Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 18 May 2013

PEMIMPIN PKR MEMANG KUAT MENGHASUT!!!


Apa lagi kita nak kata mengenai pemimpin PKR ni. Dah memang terang, jelas dan nyata diorang ni pandai menghasut. Dari Ketua Umum sampai la pemimpin bawahan. Semuanya sama je!!! Perangai macam GAMPANG!!!
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Shuhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Dis 2010. 

Shuhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

sumber

No comments:

Post a Comment