Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak
berminat dengan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya
bertanding kerusi nombor satu itu kerana mahu menyalahkan kerajaan jika
Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf
keputusan pemilihan, sekiranya dia menang.
Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata,
tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu
mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga
isterinya.
Katanya, taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di
Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat
akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.
Pada malam itu, PKR tidak
membenarkan Anwar bertanding dan dia mengumumkan berundur. Apabila dia
berundur, saya juga tidak bertanding sebab saya hanya mahu lawan dia.
Sebab itu bagi saya, kesimpulan
orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding
jawatan Presiden adalah tidak tepat. Sebenarnya, Wan Azizah hanyalah insurans kepada Anwar jika berlaku
apa-apa kepadanya," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya, di sini
hari ini.
Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah
dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April
sehingga 11 Mei ini.
Abdul Rahman berkata, pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat
mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak
pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak
bertanding pada 2010 walaupun tidak mempunyai sebarang kes mahkamah.
Hal ini sekali gus membayangkan
beliau sengaja mahu mencabar ROS," tegasnya.
No comments:
Post a Comment