Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 22 May 2013

Pilihanraya Kecil Di Permatang Pauh dan Batu tidak lama lagi ????



Pihak berkuasa sudah memperolehi semua dokumen dan maklumat terperince mengenai penglibatan tiga pemimpin Pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.



"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.



"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.



Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.



Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.



Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.



Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.



Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.


"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya.

sumber

1 comment:

  1. terpenting pastikan pihak penghakiman dibersihkan dahulu dari kemungkinan ada anasir2 yg condong menentang kerajaan.

    ReplyDelete