Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 9 May 2012

Kenyataan Rahim Mengenai Nik Aziz 'Bapak Kafir' Ada Benarnya

Melenting puak-puak PAS bilamana bekas KPN dengan nada berani menggelarkan Nik Aziz dengan panggilan 'Bapak Kafir'. Mana tak marah bila orang tua yang diberi bonus oleh Allah untuk menghidup udara segara di alam maya ini diberi gelaran sedasyat itu oleh Rahim Noor.
Bagi aku mungkin ada benarnya dakwaan itu berdasarkan kepada beberapa perkara yang dicetuskan oleh Nik Aziz selama ini. Semakin hari, Sebagai contoh yang paling mudah dan masih panas lagi berkaitan dengan demonstrasi Bersih 3.0 baru baru ini.
Jelas sekali perhimpunan itu telah membawa banyak kerosakan dan kesulitan kepada banyak pihak. Ramai peniaga-peniaga terjejas sumber pendapatan mereka akibat demo jalanan berasaskan hawa nafsu syaitan. Begitu juga kerugian yang dialami oleh kerajaan terutama sekali melibatkan harta milik pasukan keselamatan.
Ini semua tidak akan berlaku sekiranya Nik Aziz dengan hati yang syumul memberi nasihat kepada penyokong-penyokongnya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 3 sepertimana yang digariskan dalam Islam iaitu berkonsepkan amalan perpaduan dan musyawarah dalam kehidupan. Namun, sebaliknynya yang berlaku apabila Nik Aziz yang ketika itu dipengaruhi bisiskan syaitan bertegas mengeluarkan fatwa bahawa 'Hadir Bersih 3 hukumnya WAJIB'.
Tidak cukup dengan itu, mereka (PAS) dilihat seolah-olah merasa 'teruja' dengan fatwa Nik Aziz dan terus menerus mengadakan road show di seluruh negara untuk memujuk ahli parti menyertai Bersih 3. Bahkan, panglima perang Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu) yang boleh juga kita gelarkan sebagai 'Vampire PAS' begitu agresif dalam siri ceramah mengajak rakyat supaya melakukan revolusi untuk menjatuhkan kerajaan sediada dengan cara yang tidak sah.
Maka, sasaran mereka tidak lain dan tidak bukan mestilah ditujukan khas kepada golongan muda dan juga pelajar-pelajar IPT dan IPTS. Golongan muda sememangnya mudah dipengaruhi emosi mereka berbanding orang-orang lama. Mereka tidak berfkir panjang dan perasaan skeptikal telah dikaburi oleh bapak penghasut nombor satu negara Anwar Ibrahim.
Sementalahan pula kita sudah sedia maklum maksud yang tersirat semasa penganjuran Bersih 3 iaitu ditunjangi oleh Anwar dan komander kafir harbi termasuklah Ambiga. Rakyat sudah kenal siapa Anwar dan siapa Ambiga. Pejuang tegar lesbian, gay, bioseksual, dan transgender (LGBT) di negara ini.
Kedua-dua mereka merupakan boneka barat yang begitu tegar memperjuangkan agenda LGBT. Bagi mereka perkahwinan sejenis tidak salah asalkan kedua-dua pasangan saling memerlukan antara satu sama lain. Adakah Islam membenarkan pegangan yang sebegini rupa???.
Selain itu, kita tidak lupa dengan wabak Pluralisme agama yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim kepada majoriti umat Islam di negara ini. Bagi Anwar, semua agama adalah sama saja tidak ada beza sedangkan dengan jelas dalam Al Quran bahawa agama yang paling diredhai disisi Allah adalah Islam. Justeru tidak hairanlah jika Anwar dianggap petualang agama dan bangsa Melayu yang perlu kita tendang dan terajang jauh supaya akidah Islam masih terpelihara.
Berdasarkan apa yang digambarkan di atas, satu perkara pun tidak dibantah oleh Nik Aziz malah menyokong sepenuhnya. Pendek kata, jika agenda LGBT, Islam Pluralisme, pengkristianan beramai-ramai orang Melayu, perkataan Allah boleh digunakan oleh agama lain, kitab Al Quran boleh dibaca oleh orang kafir, pemimpin kaki seks (Anwar, Azmin, Mat Sabu ++++), bersekongkol dengan negara asing semuanya DIRESTUI dan DISOKONG oleh Nik Aziz.
Justeru kenapa kita rasa hairan jika Rahim Noor melabelkan Nik Aziz sebagai BAPAK KAPIR di negara ini jika itu yang diperjuangkan. Islam diketepikan demi matlamat mendapatkan sedikit kuasa di dunia. Oleh itu, adalah WAJIB jika kita menolak parti PAS dan sekutunya supaya tidak mengundang kemurkaan Allah satu hari nanti.
Sumber : AntiJumud

1 comment:

  1. Ate,mane nak buatnya...udah perangai gitu...yang haram katanya halal,yang halal katanya haram....

    ReplyDelete