Tuesday, 31 July 2012
'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'
"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.
Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.
Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.
Petikan NST 30.07.12
PANAS!!!!!PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada???
Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.
PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.
Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.
Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.
Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.
Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.
Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.
Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.
Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.
Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.
Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.
Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.
Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:
1. ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,
2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta
3. ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.
Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.
Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.
Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.
Wan Azizah Bertanding Di Selangor?
Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini. Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.
Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.
Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu. Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.
Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan ‘orang-orangnya’. Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung.
Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.
Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR. Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri. Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.
Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus. Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini. Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya. Azmin adalah ‘raksaksa’ ciptaan Anwar. Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.
Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar. Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.
Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung. Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.
Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin ‘cuak’ dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk ‘mencabar’ Azmin secara halus.
Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari. Konflik dalaman PKR adalah serius dan ‘pelik’ kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.
Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.
Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik? Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?
Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya. Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran ‘pemimpin’. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya. Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya.
Monday, 30 July 2012
Apa???? Al Fadhil Ustaz Hadi Awang Terpinggir????
Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.
Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.
Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.
Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.
Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.
Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.
Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.
Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.
Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.
Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.
Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.
Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.
Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.
Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.
Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.
Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.
Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda
Sunday, 29 July 2012
RAKYAT DERITA AKIBAT PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA ISU AIR
Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.
Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.
Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.
Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.
Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?
Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.
Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019.
Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.
Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.
Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.
Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.
Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).
Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.
Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.
Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.
Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.
Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?
Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.
Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.
Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.
Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Fungsi utama Syabas hanyalah
sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.
Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.
Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.
Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.
Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.
Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.
Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.
Untuk menyelamatkan keadaan,
kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.
Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.
Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.
Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.
Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan.
Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.
Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air.
Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2?
Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang.
Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.
Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.
Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.
Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja!
Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN.
Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.
Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.
Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi
Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.
Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat.
Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.
Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab:
1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.
2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.
Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.
Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.
Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.
Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.
Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.
Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.
Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna.
Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.
Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.
Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.
Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.
Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.
Gempar!!!!!!TLDM LUMUT Kena Serang....!!!!
Masjid An Nur,TLDM Lumut kena serang dengan anggota dan pegawai TLDM... Jangan silap... Depa sume datang sebab nak berbuka dengan YAB MB Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir... MasyaAllah ramainya orang...kurang-kurang 5500...
Sebelum majlis berbuka puasa majlisvdiserikan dengan ceramah agama oleh Al Fadhil Ustaz Kazem Elyas.
YAB MB Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir diterima oleh masyarakat TLDM... Nampak gayanya Laksamana Bersara Imran kena terima hakikat bahawa anggota dan pegawai TLDM tak sokong EX NAVY ni..
Teman yakin dan percaya, bahawa BN diterima di sini....
KUBAH MASJID DI NEGERI SERAMBI MEKAH JATUH....APA TANDA NYA????
Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.
Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?
Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?
Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.
Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.
Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.
Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.
Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.
Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.
Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.
Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan
Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.
Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.
Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.
Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.
Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.
Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.
Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.
Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.
Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.
Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.
Saturday, 28 July 2012
HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya
Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”. “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”
Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.
Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”
Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.
Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.
Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.
Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM. Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.
Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.
Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.
Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.
Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.
Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.
Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.
Lajim Ukim Bakal Senasib Baru Bian
Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.
Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.
Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.
Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.
Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.
Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.
Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.
Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.
Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.
Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.
Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.
Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.
Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.
Populariti Najib, BN Terus Meningkat
Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.
Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah.
Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan 55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan agenda PR yang banyak merugikan kaum Melayu.
Begitu juga dengan kepimpinan Azizan Razak di Kedah di mana daripada 10,800 responden, 68% daripadanya menyatakan yang beliau tidak cekap dan tidak efisien manakala 72.8% menyatakan yang beliau kurang prihatin dengan isu yang dibangkitkan rakyat.
Selain itu, kajiselidik oleh Free-Test Malaysia Team yang dihantar melalui e.mail mengenai "Undi Anda: Perdana Menteri Malaysia" menunjukkan Najib mendapat 58% sokongan, 25% tidak peduli dan hanya 17% yang memilih Anwar Ibrahim.
Perkembangan ini menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat dengan konsisten sejak mula memegang tampuk kuasa. Ini berdasarkan kajian oleh UIA dalam tempoh Mac 2008 hingga Julai 2011 di mana pada Oktober 2008, 35% responden Melayu, 33% Cina dan 41% India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59%, 45% dan 62%.
Kajian UIA itu juga mendapati populariti pemimpin-pemimpin pembangkang terus menurun sebelum menjunam terus pada tahun ini sepertimana dapatan dari kajiselidik UKM di atas.
Peningkatan populariti Najib dan BN ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya dan kesannya dapat dirasakan secara langsung oleh rakyat. Najib ternyata bukan hanya beretorik tetapi langsung tidak membuang masa menyusun dan merangka pelan pentadbiran serta pantas mengambil tindakan untuk membuat perubahan.
Ini menyebabkan, kebanyakan rakyat yang pada mulanya agak ragu-ragu yang beliau akan dapat ‘memulihkan’ semula keadaan BN yang ‘sakit’ ketika mula-mula mengambil-alih kuasa, semakin hari semakin yakin dengan kepimpinannya. Hari ini, nampaknya rakyat telah bersedia untuk meletakkan harapan dan kepercayaan kepada BN dan Najib untuk menerajui nasib dan masa depan negara.
Walaupun kecekapan, kejujuran dan kebijaksanaan mengurus-tadbir merupakan faktor utama yang menyebabkan populariti BN meningkat dengan konsisten, tetapi kita tidak wajar menafikan peranan pembangkang dalam membantu melonjakkan lagi geraf populariti ini.
Ertinya, kelemahan pembangkang dalam mengurus-tadbir negeri-negeri di bawah jajahan mereka juga menjadi punca rakyat terus memberi sokongan kepada BN. Kelemahan pembangkang inilah yang memberikan markah bonus kepada BN dalam ‘pertandingan populariti’ di kalangan rakyat. Lebih malang bagi pembangkang apabila pemimpin-pemimpin mereka juga terlalu sering terlibat dalam skandal serta gagal menangani segala isu dengan baik yang mana menyebabkan geraf populariti mereka terus menurun sekali gus geraf BN terus meningkat.
Di mata rakyat, pembangkang dilihat sebagai pengkhianat kerana begitu berminat untuk menimbulkan huru-hara dengan berdemonstrasi di sana sini atas alasan yang sengaja diada-adakan, kurang matang dan tidak masuk akal. Sikap ‘khianat’ pembangkang ini benar-benar memberi kesan kepada golongan atas pagar yang mewakili majoriti pengundi dalam pilihanraya nanti.
Pemberian Bonus Resahkan Pembangkang
Tentunya, semakin meroyanlah pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri. Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan. Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’.
Daripada duit haram jadi duit rakyat pula.
Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya. Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.
Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai? Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna?
Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah. Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.
Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara. Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikan.
Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan. Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat?
Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.
Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana.
Hakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar. Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.
Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain.
Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.
Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka. Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri.
Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja. Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.
Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan.
Thursday, 26 July 2012
PM Berbuka Puasa di Kediaman MB Perak
Alhamdulillah PM berbuka bersama rakyat negeri Perak... Lebih 7000 tetamu hadir dalam majlis ni....dalam ape sahaja rakyat harus didahulukan.
Tahap sokongan kepada BN semakin meningkat...yang pasti PR semakin GOYAH terutama di negeri Perak. Sebelah petang tadi...sessi ceramah yg disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Kazem Elyas....
'AHLI SYORGA' PUN DAPAT BONUS!!! @NajibRazak @Fuhas_tweet
Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang
Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.
Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.
Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.
Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.
Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.
Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.
Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.
Wednesday, 25 July 2012
50,000 Mahasiswa akan turun untuk BERSIH 4.0?????
Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda. Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka. Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.
Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.
Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.
Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.
Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.
Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.
Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.
Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.
Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.
Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.
Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja.
Tuesday, 24 July 2012
85% Peneroka Sokong BN???? Biar betul....
Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur. Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian. Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi.
Begitulah yang terjadi di Felda. Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.
Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.
Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.
Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN. Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%. Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.
Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang. Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.
Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian. Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka. Atas dasar itu, mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang.
Dan kini, segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai ‘bonus’ ke atas jerit perih mereka selama ini. Selain itu, mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keuntungan yang tidak mereka jangka. Semua ini adalah kerana pemilikan saham dari penyenaraian yang mana mereka tidak perlu pun mengeluarkan wang sendiri untuk membelinya.
Kesemua ini, dan ditambah dengan faktor kelemahan dan keburukan imej pembangkang sendiri menyebabkan peneroka memilih untuk berdiri teguh di belakang BN. Nampaknya, apa yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menabur fitnah telah benar-benar memakan diri.
Kini, pembangkang terpaksa menjilat kembali ludah mereka di mana di kalangan penyokong mereka juga menerima durian runtuh dan segala bantuan dan kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan. Walaupun segala bantuan kerajaan tersebut dihukum sebagai haram dan rasuah namun ia tidak berjaya menghentikan penyokong mereka dari merebutnya.
Tidak cukup difitnah kerajaan, pembangkang yang semakin hilang akal mula menuduh peneroka sebagai perompak pula. Kononnya, segala wang yang diterima dari kerajaan itu adalah wang rakyat dan menerimanya menjadikan peneroka sebagai perompak wang rakyat.
Sedangkan, wang tersebut adalah hasil dari kerja kuat para peneroka dan kecekapan pengurusan Felda menjana wang mereka. Tidak timbul isu wang rakyat atau pun wang kerajaan dalam pemberian bantuan, bonus atau apa saja untuk warga Felda.
Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda. Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka.
Monday, 16 July 2012
Apa Masalahnya Jika KSN Menyokong Kerajaan?
Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.
Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional. Justeru, tiada isunya di sini. Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.
Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?
Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti. Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.
Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional. Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan. Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.
Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .
Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun. Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.
Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.
Thursday, 12 July 2012
Bekas Pegawai Mahu Dedah Hubungan Phaik Kheng-Guan Eng
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya.
Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci.
Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau.
Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew. Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng.
Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian.
Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan. Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung? Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan.
Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah.
Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang. Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.
Wednesday, 11 July 2012
Kepetahan Bukan Kriteria Utama Menjadi Pemimpin
Hari ini, debat telah menjadi trend. Debat di antara pemimpin-pemimpin politik sepertimana yang diamalkan di Amerika mula menular ke Malaysia, negara dengan masyarakat yang suka meniru apa saja. Namun, orang Malaysia kadangkala tidak tahu tujuan sesuatu perkara itu dibuat dan hanya meniru secara buta tuli.
Masalah mengenai debat ahli-ahli politik ini, yang menjadi tumpuan bukan isu sangat tetapi soal menonjolkan diri dan mencari publisiti. Ini kerana, debat dilihat sebagai alat terbaik untuk meningkat atau memulihkan populariti seseorang. Lihat sahaja bagaimana puak-puak pembangkang masih menyorak yang Lim Guan Eng menang debat dengan Chua Soi Lek sedangkan dari segi inti atau hujah Lim Guan Eng ternyata kosong dan tidak berkredibiliti langsung.
Malang bagi sesebuah negara apabila masyarakat gagal melihat bahawa kepetahan berdebat bukan bukti yang seseorang itu mampu menjadi pemimpin yang baik. Kebanyakan tokoh-tokoh pemimpin hebat yang terakam dalam sejarah bukanlah seorang pendebat yang baik, tetapi pemikir yang serius di mana idea-idea mereka boleh dibaca dalam buku-buku tulisan mereka.
Pemimpin yang petah bercakap selalunya hanya mampu menaikkan semangat rakyat tetapi untuk tujuan yang kabur. Sukarno, misalnya walaupun bijak meniupkan semangat tetapi akhirnya kecundang juga kerana tidak mampu membentuk Indonesia yang sejahtera dan makmur melalui kepetahannya bercakap. Malah, Idi Amin iaitu diktator Uganda yang kejam juga adalah seorang yang petah bercakap dan mematahkan hujah tetapi ternyata beliau menjadikan negaranya sebuah neraka dunia.
Sebaliknya, Ghandhi, Mandela, malah Tun Dr. Mahathir sendiri yang telah diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia walaupun lantang dan berani, tetapi mereka bukanlah pendebat. Idea- idea mereka dapat dibaca, dilihat, dirasai dan disentuh dan bukan didengar di pentas debat.
Sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang petah bercakap itu untuk kurang berfikir dan kurang bekerja. Malah Islam juga tidak menggalakkan kita lebih bercakap kerana ia mampu mengalpakan, selain menambahkan dosa. Kerana itulah tokoh-tokoh agung, lebih banyak mendengar, berfikir dan bekerja, daripada bercakap.
Hakikatnya, petah bercakap bukanlah kriteria utama seorang pemimpin yang baik. Jika kita ingin mencari pemimpin dengan cara menilainya berdebat maka kita mungkin akan membuat kesilapan sebagaimana Indonesia telah tersilap dengan Sukarno, Uganda tersilap dengan Idi Amin atau Filipina tersilap dengan Estrada, seorang pelakon yang bijak menarik hati ramai dengan bercakap. Jika pendebat boleh menjadi pemimpin, maka tentu ramai sekali budak-budak Universiti termasuk para graduan separuh masak, yang boleh diletakkan di kerusi Perdana Menteri.
Seorang pemimpin perlu ada karisma dan karisma terbentuk dari pandangannya yang jauh, kematangannya dalam menilai sesuatu perkara, keikhlasannya dalam bekerja, pemikirannya yang bernas dan kesungguhannya dalam memastikan segala idea-ideanya terlaksana. Semua ini adalah jauh lebih penting dari kepetahannya untuk berdebat.
Perdana Menteri yang baik tidak harus terjebak dalam perdebatan tanpa tujuan yang pasti, kerana mencari publisiti bukan salah satu dari tugas utamanya. Jika beliau perlu mempertahankan apa-apa polisinya, menjelaskan aspirasinya atau menggariskan idea-ideanya, beliau boleh saja memastikan akhbar-akhbar mencetaknya dan televisyen mewar-warkannya.
Beliau tidak perlu melakukannya dengan berdebat di televisyen semata-mata kerana musuhnya tidak ada kerja.
Walaubagaimanapun, kita faham kenapa seluruh jentera pembangkang termasuk media-media mereka amat teruja dan bersungguh-sungguh ingin mengumpan Dato’ Seri Najib agar berdebat dengan Anwar Ibrahim iaitu kerana ceramah, malah konvensyen PKR juga, sudah tidak mendapat sambutan lagi. Kita faham yang Anwar amat terdesak perlukan publisiti sekarang ini. Dan kita juga faham bahawa Anwar sudah ketandusan isu untuk mengasak kerajaan.
Maka, soal debat antara dirinya dengan Perdana Menteri perlu dicanangkan, sekadar untuk mencipta isu supaya namanya tidak tenggelam terus.
Kita harap agar Perdana Menteri tidak melayan dan membuang masa dengan orang seperti Anwar. Kami perlukan Dato’ Seri Najib untuk bekerja bukan untuk berdebat. Biarkan Anwar berdebat seorang diri atau dengan cermin kerana memang itu sajalah kerjanya sejak dipecat sehingga sekarang.
Rakyat cukup maklum bahawa walaupun Anwar petah bercakap, beliau tidak tahu bekerja. Kerana itulah ceramahnya sudah kurang sambutan selama ini, kerana rakyat sudah muak dengan cakap-cakapnya. Janganlah dipaksa kami mendengar lagi cakapnya di televisyen melalui rancangan debat atau apa saja, kerana kami sudah tidak sanggup lagi mendengar suaranya.
BUKAN SETAKAT ANWAR BERSARA, PKR & PAS PATUT DIBUBARKAN
Katanya mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.
Ada dua kemungkinan dalam senario ini - Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dan kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.
Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.
Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.
Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.
Bagi PAS (kecuali Nik Aziz), inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama Pakatan Rakyat setelah disisihkan oleh PKR dan DAP.
Parti rasis DAP pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka tahu beliau popular dengan pengundi Cina dan tanpanya parti itu akan kehilangan sokongan daripada kaum itu.
Jadi boleh disimpulkan, PAS dan DAP sebenarnya bukanlah rakan kongsi yang ikhlas menyokong Anwar kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.
Sebenarnya, PAS dan DAP melihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.
Mereka hanya akan menyokong Anwar selagi beliau boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.
Jika Anwar dianggap memperkudakan PAS dan DAP, tetapi sebaliknya kedua-dua parti itulah yang mempergunakan ia selama ini.
Mungkin juga kenyataan persaraan Anwar adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.
Anwar menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.
Akhirnya tembelang Anwar pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.
Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' yang pandai memainkan emosi rakyat, mrnabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.
Jika diikutkan, bukan sahaja Anwar yang patut bersara, malah isterinya Wan Azizah, termasuk juga Azmin Ali, Nik Aziz, Abdul Hadi wajib bersara daripada pentas politik.
Ini kerana kehadiran mereka dalam arena siasah tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanay perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.
Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.
Cukuplah 14 tahun Anwar menghuru harakan politik negara dan menggugat agenda 'Ketuanan Melayu'.
Apakah rakyat telah lupa, Anwar telah mengarahkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?
Inilah rancangan sebenar Anwar untuk menghapuskan kekuatan bangsa Melayu dengan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan utama Islam dan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAP untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.
Oleh sebab itu bubar sahaja PAS dan PKR, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara.
Debat LGE-CSL: DAP Bayar Cukai Paling Tinggi, PAS dan PKR Layak Jadi Barua Saja
Kecuali, jika debat tersebut bertajuk “Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat Cina”, maka Lim Guan Eng mungkin boleh dianggap menang. Namun, kemenangan itu tidak mungkin dapat diterjemah secara realiti kerana jika satu kaum sahaja yang merasa berpuas hati secara total, maka ia pasti bermakna kaum lain telah tertindas atau terpinggir dan ini pasti akan membawa kepada ketidakstabilan di mana akhirnya kaum yang berpuas hati itu juga akan menanggung akibatnya.
Seperti juga tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa MCA telah menang dari segi hujah dan kewibawaan, kita tidak dapat menyangkal bahawa LGE atau DAP adalah chauvinis dan rasis tegar setelah menonton debat ini.
LGE tidak habis-habis membangkitkan soal kononnya MCA mengikut telunjuk UMNO. Jelas dilihat, masalah LGE di sini bukan kerana UMNO, tetapi kerana UMNO itu Melayu. Jika UMNO itu sebuah parti Cina juga, tentu LGE tidak punya masalah.
Secara tidak langsung, LGE cuba menunjukkan yang DAP bukan berada di bawah Melayu, tetapi DAP adalah parti dominan yang mampu menundukkan PKR dan PAS.
Tidak seperti kerjasama UMNO, MCA dan MIC di mana semangat setiakawan dan saling menghormati dijunjung sebagai kunci keamanan dan kemakmuran negara tetapi di dalam Pakatan Rakyat dan di mata LGE, DAP wajib berada lebih tinggi dari PAS dan PKR kerana kaum Cina tidak harus duduk sama rendah dengan kaum lain.
Sifat angkuh dan chauvinis ini terserlah dan terbukti apabila LGE berkata, “Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia.”
Sudah jelas bahawa DAP merasakan yang kaum Cina harus memerintah Malaysia hanya kerana mereka menjadi pembayar cukai terbanyak. Tanpa LGE sedari, kata-kata ini juga membuktikan bahawa kaum Cina cukup kaya, amat mewah dan begitu berjaya di Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Pendek kata, LGE telah dengan tidak langsung mengakui kejayaan BN atau MCA dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan nasib kaum Cina walaupun tanpa meletakkan kaum mereka sebagai Perdana Menteri.
Justeru, apa lagi yang diperjuangkan DAP, jika MCA telah berjaya menjadikan kaum cina pembayar cukai terbanyak di Malaysia? Melainkan ingin memastikan kaum Cina yang menjadi Perdana Menteri, itu saja. Iaitu satu cita-cita rasis dan rasis semata-mata.
Dalam soal menjaga hati kaum-kaum lain dan berpegang kepada semangat kerjasama dengan UMNO, MCA tidak perlu mengambil sikap defensif kerana ternyata apa yang MCA lakukan selama ini adalah baik dan tepat sehingga berjaya meletakkan kaum Cina sebagai kuasa ekonomi di mana LGE juga terpaksa mengakuinya.
Bagaimana kaum lain boleh merasa selamat di bawah parti yang begitu rasis yang pasti tidak akan memberi peluang untuk kaum lain bersaing bersama mereka sepertimana UMNO bersedia memberi peluang kepada kaum bukan Melayu untuk meraih kekayaan dan kejayaan di negara ini?
Apa yang pasti, pemimpin rasis dengan parti yang bersifat chauvinis tidak mungkin dapat mentadbir Malaysia dengan baik. Dengan semua hujah yang berkisar mengenai kepentingan kaum Cina semata-mata, LGE dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP adalah parti Cina dan bukan untuk semua kaum.
Slogan ‘parti untuk semua kaum’ yang dilaungkan hanyalah merangkumi beberapa individu dari kaum Melayu dan India yang boleh dibonekakan dan diperhambakan oleh mereka.
Persoalannya, di manakah pendirian PAS dan PKR dalam perkara ini? Apakah mereka selesa menjadi boneka dan hamba? Bagaimanakah nasib kaum Melayu dan India jika Pakatan Rakyat memerintah dengan DAP menjadi kepala kuasa, PKR sebagai boneka dan PAS sebagai hamba?
Persoalan yang boleh disimpulkan dari hujah LGE ialah: Apakah dengan memuaskan hati kaum Cina secara total, maka Malaysia akan menjadi lebih baik?
Debat LGE VS CSL: Ternyata Guan Eng Hanya Politikus Jalanan
Namun, penulis harus akui bahawa debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga. Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang ‘menambat’ masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini. Diketahui bahawa faktor ‘kaum Cina’ merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13. Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua.
Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat. Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi.
Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.
Dan sudah tentu sekali, hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut. Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum. Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.
Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut, apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.
Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.
Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina, sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India. Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu, menjadikannya kelakar.
Namun, MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing, telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN. Dengan ikatan kerjasama ini, masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti, menghormati, bertolak ansur, malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.
Berlainan dengan DAP, walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari ‘clan’ yang sama juga.
Malah, DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.
Suatu ketika DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.
Tetapi, apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung. Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.
Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan. Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.
Cakap-cakap kedai kopi, malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti. Guan Eng begitu beremosi, dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu ‘ceramah’ politik DAP.
Menurut satu komen, Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya. Dalam semua isu, Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.
Malah, Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai ‘janji-janji Buku Jingga’. Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang.
Kesimpulannya, DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja. Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah. Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur. Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah.
Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ yang terbukti hanyalah retorik, bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral, kredibiliti dan segala-galanya.
Kenapa Betty Chew Perlu Meroyan?
Skandal seks, hubungan sulit, kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka, iaitu sejak politik diperkenalkan. Dalam dunia hari ini, terutamanya, tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup. Jadi, hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan ‘kecederaan’ atau ‘kematian’ oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu.
Kata orang, pena lebih tajam dari mata pedang, dan kata penulis pula, maklumat lebih berkuasa dari wang. Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh, kehidupan anda pun musnah.
Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong, maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah.
Justeru, pastinya, Khalifah lantikan PAS, iaitu Lim Guan Eng gagal untuk meyakinkan sesiapa walaupun penyokongnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ng Phaik Kheng, bekas pegawai khasnya yang kini telah ditukarkan ke bahagian lain setelah menerima tekanan dari isterinya, Betty Chew. Ketiga-tiga mereka nampaknya sukar sekali untuk menafikan dakwaan tersebut malah Guan Eng menyalahkan musuhnya, Betty Chew pula bertindak keluar Dewan manakala Phaik Kheng memberitahu media agar bertanya Betty apabila ditanya mengenai perkara ini.
Jelas, Betty Chew benar-benar terjejas dengan skandal ini dan penulis bukannya menokok tambah dengan berkata beliau menjadi meroyan. Dengan keluar dari dewan, menjerit dan mengangkat sepanduk bertulis ‘tak malu’ terhadap Datuk Gan Tian Loo hanya kerana bertanyakan soalan mengenai skandal suaminya, kita tidak punya masalah untuk membayangkan Betty Chew yang menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng. Dan kita juga tidak punya masalah memahami kenapa Guan Eng mengadakan hubungan sulit.
Betty Chew tentunya terlupa sejenak bahawa beliau seorang ahli politik yang sepatutnya menjaga tingkah laku dan tidak hilang kawalan atas apa jua alasan. Kecualilah jika rakyat di kawasannya yang terjejas maka beliau tidak wajar untuk mengamuk kerana isu peribadi. Jika ia isu peribadi maka beliau boleh menjawab Datuk Gan dengan baik dengan jawapan ya atau tidak. Sama ada jawapannya dipercayai atau tidak, bukanlah soalnya.
Satu-satunya sebab kenapa Betty Chew meroyan adalah kerana tuduhan tersebut benar belaka. Jika tidak, beliau tentu hanya akan mengetawakannya dan menafikan saja.
Kita faham bahawa Betty Chew marah, bukan terhadap Datuk Gan atau pihak media ataupun BN tetapi terhadap suaminya dan Phaik Kheng kerana melukakan hatinya dan memalukannya. Oleh kerana beliau tidak dapat ‘menyentuh’ Phaik Kheng tanpa mengambil risiko terdedah kepada internet lagi, beliau tidak punya saluran lain untuk melepaskan kemarahannya, melainkan kepada musuh politiknya.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang layak menerima perkataan ‘tak malu’, ia adalah Betty sendiri kerana tidak bersikap sebagai wanita sejati, sebagai seorang isteri Ketua Menteri dan sebagai seorang ahli politik.
Jika hati Betty boleh disejukkan, salah satu caranya ialah mungkin dengan meminta beliau membayangkan apakah yang dilalui oleh Wan Azizah setiap hari sepanjang perkahwinannya dengan Anwar Ibrahim.
Tuesday, 10 July 2012
Himpunan Oren Anti-FGV Usaha Sia-Sia
14 Julai ini pula berkemungkinan situasi yang sama sekali lagi akan dihadapi oleh warga KL khususnya para jemaah dan AJK Masjid Wilayah Persekutuan apabila gerombolan pengotor dari PAS sedang berura-ura untuk berdemo di sana atas alasan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah NGO tidak berdaftar (haram) yang merupakan proksi kepada PAS itu mensasarkan kehadiran 20,000 orang peserta yang pada mulanya dikatakan hanya melibatkan para peneroka yang condong kepada PAS.
Bagaimanapun, disebabkan ramai peneroka yang memandang sinis dan menunjukkan reaksi negatif pada kerja bodoh yang diketuai oleh AJK PAS Pusat itu, maka terpaksalah arahan pekeliling rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS mengarahkan ahli-ahli PAS datang beramai-ramai ke demonstrasi tersebut.
Dalam isu yang tiada isu seperti FGVH, PAS membangkang sekeras-kerasnya penyenaraian tersebut atas sebab 'takut harta dan tanah peneroka tergadai', walhal sudah diterangkan beratus kali tanah dan rumah peneroka tak terusik seinci pun.
Ia langsung tak serupa macam pelaburan KOHILAL, sebuah koperasi milik PAS yang rugi hampir 50 juta dek kerana pengurusan yang singkat akal dan tak cerdik menilai prospek jangka masa pendek dan panjang sesuatu pelaburan.
Yang hairannya, sampai sekarang satu demonstrasi pun tak pernah di buat oleh PAS untuk menuntut gantirugi pelabur yang hangus duit dan harta mereka dek kerana kegagalan KOHILAL milik PAS merancangkan pelaburan ahlinya dengan baik. Takkan senyap saja?
Apakah layak sebuah organisasi yang gagal membawa keuntungan melalui badan pelaburan ciptaannya sendiri tiba-tiba mahu tunjuk pandai dalam bidang pelaburan yang dikelolakan oleh badan lain yang jauh lebih besar prospek kejayaannya?
Penyenaraian FGVH yang ditentang oleh PAS ini bukannya pelaburan masuk angin keluar asap tambahan pula kajian serta penilaian potensi pengembangannya dilakukan secara berhati-hati dengan matlamat yang jauh ke depan demi kebaikan para peneroka yang melabur.
Bagi yang mengikuti perkembangan FGV yang sejak disenaraikan pada hari pertama, ternampak jelas potensinya apabila mencatat premium 84 sen pada hari pertama dan hingga kini menjadi antara kaunter yang kekal aktif. Harga buka cuma RM4.55 dan sehingga artikel ini ditulis harga masih berlegar sekitar RM5.39 hingga RM5.50 sesaham.
Dijangkakan dalam tempoh beberapa bulan mendatang harganya dijangkakan positif akan meningkat kepada RM6.00 untuk sesaham. Bayangkan keuntungan yang bakal diperolehi.
Tapi kita cerita banyak manapun siap bentangkan bersama fakta sahih bukannya dapat dijangkau oleh fikiran segelintir insan yang cetek akal yang pernah gagal total dalam mengendalikan dana pelaburan macam PAS.
Tambah lagi bodohnya PAS dalam bab-bab pelaburan ini apabila mereka mencanangkan pada dunia untuk meminta Yang Di Pertuan Agong campurtangan dengan menarik balik penyenaraian FGV. Tak ke bebal dan bangang namanya.
Mana pernah berlaku dalam dunia hatta di negara-negara maju sekalipun ketua negara sesuka hati camputangan mengarahkan penarikan balik pelaburan dalam bursa saham.