Untuk pengetahuan semua, bapa Black merupakan salah seorang anggota Tentera Darat DiRaja Malaysia berpangkat sarjan dan pernah menentang komunis. Tanyalah semua bekas tentera yang pernah berjuang di zaman komunis, Sudah pasti mereka juga tidak bersetuju.
Black tidak mahu walaupun sekadar baju yang pernah digunakan Chin Peng. Kami sekeluarga pernah hidup menderita Dan terpaksa mengizinkan bapa berjuang menentang komunis.
Ching Peng adalah komunis yang banyak membawa kemusnahan dan kehancuran. Hilangnya keamanan dan kemakmuran negara. Beliau adalah pengkhianat negara. Walau sekadar abu, diharamkan dibawa ke bumi bertuah ini.
No comments:
Post a Comment