DUA BERANAK DAP sedang meranduk air yang keruh untuk mencari
peluang menjernihkannya. Mereka berdua beranak sudah tidak mampu bekerjasama
dengan Abdul Hadi yang didakwa mahu bekerjasama dengan UMNO.
DUA BERANAK ini kata Abdul Hadi, jiwanya sudah tiada
semangat pakatan pembangkang. Hadi mungkir janji dan mempersendakan janji-janji
kepada pakatan pembangkang. Hadi cuba menghancurkan pakatan itu.
DUA BERANAK ini sedang cuba untuk menumbangkan Abdul Hadi dan
ianya lebih dahsyat daripada usaha untuk menumbangkan Datuk Seri Najib. Geng
Erdogan mengambil peluang untuk menjatuhkan kepemimpinan kumpulan ulama dalam
pemilihan parti.
DUA BERANAK ini beranggapan dengan jatuhnya Abdul Hadi
bermakna isu hukum hudud, kerjasama Pas dan UMNO akan berkubur. Kabinet DAP
akan dipulihkan semula, walaupun hanya terdapat dua Ahli Parlimen Muslim
dalamnya.
DUA BERANAK ini tidak seberani Abdul Hadi. Abdul Hadi amat
berani dan konsisten apabila mahu memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi
sebaliknya anak beranak ini hanya sekadar menyatakan bakal memutuskan hubungan
dengan Hadi sahaja tetapi tidak dengan Pas.
DUA BERANAK ini kata tuduhan Abdul Hadi yang DAP mahu
mentadbir negara ini secara bersendirian adalah tidak masuk akal dan sengaja
mahu mencederakan parti itu. Kata dua beranak itu, DAP meliputi tiga kaum iaitu
Cina, India dan Melayu, tidak seperti Pas yang semuanya Melayu sahaja.
DUA BERANAK ini berharapan Geng Erdogan akan berpindah ke
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma). Kerana kepada ‘roket dan mata biru’
terkeluarnya Pas akan putihlah mata mereka.
SEKALI lagi kita dihidangkan dengan gelagat DAP dan Pas. Kali ini ceritanya....
SEKALI lagi kita dihidangkan dengan gelagat DAP dan Pas. Kali ini ceritanya....
DUA BERANAK KAN JADI 'CINA BUTA'