Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday, 12 April 2014

@Tonypua , Karpal & N Surendran Lebih Berkuasa Dari Nik Aziz ??? @Ratu_Naga @Tun_Faisal



1. Adakah permohonan maaf Datuk Nik Aziz itu satu taktik politik?
2. Adakah tindakan Datuk Nik Aziz memohon maaf seolah-oleh mengakui bahawa salahlaku PAS dan Nik Aziz sendiri selama ini adalah benar?
SOALAN INI sama seperti orang Pas buat kenyataan mereka semasa Dato' Sri Najib membuat permohonan maaf!
JANGANLAH amalkan politik cakap tak serupa bikin dan berputar-belit untuk melempiaskan nafsu politik sendiri. Bila terkena batang hidung sendiri, mula nak memaki hamun orang lain. Sampai keluar patwa tak masuk syurga! Patwa politik atas nama politik Islam dengan nama dan pakaian yang dikata Islamik.
DULU KATA berkongsi kuasa dengan parti kafir maka UMNO kafir, sekarang mereka sendiri mengamalkan persekongkolan dengan parti kafir harbi dengan topeng tahaluf siasi; macam mana, boleh pula!
DULU KATA UMNO kafir kerana menegakkan Perlembagaan penjajah, tetapi hari ini mereka sendiri menerima dan mahu melaksanakan Perlembagaan Persekutuan atas nama political expediency; pulak! Apa ke bendanya?
DULU KATANYA mereka meneriakkan perjuangan Negara Islam, tetapi setelah bersekongkol dengan kafir harbi mereka mempatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran! Yang ada hanya negara berkebajikan. Tukar lagi!
DAN TERKINI, Hukum Hudud! Kawan sebantal dah mimpi lain-lain. Tony Pua, Karpal Singh dan N. Surendran menentang keras; dan tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut diluluskan di Parlimen.
KERAJAAN Pusat telahpun membuka laluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat. Ahli-ahli Pas perlulah membuka mata.

CAKAP PATWA BERPUTAR BELIT dalam soal agama dan hukum-hakam. Sekarang lihat betapa isu ini menjadi bukti amat jelas betapa DAP dan PKR hanya mahu menggunakan Pas untuk mencapai cita-cita politik iaitu menang sebanyak mungkin kerusi dalam pilihan raya. Dasar perjuangan Pas tiada dalam kitab tahaluf siasi mereka. Malangnya !

No comments:

Post a Comment