Apakah perancangan Kerajaan terhadap pelarian di Sabah?
Kerajaan dari semasa ke semasa telah merancang berbagai
tindakan untuk menangani pelarian di Sabah, di mana pada tahun 1989 Kerajaan
telah mengeluarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 16 untuk mengurus
hal ehwal pelarian dan PATI di Negeri Sabah secara terancang. Dengan arahan ini
maka telah diwujudkan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan).PPKP
(S/L) ini mengurus dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap mereka.
Kerajaan juga berpandangan bahawa pada masa hadapan, satu
dokumen yang seragam perlu dikeluarkan kepada pelarian yang layak/ yang
betul-betul bertaraf pelarian bagi menggantikan pelbagai jenis dokumen yang ada
pada masa sekarang. Ini sebagai salah satu langkah penambahbaikan pengawalan
terhadap golongan ini.
2. Apakah tindakan MKN terhadap laluan kemasukan haram?
Tindakan-tindakan MKN ialah:
i. menguatkuasakan dan menyelaras Operasi-Operasi
berkaitan Peraturan Tetap Operasi Laluan Ditetapkan (Designated Route) yang
telah dilaksanakan di kawasan Perairan Negeri Sabah.
- Designated Route ialah satu
laluan laut yang diwujudkan di perairan Pantai Timur Sabah untuk mengawal
laluan bot-bot pedagang dan penumpang asing memasuki atau keluar daripada
pelabuhan-pelabuhan di Sabah.
- Ini bertujuan untuk menjamin
keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah supaya sentiasa selamat dan bebas
daripada kegiatan jenayah serta pencerobohan juga untuk memudahkan
agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan melaksanakan tugas. PTO ini
digunapakai ke atas semua bot pedagang dan bot penumpang asing yang menggunakan
perairan pantai timurSabah.
ii. menyelaras pelaksanaan Ops
Balasah dan Ops Pasir oleh ATM.
MAKLUMAT TAMBAHAN
i. Pewujudan
ESSCOM dan ESSZONE juga adalah sebagai langkah mengekang laluan-laluan haram
tersebut. ESSCOM melaksanakan Perintah Berkurung di kawasan ESSZONE pada waktu
malam sebagai langkah terkini untuk mengekang kemasukan melalui laluan haram.
ii. Agensi-agensi
keselamatan lain seperti PDRM, APMM, Tentera Laut, RELA (sepanjang pantai) dan
bantuan daripada Kerajaan Tempatan juga telah dilaksanakan bagi menghalang
kemasukan melalui laluan haram.
3. Apakah jaminan Kerajaan terhadap keselamatan penduduk Sabah?
MKN sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang bertujuan menjamin keselamatan
penduduk Sabah. Antara langkah tersebut ialah:
i. Menyelaras
bersama agensi keselamatan lain
ii. Memperhalusi
cadangan menempatkan semula perkampungan atas air
iii. Melaksanakan program-program
yang berbentuk ceramah dan mendekati rakyatSabah untuk memberi kesedaran
tentang kepentingan bekerjasama dalam menjaga keselamatan Negeri Sabah
iv. Meningkatkan operasi membanteras
Pendatang Tanpa Izin. Bermula pada tahun 1990 hingga November 2014, bilangan
PATI yang ditangkap, diusir pulang dan pulang secara sukarela adalah seperti
berikut:
Ditangkap:
Warganegara
|
Bilangan (orang)
|
Filipina
|
301,156
|
Indonesia
|
192,520
|
Lain-lain
|
7,290
|
JUMLAH
|
500,966
|
Diusir pulang ke negara asal:
Warganegara
|
Bilangan (orang)
|
Filipina
|
237,715
|
Indonesia
|
159,087
|
Lain-lain
|
4,443
|
JUMLAH
|
401,245
|
Pulang secara sukarela:
Warganegara
|
Bilangan (orang)
|
Filipina
|
33,462
|
Indonesia
|
39,914
|
Lain-lain
|
834
|
JUMLAH
|
74,210
|
Jumlah yang pulang secara sukarela dan diusir
= 475,455 orang.
i. Memberikan
informasi terkini dan sahih berkenaan kesedaran keselamatan kepada orang awam
melalui pelbagai cara termasuk media social.
4. Apakah penjelasan tentang keputusan Mesyuarat Sidang
Keselamatan Negara Bil.1/2001 iaitu untuk mendokumentasikan pelarian Filipina?
Keputusan untuk mendokumentasikan pelarian Filipina bertujuan untuk peningkatan
pengurusan supaya ianya lebih teratur dan mempunyai rekod yang lengkap. Perkara
ini juga diselaraskan dengan Kementerian yang lain bagi memastikan ketelusan
dalam mendokumentasikan pelarian Fillipina adalah berlandaskan peraturan
dokumentasi sedia ada.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
i. Sehingga kini masih
belum ada pelarian yang telah mendapat taraf warganegara melalui keputusan
Sidang MKN 1/2001 kerana tempoh dari sidang tersebut sehingga kini (2014) hanya
12 tahun.
ii. Penduduk di kawasan
penempatan pelarian yang mempunyai MyKad biasanya adalah
- penduduk tempatan
yang berkahwin dengan pelarian
- anak-anak
daripada pelarian yang berkahwin dengan penduduk tempatan
- anak-anak
daripada pelarian yang mendapat taraf Penduduk Tetap
iii. Penduduk yang tinggal di
penempatan pelarian kebanyakannya adalah
- masyarakat yang
berasal dari selatan Filipina dan melarikan diri ke Sabahsebagai pelarian
perang sekitar tahun 1972- 1984
- tidak mempunyai
rumah atau tidak mampu untuk tinggal di kawasan perumahan lain di Sabah/ Labuan
- memegang
dokumen-dokumen yang dikeluarkan kepada pelarian, seperti IMM13, Sijil Banci,
Surat Pengenalan JKM dan MyPR.
iv. Berdasarkan maklumat daripada
Jabatan Imigresen Malaysia, statistik golongan pelarian yang mendapat
IMM13 sehingga pada Ogos 2014 ialah seramai 98951 orang. Daripada jumlah ini,
hanya 34,114 sahaja yang masih aktif (memperbaharui setiap tahun hingga kini).
i. Berdasarkan
maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia,bilangan pemegang IMM13 yang
telah dikeluarkan dokumen Permit Masuk adalah seperti berikut:
Jenis dokumen
|
Bil. dikeluarkan
|
Bil. dokumen yang diserahkan kepada pemohon
|
Permit Masuk
|
37,091
|
36,449
|
ii. Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sabah menyatakan bahawa sehingga kini belum ada pemegang IMM13 yang
layak memohon kewarganegaraan atau MyKad.
iii. Berdasarkan maklumat daripada
Jabatan Ketua Menteri Sabah, sebanyak 33,016 orang yang telah dikeluarkan
dokumen JKM iaitu Resit Pengenalan Sementara.
5. Selaras dengan proses perdamaian dan kuasa autonomi di
selatan Fillipina, adakah Kerajaan bercadang untuk menghantar pulang pelarian
semula ke selatan Filipina?
Kerajaan akan membantu pelarian yang akan balik semula ke tempat asal mereka
(Filipina Selatan). Dan sekiranya mereka memutuskan untuk pergi ke negara
ketiga (Negara asing yang mahu menerima mereka) Kerajaan akan membantu mereka
untuk berhijrah ke negara tersebut. Dalam perkara ini, Kerajaan Malaysia sangat
mengalu-alukan tindakan mereka ini untuk balik ke negara asal mereka. Kerajaan Malaysia telah
membantu untuk mewujudkan perdamaian di Selatan Filipina dengan menjadi
perantara rundingan damai antara Kerajaan Filipina dengan kumpulan pemberontak
di Selatan Filipina. Kerajaan Malaysia juga sentiasa berusaha dan
berunding dengan Kerajaan Filipina melalui saluran diplomatik berkaitan dengan
keselamatan sempadan bersama dan kemasukan tidak berdokumen penduduk dua negara
di daerah sempadan.
Bagi pelarian yang tidak mahu pulang, kerajaan sedang
mempertimbangkan cadangan bahawa satu dokumen yang seragam perlu dikeluarkan
kepada pelarian yang layak/ yang betul-betul bertaraf pelarian bagi
menggantikan pelbagai jenis dokumen yang ada pada masa sekarang. Ini sebagai
salah satu langkah penambahbaikan pengawalan terhadap golongan ini.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
i. Setakat ini belum ada pelarian yang secara
rasmi mahu pulang ke Selatan
Filipina.
6. Apakah perbezaaan fungsi di antara MKN di Semenanjung dan Sabah?
MKN Ibu Pejabat berfungsi mengurus dan menangani hal ehwal keselamatan negara
secara keseluruhan. Manakala MKN Negeri Sabah mengurus dan menangani hal ehwal
keselamatan Negeri Sabah sahaja.
Mesyuarat Sidang MKN Kebangsaan dipengerusikan oleh YAB
Perdana Menteri manakala Mesyuarat Keselamatan peringkat Negeri Sabah
dipengerusikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha MKN Negeri Sabah sebagai
setiausaha mesyuarat peringkat negeri.
MKN Negeri Sabah juga sedikit berbeza daripada MKN di negeri lain kerana selain
menguruskan aspek bencana, sempadan dan hal keselamatan lain, MKN Sabah juga
menguruskan Pendatang Luar Negeri.
7. Apakah perbezaan fungsi di antara MKN, JIM dan Jabatan
Ketua Menteri Sabah dalam menangani isu PATI di Negeri Sabah?
Perbezaan antara MKN, JIM dan Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam hal menangani
isu PATI di Sabah adalah berbeza dari segi tugasan Jabatan.
Perbezaan tugas tersebut adalah seperti berikut:
i. MKN – Menyelaras
penguatkuasaan terhadap PATI terutamanya pelaksanaan Operasi seperti Ops
Nyah Bersepadu, menguruskan travel document untuk penghantaran pulang PATI dan
menguruskan Pusat Tahanan Sementara
ii. JIM - melaksanakan
operasi, mengurus dokumentasi berkaitan reman, siasatan dan dan menguruskan
penghantaran balik PATI ke negara asal.
iii. JKM Sabah – Terlibat dalam
operasi-operasi menangkap PATI untuk memeriksa kesahihan dokumen yang
dikeluarkan JKM
8. Adakah Sijil Banci yang pernah dikeluarkan oleh MKN masih
sah sehingga sekarang?
Pemegang Sijil Banci yang dikeluarkan oleh MKN sepatutnya sudah menukarkan
dokumen tersebut kepada IMM13 melalui proses Regularisasi pada tahun 1997,
namun sehingga kini terdapat kira-kira 5,000 pemegang Sijil Banci yang belum
menukarkan kepada IMM13.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
MKN melalui Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan)
telah mengeluarkan Sijil Banci kepada 300,393 orang pada tahun 1990-1991.
MKN telah membuat semakan semula terhadap pengeluaran Sijil
Banci pada tahun 1994 dan 1996. Hasil semakan tersebut sebanyak 57,197 Sijil
Banci telah dikategorikan sebagai Sijil Banci Lulus iaitu diiktiraf sebagai
pelarian. Manakala baki 243,196 adalah kategori Sijil Banci Gagal iaitu bukan
pelarian dan PATI.
Pada tahun 1997, Kerajaan melaksanakan Program Regularisasi
di mana pemegang Sijil Banci Lulus perlu menukarkan dokumen ke IMM13.
9. Adakah benar terhadap dakwaan bahawa terdapat arahan dari
MKN berhubung dokumentasi penduduk di Negeri Sabah?
Pada tahun 1997, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju
melaksanakan program Regularisasi terhadap pemegang Sijil Banci Pasukan Petugas
Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) dengan menukarkan Sijil Banci kepada dokumen
IMM13.
10. Apakah yang dimaksudkan dengan Penempatan Pelarian?
Siapakah golongan yang dibolehkan menduduki penempatan ini dan apakah peranan
MKN dalam menguruskan penempatan ini?
Penempatan pelarian digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai tempat untuk
pelarian Fillipina dan keluarga mereka tinggal di Negeri Sabah. Golongan
yang dibenarkan tinggal di sini adalah golongan yang berstatus pelarian dan
memegang dokumen seperti IMM13, Sijil Banci dan Surat JKM. Namun demikian
terdapat juga pelarian yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus
tinggal di penempatan tersebut.
MKN bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan berkaitan penempatan tersebut
manakala Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Tempatan menguruskan perkara
berkaitan tanah dan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Semua agensi
terlibat sentiasa bekerjasama dalam memastikan pengurusan penempatan dijalankan
dengan baik.
11. Apakah perbezaan antara depot tahanan JIM dan Pusat
Tahanan Sementara?
Perbezaaannya ialah depoh imigresen di Semenanjung adalah di bawah pengendalian
dan pengurusan JIM manakala di Sabah, depoh tahanan dinamakan sebagai
Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan pengurusannya diletakkan di bawah Pasukan
Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan). Ini adalah kerana fungsi PTS di Sabah
melibatkan tugas-tugas tertentu yang memerlukan tapisan khas bagi memastikan
PATI yang diletakkan di dalam PTS bersih dari kegiatan jenayah yang boleh
mengancam keselamatan Negara. Walau bagaimanapun, JIM terlibat dalam
menguruskan dokumentasi PATI yang ditahan di PTS.
12. Apakah tindakan MKN terhadap kanak-kanak jalanan dan
adakah di bawah MKN?
MKN telah diarahkan oleh Kabinet pada tahun 2008 untuk menguruskan isu
kanak-kanak jalanan di Sabah kerana ianya berkait dengan keselamatan
dan kehadiran mereka berkeliaran di bandar-bandar. MKN membuat program
pembersihan kehadiran mereka di Bandar-bandar dengan membuat tangkapan untuk
diselamatkan dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Ehsan yang telah digazetkan
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada tahun 2008
bertempat di kawasan Pusat Tahanan Sementara Papar. Rumah Ehsan ini juga
disediakan sekolah asas berkonsepkan 3M (membaca, menulis dan mengira). Kesemua
kanak-kanak jalanan ini tidak mempunyai dokumen atau tidak mempunyai dokumen
lengkap dan sebelum itu tidak pernah bersekolah.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Statistik kanak-kanak jalanan yang pernah diselamatkan
dan dihantar ke rumah perlindungan ehsan sejak tahun 2012 ialah:
Tahun
|
Agensi yang menyelamatkan
|
Jumlah
|
PPKP (S/L)
|
PDRM
|
Lain-lain
|
2012
|
20
|
120
|
78
|
218
|
2013
|
0
|
87
|
60
|
147
|
2014
|
0
|
56
|
12
|
68
|
Sehingga November 2014, jumlah kanak-kanak yang masih ditempatkan
di rumah perlindungan ehsan ialah seramai 25 orang.
13. MKN adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan adakah
betul Kerajaan Persekutuan menggunakan PATI untuk meraih sokongan politik dan
memberikan mereka dokumen pengenalan diri untuk tujuan mengundi?
PATI tidak boleh digunakan untuk meraih sokongan politik atau untuk digunakan
sebagai pengundi kerana mereka bukan warganegara dan tidak
mempunyai dokumen yang sah. MKN tidak pernah mengeluarkan
MyKad untuk mengundi (MKN hanya mengeluarkan Sijil Banci sahaja).
14. Apakah tindakan MKN selepas laporan RCI didedahkan?
MKN akan mengikut sebarang arahan dan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan
tugas-tugas selepas laporan RCI diumumkan.
15. Mengapa sebelum tahun 1989 urusan pelarian oleh Kerajaan
Negeri dan mengapa ianya diberikan kepada Kerajaan Persekutuan selepas itu?
Kerajaan Negeri kurang kemampuan kewangan untuk urusan membekal makanan kepada
semua tahanan di Pusat Tahanan Sementara di seluruh Negeri Sabah, tambang
penghantaran balik (pengangkutan) untuk kos tambang dan feri serta kos
pengurusan pengawal keselamatan di seluruh Pusat Tahanan Sementara di Negeri
Sabah yang berjumlah jutaan ringgit setiap tahun. Pada tahun 2013 sahaja
kira-kira RM20 juta telah dibelanjakan (dan ini tidak termasuk kos membina PTS
yang berjumlah RM27 juta).
Pasukan keselamatan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan,
oleh itu pengurusan berkait dengan keselamatan adalah lebih mudah diurus oleh
Kerajaan Persekutuan. Agensi-agensi ini adalah seperti PDRM, JIM, APMM, Tentera
Laut dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan).
Faktor-faktor lain yang membawa kepada penyerahan tugas
mengurus pendatang asing diSabah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan
oleh Kerajaan Negeri adalah kerana hal hubungan antara negara asing adalah
bidang kuasa kerajaan Persekutuan (hubungan diplomatik) dan pertahanan negara.
Hak berunding dengan negara-negara asing juga adalah di bawah tanggungjawab
Kerajaan Persekutuan.
16. Apakah tindakan MKN terhadap tuduhan bahawa MKN adalah
punca kepada isu IC Projek di Sabah dan agensi lain hanya menjadi pelaksana?
MKN menafikan tuduhan ini kerana MKN hanya melaksanakan tugas-tugas yang
berkait dengan keselamatan Negara.
17. Bagaimanakah boleh wujud cawangan UMNO dalam kawasan
penempatan?
Pewujudan cawangan UMNO adalah atas budi bicara dari pengurusan UMNO
peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.
18. Apakah tindakan MKN terhadap tahap keselamatan Pulau
Gaya?
MKN mengkoordinasi tugas-tugas keselamatan bersama dengan jabatan-jabatan
keselamatan yang lain seperti PDRM, ATM, ESSCOM, APMM, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Tempatan (DBKK). Contohnya dalam hal rondaan keselamatan dan
penubuhan balai polis di Pulau Gaya.