Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday, 7 July 2012

I-TR1M vs Tuisyen Rakyat

PELANCARAN I-TR1M (Interakrif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia) yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Seri Perdana pada 28 Jun yang lepas, dijangka memanfaatkan lebih 10,000 orang calon SPM, PMR dan UPSR dari kalangan keluarga berpendapatan rendah di negeri tersebut.

Ia adalah program mulia, tidak berunsurkan politik yang dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi membantu pelajar yang berasal dari golongan susah di Selangor.

Tapi semulia-mulia program ini pun, ia tidak terlepas dari menjadi isu politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang juga melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk calon SPM di negeri tersebut sejak tahun 2009.

Inilah yang disebut Exco Pendidikan Selangor, YB Dr. Halimah Ali yang menyifatkan 1-TR1M sebagai meniru program PTRS. 

Halimah dipetik sebagai berkata “Dia suka ikut-ikut, tapi kami okay bila kita jadi contoh dan jadi model ikutan. Dia nak pakai tak apalah.  Kita seronok, sebab selain manfaat daripada Tuisyen Rakyat(program kerajaan negeri) rakyat Selangor juga akan dapat manfaat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).Kami gembira,"

Penulis tidak menafikan I-TR1M dan PTRS ada persamaan kerana kedua-duanya tentang Tuisyen juga.  Begitu juga bila Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak sebaik menawan kerajaan Persekutuan, itupun ditiru dari idea BN yang dimulakan Tun Dr. Mahathir semasa  mula menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Tapi yang itu dia tidak mahu sebut ditiru dari kerajaan BN, yang ada sedikit persamaan ini pulak yang heboh nak dikatakan sebagai program yang dia cipta dan kita meniru dia.

Malah kalau nak disebutkan disini juga, apa pun janji bulan bintang dibuat Pakatan Rakyat untuk mengumpan pengundi sekarang ini, adalah ditambah baik dari skim sama yang telah diberikan kerajaan BN.  Contohnya, kita bagi subsidi, dia bagi percuma, kita bagi subsidi sekian banyak, dia bagi subsidi lebih banyak lagi, tapi itu juga bendanya.

Balik pada I-TR1M.

Walaupun sama dari segi nama dan matlamat perlaksanaan, tapi program I-TR1M adalah jauh lebih komprehensif dan lengkap dibandingkan dengan PTRS.  PTRS hanya menawarkan Tuisyen percuma untuk pelajar SPM sahaja.  Disamping itu program ini terhad kepada 100 orang pelajar bagi setiap kawasan DUN, dan hanya terbuka untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pencapaian akademik sederhana.

Yang pelajarannya merosot dan pandai, tidak layak untuk mengikuti kelas tersebut.  Pendek kata tidak menyeluruh.

Maka itulah tidak hairan kenapa sejak 2009 tidak sampai 10,000 orang pelajar yang telah menyertai program ini.  Angka-angka ini penulis kutip dari laman web rasmi kerajaan Selangor (Selangorkini) tanpa sebarang analisa lanjut untuk memastikan kebenaran angka-angka tersebut.  Percayalah, kalau analisa yang benar-benar telus dibuat, harus jumlahnya jauh lebih kurang dari itu.

Sedangkan I-TR1M seperti yang disebutkan di atas, terbuka untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki 3 peperiksaan utama, selain perlu datang dari keluarga berpendapatan rendah.  Ia juga tidak terhad kepada pelajar yang berada di tahap sederhana sahaja seperti yang digariskan dibawah PTRS.

Selain itu, proses saringan dan pembelajaran dibuat di sekolah dimana maklumat yang lebih tepat mengenai kelayakan pelajar dapat diberikan.   Tenaga pengajar juga disahkan layak oleh Kementerian Pelajaran sendiri untuk mengajar semua matapelajaran yang telah diperuntukkan di bawah program ini.

Semua ini meletakkan I-TR1M berada di dalam kelasnya yang tersendiri.  Yang pasti, ia adalah 300% lebih baik dari PTRS yang hanya menawarkan kelas tambahan untuk pelajar SPM sahaja.  Disamping itu, guru-guru yang terlibat di dalam I-TR1M adalah guru-guru yang berkelayakan dibanding dengan PTRS yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kebolehannya untuk mengajar.

Bagaimanapun penulis tetap menyokong apa juga program yang baik untuk rakyat, PTRS tidak terkecuali.  Cuma, jangan dipolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan kesejahteraan rakyat.  Kalau benar-benar baik itu tidak mengapalah, ini setelah dibandingkan pun masih banyak kekurangan jika nak dibandingan dengan program yang dilaksanakan kerajaan pusat.


Jual Tanah Untuk Menutup Kerugian UNISEL?

Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.

Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.

Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.

Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.

Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.

Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.

Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.

Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.

PAS Berangan Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen

Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

Reformasi Jalanan Membinasakan Negara

Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.

Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai.

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.

Pembangkang Gelisah Dengan Iklan ‘Janji Ditepati’

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah.   Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.  

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang. 

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri. 

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.  

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan. 

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut. 

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya.  Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan.  Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri. 

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah. 

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN. 

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan.  Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata.  Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih.  Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan. 

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam.  Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka.  Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?

Friday, 6 July 2012

Kewujudan SUARAM Juga Berasaskan Penipuan?

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu.  Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis. 

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar.  Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan. 

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan.  Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM,  beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.   Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan?   Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia?  Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran. 

Dengan pendedahan ini,  terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM. 

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA.  Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka. 

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini.  Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula: 

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan?  Jika ya, apakah yang mereka perniagakan?  Apakah ia sebuah NGO?  Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan?  Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.  

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’?  Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan? 

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.

Azan Ismail: Sampah PKR Yang Tidak Laku

Penulis agak tersentak bila membaca akhbar semalam mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti.  Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.

Penulis bukan tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran penulis menjadi kosong bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail.  Jarang sekali didengar namanya, jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia?  Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti.  Penulis ulangi, BERKUALITI.

Justeru, penulis tertanya-tanya bagaimana pula penulis tidak dapat mengingati seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti?  Kerana tidak puas hati, penulis pun melayari nama Azan di internet. 

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila beliau telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi.  Lalu, penulis pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis.

Berita lain mengenai Azan, penulis dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya.

 Suka penulis memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini:  “Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tamggungjawab sebagai ahli parlimen…” 

Marah benar rakyat kawasannya terhadapnya sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar di mana tak sanggup untuk penulis petikkan kembali di sini.  

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah beliau telah ditolak oleh partinya sendiri.  Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13.  Alasan yang beliau beri ialah “Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya.”

Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang ‘memuaskan’?

Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya ‘berkualiti’ sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti?  Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan?  

Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali. 

Pesan penulis, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti.  

Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir. 

Justeru, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja.  Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.