Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 27 November 2013

Pengundi Baru Parlimen Lumut !!!! @ZambryAbdKadir @NgehKooHam

Nampak gayanya ada kemungkinan besar Parlimen Lumut bakal ditambahkan pengundi dari luar iaitu dari Veitnam. Terlalu ramai gadis Veitnam berpeleseran di sekitar Taman Sejati, Sitiawan. Seperti telah menjadi Haadyai Sitiawan. Ayam bergincu dan bertumit tinggi menawarkan harga setiap malam hingga mencecah RM 300 semalam. Amat menghairankan mengapa tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Apa pula tindakan Ahli Parlimen Lumut Laksamana (B) Hj Imran dan ADUN Sitiawan Dato' Ngeh Koo Ham ? Ayam bergincu dan bertumit tinggi dengan mudah menawarkan perkhidmatan di kaki lima bangunan di Taman Sejati. Pengunjungnya merupakan warga negara luar dan Malaysia sendiri. Salah siapa ? Adakah pihak berkuasa telah dijolokkan dengan RM???

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 22 November 2013

@NajibRazak bawa bangla masuk ??? Apa kata @AnwarIbrahim ???

Hairan sungguh bila baru-baru ini Anwar kata dia tidak ada buat statement bahawa dia menuduh DS Najib bawa Bangla untuk mengundi pada PRU 13 yang lalu... Cuba tonton video ini..



Wednesday, 20 November 2013

PAS Mengaku DAP Tak Faham Islam !!!


 

Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.

 

Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.

 

Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

 

Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam, persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah, malah ada di kalangan mereka yang ‘marah’ dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai ‘kafir harbi’.

 

Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

 

Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

 

Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan Pas. Antara hujah yang digunakan, kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah.

 

Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan ‘tahaluf siyasi’. Ini kerana menurut mereka, ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah diakhiri dengan bacaan doa.

 

Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

 

Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.

 

Paling menarik, untuk mengelaburi mata rakyat, mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.

 

Tidak cukup dengan itu, bagi meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah.

 

Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan pula pada Muktamar kali ini, parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.

 

Selain mempunyai kredibiliti, watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi mereka.

 

Kesimpulannya, kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.

 

Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

Saturday, 2 November 2013

Ustaz Kazim Lebih Langsi Dari Anwar !!!!!

Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam bagi membantu jentera kempen Pas nyata GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkanMalah purata jumlah kehadiran di setiap program yang dihadirinya hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja.

 

Sedangkan sebelum pilihan raya umum yang laluanggaran kehadiran di setiap program ceramahnya ada kalanya mencecah ribuan orang. sekiranya kita melihat momentum yang diterima sebelum pilihan raya umum yang lalu

 

Malah mengikut penelitian yang dilakukan semalam, rata-rata yang hadir adalah merupakan orang luar dan tidak layak untuk mengundi. Sebagai contoh di PDM Dulang Besar apabila Anwar membangkitkan isu yang berkaitan penduduk tempatanialangsung tidak mendapat sambutan para hadirin.

 

Namun apabila dia menyentuh isu-isu yang berkaitan nasionalsokongan dilihat sedikit meningkat sekali gus membuktikan tidak ramai penduduk Sungai Limau yang keluar untuk mendengar cerita penglipur-lara dari Anwar.

 

Paling menarik ketika programnya di kawasan Sungai Limau Dalam, Anwar turut dimalukan oleh pengundi Cina yang enggan keluar mendengar celoteh dan temberangnya. Ini kerana program yang sepatutnya di khusus untuk orang Cina itu hanya dihadiri oleh rombongan Anwar dan mereka yang berasal dari luar kawasan.

 

Sebagai contoh mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Utusankira-kira 1,800pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.


Jika berdasarkan jadual yang diperoleh ialah pertemuan Anwar dengan kaum Cina,tetapi ceramah malam ini hanya dipenuhi oleh orang Melayu yang datang dari kampung berdekatan.

 

Terdahulu Timbalan Presiden KeadilanAzmin Ali yang berucap menyatakan rasa kecewa kerana kurangnya kehadiran kaum Cina dan menyindir kaum tersebut sebagai menyokong parti MCA yang tidak pernah menjaga kebajikan kaum berkenaan.

Lebih memalukan menunjukkan Azmin tidak faham dengan politik setempat apabila beberapa dia merujuk para pengundi di Sungai Limau terdiri daripada golongan pesawah dan nelayan sebagai golongan miskin papa kedana.

Tindakan beliau menyebabkan orang ramai terdiamseolah-olah tidak selesa dengan gambaran tidak betul yang diberikan mengenai penduduk Sungai Limau.

 

Mungkin akan ada yang cuba mengatakanmasyarakat Sungai Limau bukan dari jenisyang suka mendengar ceramahNamun kehadiran masyarakat Sungai Limau ketika ceramah Ustaz Kazim sudah cukup untuk menangkis hujah tersebut kerana berjayamenarik hampir 5,000 hadirin.

 

Kesimpulannya selepas gagal menawan Putrajayatembelang penipuan Anwar semakin jelas sehingga menyebabkan ramai yang mula meninggalkannya. Atau dalam bahasa kasar Ustaz Kazim.

Friday, 1 November 2013

PAS & Harakah@haramkah Serang Calon BN, Menggunakan Isu Kopiah


 

Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak, Pas terdesak Terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan memakai kopiah.

 

Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.

 

Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

 

Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian harian.

 

Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan pakaian rasmi parti itu.

 

Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini?

 

Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.

 

Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian, petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.

 

Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan susila bagimengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.

 

Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.

 

Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu menggugurkan nama Islam dari partinya.

 

Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.

Anwar Bakal Wujudkan Provokasi Untuk Kecohkan PRK Sungai Limau @NajibRazak

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran KetuaPembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas.Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gusmemberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirahNama masjidsengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.

 

Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagimencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar danjentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnyapenyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.

 

Sedangkan sehingga pagi inijawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidakdimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiapkali tiba pilihan raya samahadir untuk solat berjemaah di masjid atau surauSejurusselepas solat tersebutbeliau akan meminta agennya’ untuk menyediakan tempatuntuk membolehkannya menyampaikan ceramah.

 

Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yangmarah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama iniSudah tentu mereka yangtidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkansuasana kecoh.

 

Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isutersebutkononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid.Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dansegera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.

 

Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untukmenanamkan sentimen kebencian rakyatSecara mata kasar, Anwar mungkin namalemah dan tidak berdayanamun mereka yang mengenalinya secara dekat tahusiapasebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.

 

Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernahrapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkandia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom molotof cocktail’ bagimencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.

 

Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekaspeguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.