Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 12 July 2012

Bekas Pegawai Mahu Dedah Hubungan Phaik Kheng-Guan Eng

Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar. 

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya. 

Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci. 

Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau. 

Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew.   Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng. 

Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian. 

Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan.  Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung?    Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan. 

Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah. 

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang.  Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.

Wednesday, 11 July 2012

Kepetahan Bukan Kriteria Utama Menjadi Pemimpin

Ketika di sekolah dan di pusat pengajian tinggi, kita didedahkan kepada ‘debat’ untuk meningkatkan keyakinan diri serta melatih minda untuk berfikir secara kritis.   Sekali gus,  membentuk keberanian dalam menyatakan pendapat dan mempertahankannya dengan hujah-hujah yang bernas. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa debat boleh membentuk sikap kepimpinan. 

Hari ini, debat telah menjadi trend.  Debat di antara pemimpin-pemimpin politik sepertimana yang diamalkan di Amerika mula menular ke Malaysia, negara dengan masyarakat yang suka meniru apa saja.  Namun, orang Malaysia kadangkala tidak tahu tujuan sesuatu perkara itu dibuat dan hanya meniru secara buta tuli. 

Masalah mengenai debat ahli-ahli politik ini, yang menjadi tumpuan bukan isu sangat tetapi soal menonjolkan diri dan mencari publisiti.  Ini kerana, debat dilihat sebagai alat terbaik untuk meningkat atau memulihkan populariti seseorang.   Lihat sahaja bagaimana puak-puak pembangkang masih menyorak yang Lim Guan Eng menang debat dengan Chua Soi Lek sedangkan dari segi inti atau hujah Lim Guan Eng ternyata kosong dan tidak berkredibiliti langsung. 

Malang bagi sesebuah negara apabila masyarakat gagal melihat bahawa kepetahan berdebat bukan bukti yang seseorang itu mampu menjadi pemimpin yang baik.  Kebanyakan tokoh-tokoh pemimpin hebat yang terakam dalam sejarah bukanlah seorang pendebat yang baik, tetapi pemikir yang serius di mana idea-idea mereka boleh dibaca dalam buku-buku tulisan mereka. 

Pemimpin yang petah bercakap selalunya hanya mampu menaikkan semangat rakyat tetapi untuk tujuan yang kabur.  Sukarno, misalnya walaupun bijak meniupkan semangat tetapi akhirnya kecundang juga kerana tidak mampu membentuk Indonesia yang sejahtera dan makmur melalui kepetahannya bercakap.  Malah, Idi Amin iaitu diktator Uganda yang kejam juga adalah seorang yang petah bercakap dan mematahkan hujah tetapi ternyata beliau menjadikan negaranya sebuah neraka dunia. 

Sebaliknya, Ghandhi, Mandela, malah Tun Dr. Mahathir sendiri yang telah diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia walaupun lantang dan berani, tetapi mereka bukanlah pendebat.  Idea- idea mereka dapat dibaca, dilihat, dirasai dan disentuh dan bukan didengar di pentas debat.

Sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang petah bercakap itu untuk kurang berfikir dan kurang bekerja.  Malah Islam juga tidak menggalakkan kita lebih bercakap kerana ia mampu mengalpakan, selain menambahkan dosa.  Kerana itulah tokoh-tokoh agung, lebih banyak mendengar, berfikir dan bekerja, daripada bercakap. 

Hakikatnya, petah bercakap bukanlah kriteria utama seorang pemimpin yang baik.  Jika kita ingin mencari pemimpin dengan cara menilainya berdebat maka kita mungkin akan membuat kesilapan sebagaimana Indonesia telah tersilap dengan Sukarno, Uganda tersilap dengan Idi Amin atau Filipina tersilap dengan Estrada, seorang pelakon yang bijak menarik hati ramai dengan bercakap.  Jika pendebat boleh menjadi pemimpin, maka tentu ramai sekali budak-budak Universiti termasuk para graduan separuh masak, yang boleh diletakkan di kerusi Perdana Menteri. 

Seorang pemimpin perlu ada karisma dan karisma terbentuk dari pandangannya yang jauh, kematangannya dalam menilai sesuatu perkara, keikhlasannya dalam bekerja, pemikirannya yang bernas dan kesungguhannya dalam memastikan segala idea-ideanya terlaksana.  Semua ini adalah jauh lebih penting dari kepetahannya untuk berdebat. 

Perdana Menteri yang baik tidak harus terjebak dalam perdebatan tanpa tujuan yang pasti, kerana mencari publisiti bukan salah satu dari tugas utamanya.  Jika beliau perlu mempertahankan apa-apa polisinya, menjelaskan aspirasinya atau menggariskan idea-ideanya, beliau boleh saja memastikan akhbar-akhbar mencetaknya dan televisyen mewar-warkannya. 

Beliau tidak perlu melakukannya dengan berdebat di televisyen semata-mata kerana musuhnya tidak ada kerja. 

Walaubagaimanapun, kita faham kenapa seluruh jentera pembangkang termasuk media-media mereka amat teruja dan bersungguh-sungguh ingin mengumpan Dato’ Seri Najib agar berdebat dengan Anwar Ibrahim iaitu kerana ceramah, malah konvensyen PKR juga, sudah tidak mendapat sambutan lagi.  Kita faham yang Anwar amat terdesak perlukan publisiti sekarang ini.  Dan kita juga faham bahawa Anwar sudah ketandusan isu untuk mengasak kerajaan. 

Maka, soal debat antara dirinya dengan Perdana Menteri perlu dicanangkan, sekadar untuk mencipta isu supaya namanya tidak tenggelam terus. 

Kita harap agar Perdana Menteri tidak melayan dan membuang masa dengan orang seperti Anwar.  Kami perlukan Dato’ Seri Najib untuk bekerja bukan untuk berdebat.  Biarkan Anwar berdebat seorang diri atau dengan cermin kerana memang itu sajalah kerjanya sejak dipecat sehingga sekarang. 

Rakyat cukup maklum bahawa walaupun Anwar petah bercakap, beliau tidak tahu bekerja.  Kerana itulah ceramahnya sudah kurang sambutan selama ini, kerana rakyat sudah muak dengan cakap-cakapnya.   Janganlah dipaksa kami mendengar lagi cakapnya di televisyen melalui rancangan debat atau apa saja, kerana kami sudah tidak sanggup lagi mendengar suaranya. 

BUKAN SETAKAT ANWAR BERSARA, PKR & PAS PATUT DIBUBARKAN

Belum lagi pilihan raya umum, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sudah mengangkat bendera putih.

Katanya mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.

Ada dua kemungkinan dalam senario ini - Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dan kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.

Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.

Bagi PAS (kecuali Nik Aziz), inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama Pakatan Rakyat setelah disisihkan oleh PKR dan DAP.

Parti rasis DAP pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka tahu beliau popular dengan pengundi Cina dan tanpanya parti itu akan kehilangan sokongan daripada kaum itu.

Jadi boleh disimpulkan, PAS dan DAP sebenarnya bukanlah rakan kongsi yang ikhlas menyokong Anwar kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.

Sebenarnya, PAS dan DAP melihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.

Mereka hanya akan menyokong Anwar selagi beliau boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.

Jika Anwar dianggap memperkudakan PAS dan DAP, tetapi sebaliknya kedua-dua parti itulah yang mempergunakan ia selama ini.

Mungkin juga kenyataan persaraan Anwar adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.

Anwar menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.

Akhirnya tembelang Anwar pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.

Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' yang pandai memainkan emosi rakyat, mrnabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.

Jika diikutkan, bukan sahaja Anwar yang patut bersara, malah isterinya Wan Azizah, termasuk juga Azmin Ali, Nik Aziz, Abdul Hadi wajib bersara daripada pentas politik.

Ini kerana kehadiran mereka dalam arena siasah tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanay perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.

Cukuplah 14 tahun Anwar menghuru harakan politik negara dan menggugat agenda 'Ketuanan Melayu'.

Apakah rakyat telah lupa, Anwar telah mengarahkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?

Inilah rancangan sebenar Anwar untuk menghapuskan kekuatan bangsa Melayu dengan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan utama Islam dan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAP untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.

Oleh sebab itu bubar sahaja PAS dan PKR, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara.

Debat LGE-CSL: DAP Bayar Cukai Paling Tinggi, PAS dan PKR Layak Jadi Barua Saja

Jika debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinilai dari segi tajuk yang diberikan iaitu “Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat” maka tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Datuk Seri Dr. Chua telah menang dengan bergayanya. 

Kecuali, jika debat tersebut bertajuk “Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat Cina”, maka Lim Guan Eng mungkin boleh dianggap menang.  Namun, kemenangan itu tidak mungkin dapat diterjemah secara realiti kerana jika satu kaum sahaja yang merasa berpuas hati secara total, maka ia pasti bermakna kaum lain telah tertindas atau terpinggir dan ini pasti akan membawa kepada ketidakstabilan di mana akhirnya kaum yang berpuas hati itu juga akan menanggung akibatnya. 

Seperti juga tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa MCA telah menang dari segi hujah dan kewibawaan, kita tidak dapat menyangkal bahawa LGE atau DAP adalah chauvinis dan rasis tegar setelah menonton debat ini. 

LGE tidak habis-habis membangkitkan soal kononnya MCA mengikut telunjuk UMNO.  Jelas dilihat, masalah LGE di sini bukan kerana UMNO, tetapi kerana UMNO itu Melayu.  Jika UMNO itu sebuah parti Cina juga, tentu LGE tidak punya masalah. 

Secara tidak langsung, LGE cuba menunjukkan yang DAP bukan berada di bawah Melayu, tetapi DAP adalah parti dominan yang mampu menundukkan PKR dan PAS. 

Tidak seperti kerjasama UMNO, MCA dan MIC di mana semangat setiakawan dan saling menghormati dijunjung sebagai kunci keamanan dan kemakmuran negara tetapi di dalam Pakatan Rakyat dan di mata LGE, DAP wajib berada lebih tinggi dari PAS dan PKR kerana kaum Cina tidak harus duduk sama rendah dengan kaum lain. 

Sifat angkuh dan chauvinis ini terserlah dan terbukti apabila LGE berkata, “Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia.”

Sudah jelas bahawa DAP merasakan yang kaum Cina harus memerintah Malaysia hanya kerana mereka menjadi pembayar cukai terbanyak.  Tanpa LGE sedari, kata-kata ini juga membuktikan bahawa kaum Cina cukup kaya, amat mewah dan begitu berjaya di Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional. 

Pendek kata, LGE telah dengan tidak langsung mengakui kejayaan BN atau MCA dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan nasib kaum Cina walaupun tanpa meletakkan kaum mereka sebagai Perdana Menteri. 

Justeru, apa lagi yang diperjuangkan DAP, jika MCA telah berjaya menjadikan kaum cina pembayar cukai terbanyak di Malaysia?  Melainkan ingin memastikan kaum Cina yang menjadi Perdana Menteri, itu saja.  Iaitu satu cita-cita rasis dan rasis semata-mata. 

Dalam soal menjaga hati kaum-kaum lain dan berpegang kepada semangat kerjasama dengan UMNO, MCA tidak perlu mengambil sikap defensif kerana ternyata apa yang MCA lakukan selama ini adalah baik dan tepat sehingga berjaya meletakkan kaum Cina sebagai kuasa ekonomi di mana LGE juga terpaksa mengakuinya.

Bagaimana kaum lain boleh merasa selamat di bawah parti yang begitu rasis yang pasti tidak akan memberi peluang untuk kaum lain bersaing bersama mereka sepertimana UMNO bersedia memberi peluang kepada kaum bukan Melayu untuk meraih kekayaan dan kejayaan di negara ini?

Apa yang pasti, pemimpin rasis dengan parti yang bersifat chauvinis tidak mungkin dapat mentadbir Malaysia dengan baik.   Dengan semua hujah yang berkisar mengenai kepentingan kaum Cina semata-mata, LGE dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP adalah parti Cina dan bukan untuk semua kaum. 

Slogan ‘parti untuk semua kaum’ yang dilaungkan hanyalah merangkumi beberapa individu dari kaum Melayu dan India yang boleh dibonekakan dan diperhambakan oleh mereka. 

Persoalannya, di manakah pendirian PAS dan PKR dalam perkara ini?   Apakah mereka selesa menjadi boneka dan hamba?   Bagaimanakah nasib kaum Melayu dan India jika Pakatan Rakyat memerintah dengan DAP menjadi kepala kuasa, PKR sebagai boneka dan PAS sebagai hamba? 

Persoalan yang boleh disimpulkan dari hujah LGE ialah:  Apakah dengan memuaskan hati kaum Cina secara total, maka Malaysia akan menjadi lebih baik?

Debat LGE VS CSL: Ternyata Guan Eng Hanya Politikus Jalanan

Sebagai seorang yang berorientasikan hasil dari sesuatu pekerjaan, penulis biasanya tidak gemar menonton debat terutamanya apabila tujuannya bukanlah untuk membandingkan idea, cara atau penyelesaian terbaik untuk menangani sesuatu isu tetapi sekadar untuk memberi publisiti kepada pendebat.  Bagi penulis, debat yang tujuannya adalah untuk publisiti membuang masa dan tidak akan membawa ke mana kerana sehabis debat, tiada apa yang berlaku melainkan orang ramai bercakap-cakap mengenai pendebat dan bukannya penyelesaian. 

Namun, penulis harus akui bahawa debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga.  Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang ‘menambat’ masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.  Diketahui bahawa faktor ‘kaum Cina’ merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13.  Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua. 

Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat.  Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi. 

Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.   

Dan sudah tentu sekali, hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut.  Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum.    Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini. 

Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut, apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA. 

Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum. 

Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina, sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India.  Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu, menjadikannya kelakar. 

Namun, MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing, telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN.   Dengan ikatan kerjasama ini, masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti, menghormati, bertolak ansur, malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak. 

Berlainan dengan DAP, walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari ‘clan’ yang sama juga. 

Malah, DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini. 

Suatu ketika DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu.  Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya. 

Tetapi, apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung.   Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka. 

Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan.  Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.  

Cakap-cakap kedai kopi, malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti.  Guan Eng begitu beremosi, dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu ‘ceramah’ politik DAP.  

Menurut satu komen, Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya.  Dalam semua isu, Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara. 

Malah, Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai ‘janji-janji Buku Jingga’.  Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang. 

Kesimpulannya, DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja.   Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah.  Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur.  Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah. 

Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ yang terbukti hanyalah retorik, bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral, kredibiliti dan segala-galanya.

Kenapa Betty Chew Perlu Meroyan?

By:  Susan Lim


Skandal seks, hubungan sulit, kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka, iaitu sejak politik diperkenalkan.  Dalam dunia hari ini, terutamanya, tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup.  Jadi, hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan ‘kecederaan’ atau ‘kematian’ oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu. 

Kata orang, pena lebih tajam dari mata pedang, dan kata penulis pula, maklumat lebih berkuasa dari wang.  Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh, kehidupan anda pun musnah. 

Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong, maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah. 

Justeru, pastinya, Khalifah lantikan PAS, iaitu Lim Guan Eng gagal untuk meyakinkan sesiapa walaupun penyokongnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ng Phaik Kheng, bekas pegawai khasnya yang kini telah ditukarkan ke bahagian lain setelah menerima tekanan dari isterinya, Betty Chew.   Ketiga-tiga mereka nampaknya sukar sekali untuk menafikan dakwaan tersebut malah Guan Eng menyalahkan musuhnya, Betty Chew pula bertindak keluar Dewan manakala Phaik Kheng memberitahu media agar bertanya Betty apabila ditanya mengenai perkara ini.

Jelas, Betty Chew benar-benar terjejas dengan skandal ini dan penulis bukannya menokok tambah dengan berkata beliau menjadi meroyan.  Dengan keluar dari dewan, menjerit dan mengangkat sepanduk bertulis ‘tak malu’ terhadap Datuk Gan Tian Loo hanya kerana bertanyakan soalan mengenai skandal suaminya, kita tidak punya masalah untuk membayangkan Betty Chew yang menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng.  Dan kita juga tidak punya masalah memahami kenapa Guan Eng mengadakan hubungan sulit. 

Betty Chew tentunya terlupa sejenak bahawa beliau seorang ahli politik yang sepatutnya menjaga tingkah laku dan tidak hilang kawalan atas apa jua alasan.  Kecualilah jika rakyat di kawasannya yang terjejas maka beliau tidak wajar untuk mengamuk kerana isu peribadi.  Jika ia isu peribadi maka beliau boleh menjawab Datuk Gan dengan baik dengan jawapan ya atau tidak.  Sama ada jawapannya dipercayai atau tidak, bukanlah soalnya. 

Satu-satunya sebab kenapa Betty Chew meroyan adalah kerana tuduhan tersebut benar belaka.  Jika tidak, beliau tentu hanya akan mengetawakannya dan menafikan saja.

Kita faham bahawa Betty Chew marah, bukan terhadap Datuk Gan atau pihak media ataupun BN tetapi terhadap suaminya dan Phaik Kheng kerana melukakan hatinya dan memalukannya.  Oleh kerana beliau tidak dapat ‘menyentuh’ Phaik Kheng tanpa mengambil risiko terdedah kepada internet lagi, beliau tidak punya saluran lain untuk melepaskan kemarahannya, melainkan kepada musuh politiknya.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang layak menerima perkataan ‘tak malu’, ia adalah Betty sendiri kerana tidak bersikap sebagai wanita sejati, sebagai seorang isteri Ketua Menteri dan sebagai seorang ahli politik. 

Jika hati Betty boleh disejukkan, salah satu caranya ialah mungkin dengan meminta beliau membayangkan apakah yang dilalui oleh Wan Azizah setiap hari sepanjang perkahwinannya dengan Anwar Ibrahim.

Tuesday, 10 July 2012

Himpunan Oren Anti-FGV Usaha Sia-Sia

April lepas, penghuni dan peniaga di sekitar Kuala Lumpur telah di bebani dengan sampah sarat seberat 8 tan yang bersepah di segenap jalan-jalan utama ibukota hasil sikap tidak bertanggungjawab kira-kira 25,000 orang peserta dan perusuh himpunan BERSIH 3.0.

14 Julai ini pula berkemungkinan situasi yang sama sekali lagi akan dihadapi oleh warga KL khususnya para jemaah dan AJK Masjid Wilayah Persekutuan apabila gerombolan pengotor dari PAS sedang berura-ura untuk berdemo di sana atas alasan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah NGO tidak berdaftar (haram) yang merupakan proksi kepada PAS itu mensasarkan kehadiran 20,000 orang peserta yang pada mulanya dikatakan hanya melibatkan para peneroka yang condong kepada PAS.

Bagaimanapun, disebabkan ramai peneroka yang memandang sinis dan menunjukkan reaksi negatif pada kerja bodoh yang diketuai oleh AJK PAS Pusat itu, maka terpaksalah arahan pekeliling rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS mengarahkan ahli-ahli PAS datang beramai-ramai ke demonstrasi tersebut.

Dalam isu yang tiada isu seperti FGVH, PAS membangkang sekeras-kerasnya penyenaraian tersebut atas sebab 'takut harta dan tanah peneroka tergadai', walhal sudah diterangkan beratus kali tanah dan rumah peneroka tak terusik seinci pun.

Ia langsung tak serupa macam pelaburan KOHILAL, sebuah koperasi milik PAS yang rugi hampir 50 juta dek kerana pengurusan yang singkat akal dan tak cerdik menilai prospek jangka masa pendek dan panjang sesuatu pelaburan.

Yang hairannya, sampai sekarang satu demonstrasi pun tak pernah di buat oleh PAS untuk menuntut gantirugi pelabur yang hangus duit dan harta mereka dek kerana kegagalan KOHILAL milik PAS merancangkan pelaburan ahlinya dengan baik. Takkan senyap saja?

Apakah layak sebuah organisasi yang gagal membawa keuntungan melalui badan pelaburan ciptaannya sendiri tiba-tiba mahu tunjuk pandai dalam bidang pelaburan yang dikelolakan oleh badan lain yang jauh lebih besar prospek kejayaannya?

Penyenaraian FGVH yang ditentang oleh PAS ini bukannya pelaburan masuk angin keluar asap tambahan pula kajian serta penilaian potensi pengembangannya dilakukan secara berhati-hati dengan matlamat yang jauh ke depan demi kebaikan para peneroka yang melabur.

Bagi yang mengikuti perkembangan FGV yang sejak disenaraikan pada hari pertama, ternampak jelas potensinya apabila mencatat premium 84 sen pada hari pertama dan hingga kini menjadi antara kaunter yang kekal aktif. Harga buka cuma RM4.55 dan sehingga artikel ini ditulis harga masih berlegar sekitar RM5.39 hingga RM5.50 sesaham.

Dijangkakan dalam tempoh beberapa bulan mendatang harganya dijangkakan positif akan meningkat kepada RM6.00 untuk sesaham. Bayangkan keuntungan yang bakal diperolehi.

Tapi kita cerita banyak manapun siap bentangkan bersama fakta sahih bukannya dapat dijangkau oleh fikiran segelintir insan yang cetek akal yang pernah gagal total dalam mengendalikan dana pelaburan macam PAS.

Tambah lagi bodohnya PAS dalam bab-bab pelaburan ini apabila mereka mencanangkan pada dunia untuk meminta Yang Di Pertuan Agong campurtangan dengan menarik balik penyenaraian FGV. Tak ke bebal dan bangang namanya.

Mana pernah berlaku dalam dunia hatta di negara-negara maju sekalipun ketua negara sesuka hati camputangan mengarahkan penarikan balik pelaburan dalam bursa saham.