1. Adakah permohonan maaf Datuk Nik Aziz itu satu taktik
politik?
2. Adakah tindakan Datuk Nik Aziz memohon maaf seolah-oleh
mengakui bahawa salahlaku PAS dan Nik Aziz sendiri selama ini adalah benar?
SOALAN INI sama seperti orang Pas buat kenyataan mereka
semasa Dato' Sri Najib membuat permohonan maaf!
JANGANLAH amalkan politik cakap tak serupa bikin dan
berputar-belit untuk melempiaskan nafsu politik sendiri. Bila terkena batang
hidung sendiri, mula nak memaki hamun orang lain. Sampai keluar patwa tak masuk
syurga! Patwa politik atas nama politik Islam dengan nama dan pakaian yang
dikata Islamik.
DULU KATA berkongsi kuasa dengan parti kafir maka UMNO
kafir, sekarang mereka sendiri mengamalkan persekongkolan dengan parti kafir
harbi dengan topeng tahaluf siasi; macam mana, boleh pula!
DULU KATA UMNO kafir kerana menegakkan Perlembagaan
penjajah, tetapi hari ini mereka sendiri menerima dan mahu melaksanakan
Perlembagaan Persekutuan atas nama political expediency; pulak! Apa ke
bendanya?
DULU KATANYA mereka meneriakkan perjuangan Negara Islam,
tetapi setelah bersekongkol dengan kafir harbi mereka mempatwakan Negara Islam
tidak ada dalam Al-Quran! Yang ada hanya negara berkebajikan. Tukar lagi!
DAN TERKINI, Hukum Hudud! Kawan sebantal dah mimpi lain-lain.
Tony Pua, Karpal Singh dan N. Surendran menentang keras; dan tidak akan
menyokong rang undang-undang tersebut diluluskan di Parlimen.
KERAJAAN Pusat telahpun membuka laluan kepada Kerajaan
Negeri Kelantan pimpinan Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian
mengenai hudud di Dewan Rakyat. Ahli-ahli Pas perlulah membuka mata.
CAKAP PATWA BERPUTAR BELIT dalam soal agama dan hukum-hakam.
Sekarang lihat betapa isu ini menjadi bukti amat jelas betapa DAP dan PKR hanya
mahu menggunakan Pas untuk mencapai cita-cita politik iaitu menang sebanyak
mungkin kerusi dalam pilihan raya. Dasar perjuangan Pas tiada dalam kitab
tahaluf siasi mereka. Malangnya !
No comments:
Post a Comment