2012/05/03
Ketua Pembangkang akui lebih mempercayai Kit Siang, tak kisah dipergunakanIPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.
“You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok,” katanya merujuk kepada pemberita yang hadir pada ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di sini, malam kelmarin.
Turut menyampaikan ceramah adalah Kit Siang, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta Setiausaha pakatan pembangkang Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik.
Kira-kira 3,000 penyokong pembangkang menghadiri majlis ceramah itu yang diadakan di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Perak dengan majoritinya terdiri daripada ahli PAS dan DAP.
Konvensyen sehari itu turut mengemukakan lima resolusi dan empat ketetapan yang antara lain menyatakan komitmen untuk merampas kembali Perak pada PRU-13.
Anwar juga mendakwa UMNO kini sudah tidak lagi memainkan sebarang isu, sebaliknya menggunakan taktik bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.
Katanya, beliau lebih banyak menumpukan serangan terhadap UMNO kerana mendakwa hanya parti itu yang masih ada kuasa dan sokongan berbanding parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.
“Orang tanya kenapa tidak sebut MCA? Saya tidak menyebut MCA, MIC, GERAKAN, sebab parti itu sudah tidak relevan lagi,” katanya.
Beliau juga memuji golongan muda yang terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 kerana tidak lagi takut terhadap pihak berkuasa, sebaliknya berani tampil untuk menuntut kebebasan dan hak bersuara.
“Kalau dulu bila ada orang ambil gambar peserta perhimpunan, masing-masing tunduk dan cepat-cepat tutup muka... tetapi anak muda sekarang lebih berani bila ada helikopter dan paraglider polis ambil gambar mereka... mereka tidak kisah pun,” katanya.
SUMBER
No comments:
Post a Comment