Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday, 29 October 2012

Malaysia ke-12 Paling Berdaya Saing: Bukti Negara Tak Bangkrap

Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang. 

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.  Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23. 

Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28). 

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya. 

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini. 

Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini. 

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.  Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM. 

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.  Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat. 

Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.  Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.  

Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen. 

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR

Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.

Khalid Ibrahim Terbaik: Anwar Sahkan Nik Aziz MB Paling Teruk???

Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan ‘anugerah Menteri Besar terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. 

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. 

Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. 

Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap.  Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. 

Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.  Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.

Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.  Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. 

Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.  Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.  Jadi, siapakah MB PR yang tercorot?  Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. 

Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun.  Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.  

Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.   Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik.  Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. 

Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. 

Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.  Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. 

Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini.  Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS.   Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. 

PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? 

Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz.  Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR. 

Saturday, 20 October 2012

Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?

PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru.  Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan.  Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan. 

Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan.  Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.  Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang. 

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan.  PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT. 

Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.  Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.
Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat. 

Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.

Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat. 

Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik. 

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal.  Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri.

Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian?  Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan? 

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat. 

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.

Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.

Nah, inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan. 

Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi.  Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran.  Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan.

Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama. 

Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS.   Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik.  Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang. 

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

Friday, 19 October 2012

Air Atau Lebuhraya, Mana Lebih Penting?

Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.

Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.

Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan. Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011.

Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.

Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat.

Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau selewatnya bulan Julai 2012.

Selepas majlis pecah tanah hingga kini, duit derma yang diterima untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka sejuta ringgit, entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah angka RM1,800 juta tak tahulah.

Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen, masuk bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan Mesyuarat Exco.

Parah. Majlis pecah tanah dah buat, duit derma dah beratus ribu dikumpulkan dari orang ramai, alih-alih projek lebuhraya tersebut belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali untuk cover line, maka Husam mendesak Mesyuarat Exco segera meluluskan projek tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.

Untuk tambah perisa, Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam hutan sedang buat pengukuran. Entah apa yang diukurnya sama ada ukur lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut. Agaknyalah.

Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh, tak pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek infrastruktur yang dijanjikan.

Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan. Ikut pada jaminan Husam, patutnya pembinaan sudah bermula setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh tersebut, sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita berkenaannya.

Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.

Hampir 3 bulan berlalu, semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu lepas pula, Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini katanya.

Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Januari 2013, terus saja Husam akan muncul memberi jaminan baru.

Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai, kita sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.

Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut, bimbang pula kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke mana.

Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya, walau kedua-duanya penting, namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih penting.

Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya.

Bila kita sebut kambing jamnapari, tentu Husam akan lebih mudah untuk mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki prioritinya. Lagipun, bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak dulu, Tak gitu?

Fuziah Penipu: Strategi Awal Untuk Tolak Keputusan PRU

Kalau tidak menipu, bukan Pakatan Rakyatlah namanya.  Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong.   Setakat ini, beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH. 

Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan.

BERSIH pula telah membodohkan diri sendiri apabila si paria Ambiga Sreenavesan begitu teruja ingin mengampu Mat Salleh, mengkhianati negara sendiri dan menjual maruah diri dengan menyembah Australia memohon agar negara itu ‘menjajah’ Malaysia secara tak langsung, melalui campurtangan dalam proses PRU.   Australia bagaimanapun menolak permintaan Ambiga atas alasan permohonan tersebut dibuat berdasarkan dakwaan yang tidak berasas setelah dibandingkan dengan fakta dan angka PRU yang lalu. 

Namun, apakah PR serik setelah beberapa kali tertelan ludah dan ditampar dari berbagai sudut kerana penipuan terdedah?  Tidak, sama sekali kerana tanpa menipu, apa lagi yang tinggal untuk parti itu?

Usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang perlu diteruskan bagi memastikan PR berkuasa.  Memandangkan demonstrasi-demonstrasi yang dirancang menjadi pemangkin untuk mencetuskan pemberontakan ala Dataran Tahrir tidak berjaya, maka satu-satunya cara yang tinggal ialah dengan terus menerus menafikan bahawa pilihanraya adalah bersih dan adil dan seterusnya alasan untuk memberontak dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang sekiranya keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.

Untuk itu, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh diberi peranan penting untuk meneruskan penipuan konon terdapat kelemahan dan ketidaktelusan yang serius dalam proses pendaftaran undi.  SPR dijadikan ‘punching bag’ dan dibelasah tanpa henti bagi memastikan penipuan terus hidup dan ‘berkembang biak’.

Maka kisah seperti Hasmidah Surahbil bernombor kad pengenalan 820315-12-6446 yang kononnya pemegang IC sementara tetapi telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR pun dicanang di dalam media-media PR.  Untuk pengetahuan, Hasmidah bukan orang pertama yang namanya dipolitikkan oleh PR.  Sebelum ini, beberapa orang lain telah turut dipergunakan sebagai alat untuk memburukkan SPR dan kerajaan. 

Namun, SPR hari ini membuat penjelasan bahawa Hasmidah telah memohon kewarganegaraan pada tahun 2002.  Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau telah pun menerima Mykad yang sah. 

Apa yang mengejutkan atau mungkin sebenarnya tidak mengejutkan dari kes Hasmidah ini ialah, berdasarkan borang pendaftaran pemilih Hasmidah, terbukti bahawa pendaftarannya dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat. 

Jelas, Fuziah telah keterlaluan sehingga sanggup menggunakan strategi paling licik dan tersangat jahat hanya untuk memastikan partinya berkuasa. 

PR tidak serik melakukan penipuan sebegini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada sikap penyokong-penyokong mereka yang taksub dan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dan fakta yang dibentangkan oleh SPR atau kerajaan.  Oleh itu, kita tidak hairan walaupun beberapa kali terkantoi, mereka akan tetap tega menipu dan terus menipu. 

Antara penipuan lain ialah kononnya terdapat 63 kes MyKad dengan kod luar negara di DUN Gombak Setia dan kemudiannya setelah disemak, didapati lebih separuh daripada yang terlibat adalah juga didaftar oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat. 

Justeru, apakah ertinya dakwaan dan tindakan PR membangkitkan keraguan terhadap pemilih yang mereka sendiri daftarkan?

Sistem pilihanraya di Malaysia menyaratkan agar SPR menyemak semua nama pemohon dengan JPN dan disahkan sebagai warganegara sebelum didaftarkan sebagai pemilih.  Sekiranya ada kemusykilan atau kesalahan, maka aduan serta bantahan perlu dibuat agar pembetulan dapat dilakukan. 

Benar, sistem ini tidak mampu memastikan 100% kesempurnaan dalam proses pendaftaran undi.  Kerana itulah setiap wakil parti politik perlu berada di tempat pengundian untuk memantau proses pengundian sehingga selesai.   Jika terdapat keraguan, maka bantahan atau tindakan boleh dilakukan secara langsung, pada dan ketika yang sama. 

Justeru, adalah tidak wajar bagi PR untuk terus merancang bantahan terhadap keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka kerana mereka punya banyak masa untuk membantu SPR memastikan pengundian dijalankan dengan bersih dan adil. 

Dengan maklumat ini, rakyat tidak harus terpedaya dengan penipuan PR terutamanya sekiranya parti tersebut tetap menyalahkan SPR apabila keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.  Percayalah, ini adalah perancangan yang telah disusun sejak awal untuk membolehkan mereka mengambil alih kuasa walaupun kalah dalam pilihanraya.

Surat Pimpinan Cawangan PAS Kpd YB Ust Nasharudin

Assalammualaikum,
Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.
Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.
Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.
Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.
Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.
Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.
Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.
Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama Karpal Singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.
Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.
Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.
Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.
Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.
Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Asalammualaikum.

Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah?

Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.

Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.

Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK?

Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.

Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.

Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung? Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi.

Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan.

Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri? Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri?

Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini. masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali.

Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan.

Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan? Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu?

Monday, 15 October 2012

Laporan Polis Telah Dibuat... Pelaku onar.. kau tunggu polis jemput kat rumah..@ZambryAbdKadir

Kepada penyimbah cat.... engkau usah risau... engkau dok jer kat rumah... repot polis telah dibuat..
Nanti polis jemput korang kat rumah erk....huhuhuhu
 Gambar bawah ni adalah rakaman CCTV
 kali pertama datang tampal kertas... kali kedua datang simbah cat
pakai kereta tu...

Ini Dia Perbuatan Khianat..@ZambryAbdKadir



















Monday, 8 October 2012

@Anwaribrahim memang terbaekkkk...

Jam 9.15 malam 7/10/12 Anwar Ibrahim sampai kat Dewan Bei King, Sitiawan...
Sebelum die sampai ade 2 orang berucap iaitu MP Sanmugam dan YB Lee Boon Chai, merangkap timbalan ketua PKR Perak... Sian aku tengok si Imran.. Kena duduk bawah roket..kalau x percaya tengok gambar bawah ni....

Berbalik pada kisah Anwar...dalam ucapannya beliau menceritakan beliau ni baru balik dari Paris, ibu negara Perancis. Lepas tu dok cerita pasal pergi ke negara lain la....macam-macam negara. Termasuk la India, Palestin.
Aku ingat malam ni die nak bawak isu bajet PR, rupanya dok cerita pasal die pergi luar negara...banyak duit Anwar ni.. Kata orang susah.. Pergi luar negara kos murah maaa..
Pasal bajet PR die cite sikit jer... PTPN nak bagi free dan harga minyak akan dikurangkan bila die dapat menduduki Putrajaya.. Tapi aku tau.. Itu cuma angan-angan Mat Jenin oleh Anwar Ibrahim.

Yang aku tau ANWAR IBRAHIM NI MEMANG TERBAEEKKKK dalam menipu rakyat.
Aku ade dapat flyers pasal bajet PR ni... Bila aku tengok, ianya adalah satu penipuan yang amat nyata.
Yang paling hebat sekali bila Anwar dah balik...si Ngeh Koo Ham pula berucap....memang berapi.... Tak habis-habis cerite pasal Zambry bagi kst kroni.. Bila orang Melayu dapat projek...semua dikatakan kroni.. Bila cina dapat seorang pun tak kata kroni. Hebat Ngeh ni...
Tapi yang paling hebat sekali ialah masa die start berucap... Dari 1300 orang hadir dengar ucapan Anwar, tinggal 150 orang je. Tu pun termasuk aku sekali. Tak percaya?? Tengok gambar kat bawah ni...
Aku turut bersimpati kat Ngeh kerana masa ucapan die, orang malas nak dengar.
 Rupanyer ade jugak imam masjid kampung aku percaya cakap Anwar... Cian... Imam No.1 dan No. 2.... membukti BN tak tolak Imam walupun berlainan politik... Jangan marah Ustaz Suraji dan Ustaz Wan Ahmad Fuad...

Friday, 5 October 2012

Demo DAP dapat tentangan dari Orangramai..

Teman tak nak cerite pangjang... kome tengok la sendiri...





 CUBA KORANG BANDINGKAN GAMBAR KAT ATAS DENGAN GAMBAR KAT BAWAH







 Ni pulak cameraman HamPAS..

 Kantoiiii..... Tak pakai helmet
Apa lagi.... kena saman la...


Ni Pulak Anjing DAPigs





 Ni YB (Yang Biadap)