah SWT yang Maha Esa, pencipta sekalian alam.   Tidak mungkin PAS menyangka yang Kristian percaya pada Allah SWT dan tidak akan menyalahgunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.   

Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan PAS menangani isu agama di mana ketika PAS menyokong penggunaan Kalimah tersebut oleh agama lain, pemimpin PAS tidak pula terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura tetapi hanya terus membuat kenyataan mengikut sesedap rasa.  

Keputusan Majlis Syura PAS menunjukkan yang masih ada harapan bagi PAS untuk kembali ke pangkal jalan.  Sesungguhnya, PAS telah tersasar jauh kerana memberi kuasa mutlak kepada pemimpin tertinggi membuat apa jua keputusan dan kenyataan dalam isu agama.   Bagaikan seorang Pope Kristian, pemimpin tertinggi PAS diangkat mengatasi manusia biasa, Majlis Syura, Jawatankuasa Fatwa dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, mengatasi Sheikhul Azhar juga.   Tindakan inilah yang menjadikan mereka riak dan takbur serta tersesat jauh dalam mempertahankan ego masing-masing. 

Ego pemimpin-pemimpin PAS telah banyak merosakkan ummah selama ini.   Oleh itu, walaupun isu Kalimah Allah selesai tetapi Majlis Syura PAS tidak wajar untuk merasa lega.  Ini kerana masih terdapat isu lain yang sama berat dengannya yang masih belum selesai hanya kerana ego pemimpin PAS yang terlalu tinggi.  Isunya tidak lain tidak bukan adalah isu Amanat Haji Hadi. 

Hari ini, nampaknya Hadi cuba membayangkan seolah-olah beliau tidak pernah menuduh UMNO kafir.  Tetapi, dalam Muktamar PAS yang baru lalu, pemimpin PAS terus bermain kata-kata dan memberi gambaran seolah-olah UMNO itu murtad yakni kafir.   Walaupun tidak secara langsung, tetapi ia membawa kepada pemahaman yang sama. 

Walaupun PAS cuba mengelak dengan alasan isu ini telah basi dan terkubur bersama pejuang Memali di tahun 1980-an, namun itu hanyalah cakap-cakap Hadi untuk memujuk perasaan bersalah di dalam dirinya.   Tidak apa jika isu ini hanya melibatkan Hadi seorang.  Malangnya, ia tidak semudah itu, kerana ia melibatkan begitu ramai umat Islam dari beberapa generasi selama lebih 2 dekad. 

Sehingga ke hari ini,  masih ada yang enggan bersolat berimamkan orang UMNO.   Jika melihat dari segi positif, tidak apalah kerana mereka mungkin masih punya peluang menyedari kesilapan dan bertaubat sebelum mati. 

Tetapi, bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan mengkafirkan atau dikafirkan ibu bapa sendiri?  Bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan tidak dimandikan konon ‘syahid’ sebab menentang kerajaan Islam UMNO yang hakikatnya tidak pernah menentang Islam pun? 

Jika Hadi berkata beliau tidak pernah mengkafirkan UMNO, kenapakah tragedi ini semua terjadi?   Salah siapa?   Apakah salah mereka sendiri kerana tersalah faham amanatnya? 

Memandangkan Hadi enggan bertanggungjawab, maka Majlis Syura PAS wajar memikul tanggungjawab ini bagi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan pemahaman penyokong mereka yang terbabit, ke landasan yang betul.   Tiada siapa lagi yang dapat menghentikan kegilaan mengkafirkan sesama Islam ini selain Majlis Syura PAS kerana jelas Hadi tidak punya kekuatan yang cukup untuk mengorbankan egonya.   Ulama UMNO atau mana-mana Ulama luar tidak mampu membantu kerana suara mereka tidak laku dalam komuniti PAS. 

Hanya Majlis Syura sahaja harapan kita untuk meletakkan noktah kepada kegilaan yang ditimbulkan oleh Amanat Haji Hadi.   Masalah mereka yang meninggal dunia tanpa dimandikan atau meninggal dalam keadaan dikafirkan sanak saudara dan keluarga sendiri pula, bolehlah diuruskan selepas Majlis Syura membuat keputusan. 

Apakah Majlis Syura juga tidak punya cukup kekuatan untuk bersemuka dengan ego Hadi?  Apakah air muka Hadi lebih penting dari ummah dan akidah?  Apakah politik lebih penting dari agama?

Malaysiakini Patut Pecat Jurugambar

Portal pro pembangkang, Malaysiakini yang terkenal mendabik dada kononnya telus, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan politik patutnya malu apabila menyiarkan foto Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang mengelirukan pembacanya.

Malaysiakini dalam salah satu artikel Bahasa Melayu dan Inggeris telah menyertakan beberapa keping foto dalam usahanya untuk menyokong dakwaan wujudnya kehadiran 100,000 orang penyokong PR dalam himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas.

Sedangkan umum maklum kapasiti Stadium Merdeka hanya berupaya menampung kapasiti 30,000 tempat duduk dan ruangan untuk berdiri (22,000 tempat duduk + 7,000 ruang berdiri), manakala ruangan padang bola sepak serta kawasan sekelilingnya pula hanya mampu menampung lebihkurang 10,000 orang pada satu-satu masa.

Justeru itu jika ruangan dalam stadium benar-benar penuh dan padat, jumlah keseluruhan hadirin ialah 40,000 dalam stadium, yang mana sekiranya senario ini berlaku ia bermakna para pengunjung berada dalam keadaan agak rapat dan saling bersentuhan diantara satu sama lain.

Namun senario sebenar yang berlaku di stadium bersejarah pada 12 Januari 2013 itu, ruang tempat duduk masih banyak yang kosong, sementara di tepi-tepi padang bahagian kiri dan kanan jelas kelihatan lopong kosong. Di bahagian tengah padang pula ruangan di antara individu yang duduk mahupun yang berdiri ada jarak dan ruang kosong.

Berdasarkan senario itu, jumlah sebenar pengunjung HKR #KL112 di dalam stadium tentulah kurang dari 40,000 orang. Di luar stadium kawasannya tak begitu besar, tapi masih ada kira-kira 5,000 orang penyokong PR.

Untuk mudahkan pengiraan kita anggap saja jumlah 40,000 ada di dalam stadium dicampur dengan baki sekitar 5,000 orang diluar stadium maka jumlah keseluruhannya 45,000 orang. Itu angka yang hampir tepat bersandarkan luas kawasan dalam dan luar stadium.

Bagaimanapun berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini jelas berbeza dengan suasana sebenar. Foto yang disiarkan cuba memperlihatkan keadaan serba padat tanpa sebarang ruang kosong.

Ia boleh dilakukan melalui dua cara, sama ada menggunakan teknik superimposed ataupun dengan memanfaatkan teknik fotografi dari sudut tertentu bagi menutup ruangan kosong.

Mana-mana cara di atas yang digunakan, ia tetap tidak boleh menutup realiti bahawa angka 100,000 adalah melampaui kemampuan kapasiti dalam stadium dan luas kawasan di luar Stadium Merdeka.

Kita faham Malaysiakini yang sahamnya turut dimiliki oleh beberapa orang pemimpin PR terdesak untuk mempotretkan 'kejayaan' HKR #KL112, namun menyembunyikan kebenaran dengan teknik fotografi mahupun superimposed bukannya satu etika yang baik untuk satu portal yang mendakwa dirinya telus dan bebas.

Lagipun cubaan Malaysiakini yang berterusan mahu memaksa pembacanya percaya wujudnya kehadiran 100,000 orang di sebuah stadium yang kecil dan kawasan diluarnya yang tidak berapa luas itu, semakin membunuh sedikit demi sedikit reputasi portal itu.

Dulu semasa demonstrasi Bersih 3.0 April 2012 yang lalu, portal yang sama juga mendakwa demonstrasi itu dihadiri 300,000 orang peserta.

Tiba-tiba sahaja untuk laporan HKR #KL112 ini, Malaysiakini mengisytiharkannya sebagai yang terbesar walaupun didakwa kehadiran di himpunan terbaru ini disertai 100,000 orang.

300,000 dengan 100,000 mana satu angka yang lebih besar? Nampaknya Malaysiakini pun terkeliru dengan propaganda dan dakyah sendiri, andainya Malaysiakini masih mempunyai sekelumit kredibiliti yang mahu dipertahankan, eloklah bertindak sekarang.

Jika dek kerana jurugambar punya angkara menyebabkan berita dilaporkan menjadi songsang dan mengelirukan pembaca, lebih bagus dipecat sahaja. Tapi sekiranya kaedah pemberitaan songsang dan fakta bercelaru sudah sebati sebagai amalan Malaysiakini, baik teruskan sahaja perbesarkan angka 100,000 itu.